Apakah itu penilaian kesihatan mental?
Penilaian kesihatan mental adalah proses mengumpul maklumat dan informasi untuk membuat penilaian seseorang dari segi perawatan, tingkah laku interpersonal, simptom-simptom psikopatologi, kognitif dan proses neuropsikologi. Ada beberapa cara untuk membuat penilaian psikologi iaitu melalui temuduga klinikal dan penilaian psikologi seperti ujian IQ, penilaian personaliti dan penilaian tingkah laku.
Penilaian ini penting supaya psikologis klinikal dapat membuat penilaian dan diagnosis kondisi kesihatan mental dan melakukan pelan rawatan yang sesuai untuk membantu isu anda dengan lebih sesuai dan berkesan.
Apa Yang Dilakukan Dalam Sesi Penilaian Kesihatan Mental?
Mendapatkan Maklumat
Perjalanan bermula dengan pengumpulan komprehensif tentang cerita dan pengalaman peribadi anda. Anda akan berjumpa dengan ahli psikologi klinikal yang akan menjalankan temu bual awal untuk meneroka kebimbangan semasa anda, sejarah kehidupan, dan apa yang mendorong anda untuk mendapatkan bantuan.
Anda mungkin perlu melengkapkan pelbagai soal selidik tentang pemikiran, perasaan, dan pengalaman harian anda. Tujuannya adalah untuk memahami keadaan anda secara menyeluruh.
Penilaian & Ujian
Sekiranya perlu, psikologis klinikal akan menjalankan satu siri ujian psikologi khusus, iaitu alat yang direka dengan teliti untuk memahami aspek berbeza tentang fungsi anda, termasuk cara anda berfikir, menyelesaikan masalah, mengurus emosi, dan berinteraksi dengan orang lain.
Proses ini mungkin mengambil beberapa sesi, dan ujian boleh terdiri daripada soal selidik kertas-dan-pensil hingga aktiviti interaktif dan latihan lisan.
Keputusan & Perancangan
Psikologis akan menganalisis semua maklumat yang dikumpulkan dari temu bual, soal selidik, dan ujian untuk membentuk pemahaman menyeluruh tentang situasi anda. Mereka akan menjadualkan sesi maklum balas untuk berkongsi penemuan mereka, membincangkan sebarang diagnosis jika berkenaan, dan yang paling penting, bekerjasama dengan anda untuk membangunkan pelan praktikal untuk masa hadapan.
Anda juga berpeluang untuk bertanya soalan dan memahami sepenuhnya laluan yang dicadangkan.
1. Lengkapkan Pra-Penilaian Psikologi Semasa Pendaftaran
Anda akan diberikan ujian pra-penilaian semasa pendaftaran. Pastikan anda isi semuanya dengan lengkap.
2. Hadir Sesi Pertama
Sesi bermula dengan clinical intake session selama 1.5 jam untuk berbincang secara mendalam isu yang anda alami dan memahami sejarah isu tersebut.
3. Bincang Isu yang Dialami
Berbincang dengan terapis anda tentang simptom, keputusan ujian, dan teknik yang boleh diaplikasi dalam mengurus simptom anda.
4. Terima maklum balas dan cadangan
Dapatkan rumusan penilaian atau diagnosis serta berbincang rawatan sesuai dengan matlamat yang ingin anda capai.
Penilaian Isu Kesihatan Mental

Gangguan Mood

Gangguan Keresahan & Panik

Gangguan Obsesif-Kompulsif

Gangguan Pasca Trauma

Stres dan Lesu Upaya

Gangguan Tidur

Gangguan Personaliti

Isu Neuroperkembangan
Setiap perbincangan dan kandungan dalam sesi tertakhluk kepada kepada privasi dan etika kerahsiaan.
Clinical Consultation Rate
Senarai Soalan Lazim
Penilaian psikologi adalah satu proses yang digunapakai untuk mengenal pasti individu yang mungkin mempunyai simptom gangguan kesihatan mental. Biasanya ia melibatkan sebuah siri soalan atau penilaian yang direka khas untuk menentukan sama ada penilaian lanjut oleh pihak profesional kesihatan mental diperlukan.
Walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom yang ketara, penilaian kesihatan mental boleh membantu untuk mengenal pasti atau menyaring sebarang isu tersembunyi atau isu yang tidak diketahui dengan lebih awal sebelum isu tersebut menjadi gejala yang lebih teruk. Pengesanan awal berpotensi membantu proses pencegahan atau intervensi pada waktu yang tepat serta membantu proses rawatan kesihatan mental yang lebih berkesan.
Anda akan ditanya satu siri soalan tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku anda. Soalan-soalan ini berkemungkinan akan meliputi pelbagai aspek kehidupan anda kerana ia direka untuk menilai dan memahami kesihatan mental anda.
Psikologis klinikal juga menggunakan penilaian yang sah dan bolehpercaya ketika melakukan penilaian berkait dengan isu yang anda alami.
Tiada persediaan khusus diperlukan. Walau bagaimanapun, ia sangat membantu jika anda berlaku jujur dan terbuka dalam menjawab soalan-soalan bagi memastikan ketepatan proses dan juga keputusan penilaian. Jika anda membuat penilaian secara atas talian, pastikan anda berada di ruang peribadi yang tenang.
Tanggungan insurans untuk penilaian kesihatan mental bergantung kepada penyedia pelan insurans anda. Anda boleh menyemak dengan penyedia insurans anda untuk mengetahui servis yang ditanggung dan sebarang kos yang terlibat.
Ya, penilaian kesihatan mental dijalankan dengan kerahsiaan yang ketat. Maklumat dan keputusan penilaian anda akan dirahsiakan mengikut etika kerahsiaan dan akan digunakan hanya untuk tujuan menilai kesihatan mental anda serta untuk memberikan cadangan yang sesuai jika sebarang tindakan atau langkah lanjut diperlukan.