Klinikal & Kaunseling

Saringan Kesihatan Mental

Saringan kesihatan mental dapat membantu anda untuk mengenalpasti status kesihatan mental anda, memahami isu anda secara ringkas dan menjawab persoalan anda mengenai proses penilaian dan rawatan psikoterapi bagi isu kesihatan mental.

Terapis juga akan memberikan cadangan dan tips untuk membantu meningkatkan kebolehan daya tindak (coping) dan menguruskan kesihatan mental anda dengan lebih baik.

Penilaian Psikologi

Sekiranya anda mengalami gelaja-gelaja gangguan mental, penilaian psikologi dapat membantu untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan mendapat rekomendasi rawatan yang efektif bagi isu yang anda alami.

Kecelaruan mental yang lazim seperti:

  • Kecelaruan kemurungan (depression)
  • Kecelaruan bipolar
  • Kecelaruan kebimbangan (anxiety)
  • Kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD)
  • Trauma dan Tekanan
  • Gangguan personaliti
  • Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Penilaian ADHD Dewasa

Saringan kesihatan mental dapat membantu anda untuk mengenalpasti status kesihatan mental anda, memahami isu anda secara ringkas dan menjawab persoalan anda mengenai proses penilaian dan rawatan psikoterapi bagi isu kesihatan mental.

Terapis juga akan memberikan cadangan dan tips untuk membantu meningkatkan kebolehan daya tindak (coping) dan menguruskan kesihatan mental anda dengan lebih baik.

Intervensi Psikoterapi

Intervensi psikologi seperti psikoterapi dapat membantu anda menguruskan isu atau gejala gangguan mental yang anda alami dengan lebih berkesan atau meningkatkan kesejahteraan minda dan pembangunan diri. Anda akan bekerja bersama terapis untuk mempelajari kemahiran atau meningkatkan pemahaman diri untuk mencapai matlamat yang anda tetapkan di dalam sesi.

Psikologis kami menawarkan strategi atau rawatan berpandukan kajian yang menunjukkan keberkesanan untuk merawat kecelaruan mental.

Antara terapi atau intervensi yang ditawarkan:

  • Terapi kognitif dan tingkah laku (Cognitive Behavioural Therapy CBT)
  • Terapi tingkah laku dialektik (Dialectical Behavioural Therapy DBT)
  • Terapi penerimaan dan komitmen (Acceptance and Commitment Therapy ACT)
  • Intervensi Mindfulness
  • Kemahiran komunikasi efektif
  • Kemahiran mengawal selia emosi (emotional regulation)
  • Kemahiran menyelesaikan masalah

Kaunseling Kesihatan Mental

Psikoterapi sokongan bertujuan untuk memberikan sokongan emosi dan galakan sekiranya anda mengalami kesukaran atau tekanan dalam hidup dan memerlukan ruang yang selamat dan selesa untuk meluahkan.

× Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday