Krisis kesihatan mental berlaku apabila keadaan mental atau emosi anda berada dalam bahaya dan anda mungkin tidak dapat menguruskan kehidupan harian, atau mungkin mencederakan diri sendiri atau orang lain. Anda mungkin berada dalam krisis jika:
Telefon: 03-7949 4422
Waktu Operasi: 24 jam
Telefon: 03-9145 5555
Waktu Operasi: 24 jam
Telefon: 03-2780 6803 / 017-613 3039
Waktu Operasi: 9 am – 5 pm, tutup pada Ahad
Telefon: 03-7932 1409 / 019-236 2423
Waktu Operasi: 9:30 am – 6:30 pm, tutup pada Sabtu & Ahad
Mengapa Terapis Minda Inklusif Tidak Mengendalikan Kes Krisis?
Di Minda Inklusif, kami berusaha untuk membantu anda mengatasi cabaran kesihatan mental seperti ADHD, kebimbangan, dan kemurungan. Walau bagaimanapun, kami tidak mengendalikan kes krisis, dan berikut adalah sebabnya:
Bilakah Anda Perlu Menghubungi Minda Inklusif:
Jika anda tidak dalam krisis tetapi sedang menghadapi cabaran emosi atau kesihatan mental jangka panjang, kami di sini untuk membantu. Minda Inklusif berfungsi sebagai platform yang menghubungkan anda dengan pakar kesihatan mental bertauliah yang sedia memberikan sokongan mental melalui temujanji secara atas talian. Khidmat klinikal yang kami sediakan adalah berstruktur dan berdasarkan bukti, direka untuk membantu anda memahami dan menguruskan kesihatan mental anda dengan lebih baik.
Namun, kerana kami beroperasi sepenuhnya secara dalam talian, terapis kami tidak dapat memberi tindak balas segera dalam situasi krisis yang memerlukan perhatian kecemasan. Oleh itu, sekiranya anda berada dalam krisis, kami mengesyorkan anda menghubungi salah satu talian bantuan yang disediakan di atas.
Sekiranya anda memerlukan khidmat klinikal psikologi, anda boleh memempah temujanji dengan kami.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.