Talian Krisis
Kesihatan Mental

Krisis kesihatan mental berlaku apabila keadaan mental atau emosi anda berada dalam bahaya dan anda mungkin tidak dapat menguruskan kehidupan harian, atau mungkin mencederakan diri sendiri atau orang lain. Anda mungkin berada dalam krisis jika:

  • Anda mengalami pemikiran untuk bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
  • Anda mengalami serangan panik atau kebimbangan yang teruk.
  • Anda berasa sangat tertekan selepas kejadian trauma. 
  • Anda mengalami atau menyaksikan kegasanan. 
  • Anda menggunakan bahan terlarang sehingga berada dalam bahaya.

Senarai Bantuan Talian Krisis di Malaysia

Befrienders

Malaysia

Telefon: 03-7627 2929 (KL)

Waktu Operasi: 24 jam

Talian Kasih

Telefon: 15999 / 019-261 5999

Waktu Operasi: 24 jam

Kuala Lumpur Hospital (HKL)

Telefon: 03-2615 5555

Waktu Operasi: 24 jam

Woman's Aid Organization (WAO)

Telefon: 03-7627 2929 (KL)

Waktu Operasi: 24 jam

University of Malaya Medical Centre (PPUM)

Telefon: 03-7949 4422

Waktu Operasi: 24 jam

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Telefon: 03-9145 5555

Waktu Operasi: 24 jam

Talian HEAL (KKM)

Telefon: 15555

Waktu Operasi: 8 – 12 am

Malaysian Mental Health Association (MMHA)

Telefon: 03-2780 6803 / 017-613 3039

Waktu Operasi: 9 am – 5 pm, tutup pada Ahad

Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA)

Telefon: 03-7932 1409 / 019-236 2423

Waktu Operasi: 9:30 am – 6:30 pm, tutup pada Sabtu & Ahad

All Women's Action Society (AWAM)

Telefon: 03-7877 4221

Waktu Operasi: 7 am – 7 pm

Buddy Bear (Kids Helpline)

Telefon: 1800-18-2327

Waktu Operasi: 6 pm – 12 am

Khidmat Minda Inklusif

Mengapa Terapis Minda Inklusif Tidak Mengendalikan Kes Krisis?

Di Minda Inklusif, kami berusaha untuk membantu anda mengatasi cabaran kesihatan mental seperti ADHD, kebimbangan, dan kemurungan. Walau bagaimanapun, kami tidak mengendalikan kes krisis, dan berikut adalah sebabnya:

  1. Krisis Memerlukan Respons Segera: Krisis kesihatan mental memerlukan bantuan segera yang hanya boleh diberikan oleh perkhidmatan kecemasan yang beroperasi 24 jam.
  2. Skop dan Kapasiti Kami: Kami bekerja melalui temujanji yang dijadualkan. Ini membolehkan kami memberikan penjagaan jangka panjang yang terancang, dan bukannya bantuan kecemasan.
  3. Waktu Operasi Kami: Waktu operasi kami adalah Selasa-Sabtu 9:00 AM – 6:00 PM, dan kami tidak menyediakan perkhidmatan 24 jam. Jika anda memerlukan bantuan di luar waktu ini atau berada dalam krisis, kami menggalakkan anda untuk menghubungi talian krisis di atas.

 

Bilakah Anda Perlu Menghubungi Minda Inklusif:

Jika anda tidak dalam krisis tetapi sedang menghadapi cabaran emosi atau kesihatan mental jangka panjang, kami di sini untuk membantu. Minda Inklusif berfungsi sebagai platform  yang menghubungkan anda dengan pakar kesihatan mental bertauliah yang sedia memberikan sokongan mental melalui temujanji secara atas talian. Khidmat klinikal yang kami sediakan adalah berstruktur dan berdasarkan bukti, direka untuk membantu anda memahami dan menguruskan kesihatan mental anda dengan lebih baik.

Namun, kerana kami beroperasi sepenuhnya secara dalam talian, terapis kami tidak dapat memberi tindak balas segera dalam situasi krisis yang memerlukan perhatian kecemasan. Oleh itu, sekiranya anda berada dalam krisis, kami mengesyorkan anda menghubungi salah satu talian bantuan yang disediakan di atas.

Sekiranya anda memerlukan khidmat klinikal psikologi, anda boleh memempah temujanji dengan kami.