KENALI HAFIZ

Kelayakan Profesional

  • Masters of Clinical Psychology student, Taylor’s University Malaysia
  • Bachelor of Science with Honours in Psychology, Heriot-Watt University Malaysia

 

Hubungan Profesional

  • Student Member of Malaysia Society of Clinical Psychology (Registration No: CP3-0285)
  •  

Bahasa: Inggeris, Melayu English, Malay (Basic)

Minat mendalam Hafiz terhadap kesihatan mental bermula semasa pandemik global. Ketika itu Hafiz memerhati ramai individu di sekelilingnya, terutamanya rakan-rakannya, mengalami tekanan emosi dalam menghadapi ketidakpastian, stress dan pengasingan. Pengalaman ini mencetuskan minat yang mendalam untuk Hafiz mempelajari lebih lanjut tentang kesihatan mental dan keinginannya untuk membantu mereka. Sebagai seorang pelatih psikologi klinikal, Hafiz percaya dalam mewujudkan ruang yang selamat ‘safe space’ di mana klien bebas berkongsi pengalaman mereka, dan Hafiz akan membawa mereka melalui kaedah terapi yang bersesuaian dengan kes mereka. Hafiz melihat terapi sebagai satu proses kolaboratif yang memperkasakan individu untuk lebih memahami diri mereka dalam menghadapi cabaran hidup.

Selepas menjalani praktikum dalaman, Hafiz telah memperoleh pengalaman bekerja dengan golongan dewasa dan golongan pemuda yang menghadapi pelbagai isu seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan trauma. Hafiz juga berpeluang bekerja dengan kanak-kanak neurodivergen, di mana ia telah memberi peluang dan pengalaman untuk Hafiz memperluaskan pemahamannya terhadap keperluan perkembangan dan psikologi yang pelbagai situasi. Hafiz menggunakan pendekatan berasaskan bukti dalam sessi terapinya, termasuk Acceptance and Commitment Therapy (ACT) serta Cognitive Behaviour Therapy (CBT), sambil mengekalkan fleksibiliti untuk menyesuaikan pendekatannya mengikut pengalaman unik setiap klien.

Sebagai pelatih psikologi klinikal, Hafiz bersemangat untuk terus mempertingkatkan kemahiran klinikalnya, memperoleh pengalaman baharu dengan pelbagai individu. Hafiz berharap dapat bekerjasama dengan setiap klien, meluangkan masa untuk memahami pengalaman dan cabaran unik mereka, serta menyokong mereka dalam mengatasi kesukaran dengan cara yang bermakna, bersesuaian serta efektif untuk diri mereka.

WHAT CLIENT SAY ABOUT MICHELLE