Digital Decluttering untuk ADHD: Satu Folder pada Satu Masa

Selamat kembali ke siri Pengurusan ADHD Dewasa bersama Minda Inklusif. Entri minggu ini ditujukan khas kepada anda yang meminati struktur folder ala Matryoshka, tetapi sedang bergelut dengan kekusutan digital. Sepuluh ribu e-mel belum dibuka. Lima ribu mesej kerja telah dibaca tetapi belum diarkibkan. Dan berpuluh-puluh nota digital post-it dengan label ‘PENTING!’.

Walaupun situasi ini kelihatan mustahil untuk diurus, anda sebenarnya masih mampu mengawal semula kehidupan digital anda. Caranya? Bukan dengan menjadi seorang influencer gaya hidup minimalis bersenjatakan sebatang pen, tetapi dengan membina sistem digital yang seiring dengan cara otak ADHD anda berfungsi; fleksibel, mudah diakses, dan yang paling penting, tidak membebankan tenaga mental anda.

Akui Anda Mempunyai Masalah Kekacauan Digital

Langkah pertama untuk mengawal kembali kehidupan digital anda adalah dengan mengakui anda mempunyai masalah. Kemudian, tarik nafas dan mula.

Memiliki folder Downloads yang mencecah 50GB tidak menjadikan anda seorang yang gagal. Ia hanya menunjukkan bahawa otak ADHD anda berfungsi dan memproses dunia dengan cara yang berbeza. Dan tidak mengapa untuk menjadi berbeza!

Sistem Penyusunan Bulanan Otak ADHD

Mulakan dengan membuka laptop anda untuk memulakan proses decluttering.

  1.  Cipta 12 folder, satu folder untuk setiap bulan dalam setahun: Januari 2025, Februari 2025, sehingga Disember.

  2. Seterusnya, kumpulkan semua bahan digital – seperti dokumen dan gambar. Susun mengikut bulan dokumen tersebut diterima atau dicipta. Ulang langkah ini sehingga desktop anda tidak lagi kelihatan serabut.

  3. Selepas itu, kemas kini folder mengikut bulan semasa. Sekiranya sekarang bulan Mei 2025, kemaskan folder bagi bulan Mei. Jun? Tunggu sehingga Jun tiba, barulah fokus kepada folder bulan Jun.

Sistem penyusunan ini boleh dimulakan pada bila-bila masa. Anda tidak perlu menunggu Januari tahun depan untuk mula. Fokus pada satu bulan dalam satu masa.

💡 Tip Pro: Semasa menyusun gambar atau dokumen, gunakan list view untuk menapis dan menyusunnya mengikut tarikh dengan lebih cepat.

💡 Bonus: Sistem ini juga boleh digunakan untuk e-mel atau penanda buku dalam talian (bookmarks) dengan bantuan spreadsheets.

Gunakan Sistem Dewey Decimal

Jika anda seorang yang gemar membaca, pelajar dalam bidang STEM ataupun seorang pengkaji, anda boleh gunakan sistem Dewey Decimal untuk mencipta kategori tertentu kepada folder anda. Sistem Dewey Decimal ini bertindak sebagai panduan kepada label dan penyusunan fail. Sebagai contoh:

  • 150 – Geran Pendidikan 1
  • 330 – Perbelanjaan Bulanan
  • 610 – Kesihatan & Hospital
  • 111 – Pengangkutan

Sistem ini kelihatan seperti sistem perpustakaan, namun ia adalah sistem yang sangat efisien. Sistem ini memudahkan anda untuk mencari sesuatu maklumat atau fail mengikut kategori.

💡 Tip Pro: Simpan satu master file untuk setiap kod fail yang digunakan. Ini membolehkan anda kekal peka terhadap kod-kod tersebut dan mengurangkan tekanan apabila anda tidak menjumpai folder yang betul.

Susun dan Kemas Gambar tanpa Perlu Menangis

Menghapus gambar memang mencabar! Gambar adalah sekeping memori yang penuh dengan metadata penting seperti lokasi, tarikh, siapa anda bersama, dan yang penting memori peristiwa tersebut. Jika anda mengalami kesukaran untuk memadam gambar, berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda:

  1. Backup gambar dan video ke dalam pemacu luaran khas (external hard disk) – walaupun anda belum sempat menyusun semuanya, sekurang-kurangnya anda akan rasa lega apabila tahu semua gambar tersimpan di satu tempat.
  2. Pembersihan Harian – bersihkan gambar di telefon anda setiap hari mengikut tarikh semasa. Contohnya: Pada 27 Mei, cari dan kumpulkan semua gambar serta video yang diambil pada tarikh yang sama dalam tahun-tahun sebelumnya. Klik, delete.

Anda tidak memerlukan pakar produktiviti untuk membaiki kehidupan digital anda. Apa yang anda perlukan hanyalah sistem yang berfungsi dengan efisien untuk diri anda. Jadi, tetapkan pemasa, seret emel ke folder yang betul, dan raikan setiap kejayaan kecil (walaupun hanya padam 3 screenshot kabur siling rumah).

Klik dengan bijak, dan semoga storan awan anda sentiasa bebas serabut dan ikon desktop tidak lagi bertindih 💻

Dan sekiranya anda memerlukan sokongan lanjut daripada pakar, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. van Bennekom, M. J., Blom, R. M., Vulink, N., & Denys, D. (2015). A case of digital hoarding. BMJ case reports, 2015, bcr2015210814. https://doi.org/10.1136/bcr-2015-210814
  2. Chiavaroli, M. (2019). Ditching Dewey: Take Your Collections from Enraging to Engaging and Position Your Library for 21st Century Success. Public Library Quarterly, 38(2), 124–146. https://doi.org/10.1080/01616846.2018.1555786
  3. Morein-Zamir, S., Kasese, M., Chamberlain, S. R., & Trachtenberg, E. (2021). Elevated levels of hoarding in ADHD: A special link with inattention. Journal of psychiatric research, 145, 167–174. Advance online publication. https://doi.org/10.1016/j.jpsychires.2021.12.024
  4. Speaking of Psychology: Why clutter stresses us out, with Dn. Joseph Ferrari, PhD | American Psychological Association
  5. How To Use the Dewey Decimal System | Monroe County Public Library

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.