Persediaan Konsultasi ADHD Dewasa Malaysia: Apa yang Perlu Anda Bawa?

Mendapatkan diagnosis ADHD dewasa adalah langkah penting untuk memahami diri dan memulakan rawatan yang sesuai. Namun, sesi konsultasi dengan doktor, sama ada di hospital kerajaan, hospital universiti atau swasta, boleh menjadi pengalaman yang menakutkan tanpa persediaan yang baik. Entri kali ini, kami akan membantu anda mengetahui apa yang perlu dibawa dan disediakan sebelum konsultasi bagi memastikan proses berjalan lancar.

Dokumen yang Perlu Dibawa

Dokumen yang lengkap akan membantu doktor memahami sejarah perubatan anda dengan lebih jelas. Pastikan anda menyediakan:

a) Surat Rujukan (Jika Ada)

  • Jika anda dirujuk dari Klinik Kesihatan (KK), pusat MENTARI, atau klinik GP swasta, pastikan anda membawa surat rujukan tersebut. Surat ini penting untuk memberi gambaran awal tentang keadaan anda kepada doktor pakar.

 

b) Rekod Perubatan Terdahulu

  • Jika anda pernah mendapatkan rawatan kesihatan mental sebelum ini, bawa semua rekod perubatan atau laporan konsultasi terdahulu.
  • Rekod ubat-ubatan yang pernah diambil juga sangat membantu, terutama jika anda pernah mencuba rawatan ADHD.

 

c) Kad Identiti

  • Kad pengenalan diri atau pasport (jika anda bukan warganegara Malaysia) diperlukan untuk pendaftaran di hospital.
  • Kad pelajar (jika anda adalah pelajar universiti; untuk mendapatkan rebat pelajar).

 

d) Kad Klinik atau Kad Temujanji

  • Jika anda sudah pernah mendaftar di hospital yang sama, bawa kad klinik atau kad temujanji untuk tujuan rekod dan rujukan lanjut.

Maklumat Diri yang Relevan

Doktor mungkin memerlukan maklumat tambahan untuk menilai keadaan anda dengan tepat. Sediakan perkara berikut:

a) Sejarah Hidup dan Simptom

  • Catatkan simptom utama yang anda alami, seperti:
    • Kesukaran memberi fokus.
    • Ketidakupayaan untuk mengurus masa.
    • Impulsif atau emosi yang tidak stabil.
  • Sertakan contoh situasi bagaimana simptom ini mengganggu kehidupan harian anda, seperti kesukaran di tempat kerja atau dalam hubungan peribadi.

 

b) Sejarah Perkembangan (Childhood History)

  • ADHD dewasa biasanya bermula sejak kanak-kanak. Jika anda mempunyai maklumat tentang bagaimana simptom ini menjejaskan kehidupan anda ketika kecil, ia sangat membantu.
  • Mintalah ibu bapa, adik-beradik, atau guru sekolah rendah/menengah untuk memberikan maklumat jika boleh.

 

c) Sejarah Keluarga

  • Jika ahli keluarga lain mempunyai ADHD atau masalah kesihatan mental lain, maklumkan kepada doktor kerana faktor genetik mungkin memainkan peranan.

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.