Penilaian ADHD Dewasa

Have you ever felt like you’re different since young but you’re unable to explain why? Do you struggle with attention, organisation or task completion— despite putting your best effort?

Anda tidak bersendirian, dan yang lebih penting, terdapat jawapannya. Di Minda Inklusif, kami menyediakan penilaian bagi ADHD dewasa.

Mengapa Perlu Melakukan Penilaian?

Penilaian ADHD Dewasa bukan sekadar untuk mendapatkan diagnosis – ia adalah tentang memahami diri anda dengan lebih baik dan mencari strategi yang berkesan untuk minda unik anda. Sama ada anda menghadapi cabaran di tempat kerja, dalam perhubungan, atau dengan tugas harian, memahami ADHD anda boleh menjadi langkah pertama ke arah perubahan positif.

Thorough Understanding

Penilaian menyeluruh yang mengkaji pengalaman dan cabaran unik anda

Bimbingan Pakar

Penilaian profesional menggunakan alat yang disahkan dan kepakaran klinikal

Hala Tuju Yang Jelas

Pandangan praktikal dan strategi peribadi untuk menguruskan ADHD secara berkesan

Assessment Rate

Senarai Harga

Senarai Soalan Lazim

Sesi penilaian bermula dengan sesi pengambilan selama 1.5 jam di mana psikologis klinikal akan meneroka isu, simptom dan menjalankan saringan kesihatan mental umum.

Selepas sesi pengambilan, jika saringan positif (dan berkemungkinan ADHD), ahli psikologi akan mencadangkan untuk meneruskan dengan penilaian penuh.

Sekiranya anda tidak menunjukkan tanda-tanda ADHD semasa sesi intake, anda tidak perlu meneruskan penilaian penuh.

Psikologis klinikal hanya akan mencadangkan penilaian penuh jika terdapat kemungkinan anda mempunyai ADHD berdasarkan sesi intake yang dijalankan.

Penilaian meliputi sejarah perkembangan, simptom semasa, kesan dalam kehidupan seharian, prestasi akademik/kerja, hubungan sosial dan fungsi kognitif. Psikologis klinikal juga akan mengumpul maklumat daripada ahli keluarga atau orang terdekat (dengan kebenaran).

Kebiasaannya 3-5 sesi bergantung kepada kerumitan isu yang dihadapi.

Ya, sekiranya anda perlu menjalankan penilaian tambahan seperti ujian IQ atau ujian neurokognitif.

Selepas semua sesi penilaian selesai, sesi taklimat akan dijadualkan untuk membincangkan keputusan dan cadangan rawatan. Tempoh keseluruhan bergantung kepada jadual dan kesediaan untuk menjalani semua sesi yang diperlukan.

Assessment reports are optional. You may opt for the package with or without report.

Should you opt for no report, you may separately request for a full report after the assessment concluded with a payment of RM300.

Memandangkan penilaian dilakukan oleh psikologis klinikal, Minda Inklusif hanya menyediakan rawatan psikoterapi untuk ADHD tetapi tidak ubat-ubatan.

Ubat-ubatan perlu dipreskripsi oleh doktor perubatan yang bertauliah.

Sekiranya psikologis klinikal berpendapat ubat-ubatan dapat membantu dalam rawatan anda, psikologis akan membantu melakukan rujukan kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjutan.

Hear From Our Clients