Apa itu Intervensi Psikoterapi?

Rawatan psikoterapi merupakan strategi untuk membawa perubahan positif kepada seseorang individu dari aspek tingkah laku atau emosi. Rawatan-rawatan ini boleh diaplikasikan dalam konteks seperti terapi, kaunseling atau perkembangan peribadi.

Ada pelbagai jenis rawatan psikoterapi, tetapi matlamatnya sama iaitu untuk meningkatkan kesihatan mental dan emosi dengan mengambil tindakan dan menggunakan strategi dengan penuh azam.

Intervensi Psikoterapi yang Ditawarkan di Minda Inklusif

Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT)

Terapi Tingkah Laku Dialektik (DBT)

Terapi Penerimaan dan Komitmen (ACT)

Terapi Psikodinamik

Nota Penting:

Pemilihan untuk menggunakan teknik-teknik psikoterapi bergantung kepada keperluan dan keutamaan individu, dan mengikut kondisi yang ingin ditangani. Setiap terapis kami memiliki kepakaran yang berbeza-beza.

Berunding dengan pakar kesihatan mental boleh membantu untuk memastikan teknik psikoterapi yang bersesuaian dengan anda.

Senarai Harga

Senarai Soalan Lazim

Pemilihan untuk menggunakan teknik-teknik psikoterapi bergantung kepada keperluan dan keutamaan individu, serta berpandukan isu yang ingin ditangani. Berunding dengan pakar kesihatan mental boleh membantu untuk memastikan psikoterapi yang bersesuaian dengan anda. Selepas perbincangan bersama pakar terapi anda, anda boleh membuat keputusan untuk meneruskan atau tidak.

Tempoh masa untuk setiap sesi psikoterapi berbeza-beza, tetapi kebiasaannya, satu sesi mengambil masa 45 hingga 60 minit.

Tempoh masa dan sesi psikoterapi berbeza mengikut beberapa faktor, termasuk jenis terapi, keperluan individu, dan matlamat yang hendak dicapai. Dibawah adalah garis panduan umum:

Psikoterapi Jangka Masa Pendek:

  • Lazimnya 6 hingga 20 sesi
  • Untuk menangani isu khas atau simptom-simptom mendadak/akut
  • Contoh: Intervensi krisis, terapi tingkah laku jangka pendek.


Psikoterapi Jangka Masa Sederhana

  • 20 hingga 40 sesi
  • Sesuai untuk isu-isu lebih kompleks atau simptom-simptom sederhana
  • Memberi ruang untuk memeriksa dengan lebih mendalam dan teliti, dan membina kemahiran psikologi.
  • Contoh: psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik (Dialectical Behavioural Therapy) lazimnya bagi Borderline Personality Disoder.

Terapi sokongan atau berkekalan:

  • Berlaku sekali-kala dalam tempoh yang berterusan
  • Tujuan untuk mengekalkan perkembangan dan mencegah relapse
  • Biasanya untuk mengendali kondisi kesihatan mental yang kronik seperti Skizofrenia.

Tempoh masa terapi bergantung kepada keperluan dan perkembangan individu, dan cadangan pakar terapi. Dengan mengadakan komunikasi terbuka bersama pakar terapi dapat membantu anda dalam menyesuaikan jangka masa terapi mengikut ketentuan situasi anda mengalami.