Bila Semuanya Rasa Seperti “SEKARANG”

Hai semua! Selamat kembali ke Minda Inklusif. Dalam entri kali ini, kita akan berkenalan dengan satu lagi aspek unik ADHD yang mungkin anda tak sedar: time blindness. Time blindness bukan sekadar “asyik lambat”. Ia juga boleh bermakna anda sentiasa berasa seperti sedang “merentas masa 24/7”.

Kehidupan Dalam Pusaran ‘Not Yet’

Otak ADHD dengan time blindness mungkin akan ‘merentas masa’ di mana dalam otak anda semuanya belum selesai atau anda belum mulakan lagi. Secara logiknya, anda masih mempunyai banyak masa untuk mengatur urusan dan kehidupan harian anda dan juga mempunyai masa untuk membuat keputusan yang paling terbaik. Tapi otak ADHD anda rasa ianya harus diselesaikan dengan cepat.

Contohnya, semester baru bermula pada bulan Oktober namun anda sudah memikirkan tentang peperiksaan di akhir semester pada bulan Julai.

Task Time Wrap: Terlebih Masa

Otak ADHD kebanyakannya mempunyai kesukaran untuk estimate berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Sebagai contoh, jika anda ditanya berapa lama untuk memasak maggi goreng – mungkin anda akan fikir ianya mengambil masa selama satu jam. Hakikatnya, memasak maggi goreng tidak sampai satu jam.

Persepsi tentang masa yang menyebabkan anda mempunyai kesukaran untuk estimate masa:

  1. Senarai tugasan terlalu panjang.
  2. Merasakan tugasan kecil sebagai tugasan besar di dalam otak ADHD.
  3. Terasa ‘terikat’ dengan tanggungjawab yang akan datang.

Penjara Hyperfixation

Otak ADHD yang terperangkap dalam penjara hyperfixation menjadikan multitasking sebagai satu proses yang sangat mustahil. Contoh otak ADHD yang kehilangan fungsi multitasking:

  1. Mempunyai temujanji untuk makan malam, individu akan sentiasa melihat jam untuk memastikan mereka tiba tepat waktu.
  2. Individu rasa mereka akan terlupa perkara yang akan datang atau dalam jadual sekiranya mereka berhenti memikirkannya sekarang. 
  3. Terlalu fokus pada jadual akan datang sehingga tidak berfungsi dalam proses atau aktiviti sekarang.

Kontradiksi kepada Kelewatan Otak

Otak ADHD akan menyusun tugas macam main Tetris—satu blok tersalah letak, habis semua berantakan. Kalau rancangan tiba-tiba berubah? Otak ADHD akan menjerit dalam diam. Walaupun menghadapi kesukaran dengan persepsi masa, sesetengah individu dengan ADHD menjadi sangat tepat dalam pengurusan masa mereka.

  1. Otak ADHD tidak akan melakukan anggaran dalam nombor bulat (contohnya, 5 atau 10 minit), sebaliknya mereka akan kata “7 minit”—kerana mereka telah melakukan kiraan yang tepat.
  2. Jika rancangan berubah pada saat akhir, ia boleh mengganggu aliran aktiviti otak ADHD kerana jadual telah disusun dengan teliti.
  3. Jika seseorang tiba lebih awal daripada yang dijanjikan, otak ADHD tetap akan berpegang pada masa asal—kerana mental individu telah bersiap sedia untuk masa tersebut sahaja.

Paradoks Masa Otak ADHD

Time blindness adalah kehidupan dalam dimensi masa di mana semuanya sama ada SEKARANG atau TIDAK AKAN BERLAKU LANGSUNG. Satu saat, kita beku sebab ada janji temu lima jam lagi, dan tiba-tiba kita akan panik untuk cuba siapkan senarai tugas yang entah bila boleh habis.

Anda harus belajar untuk teruskan dan urus masa dengan cara yang sesuai untuk anda. Kalau semua tak jadi pun… sekurang-kurangnya anda tahu sesuatu ambil masa tepat 7 minit! Percayalah. ⏱️😆

Rujukan:

  1. Marx, I., Cortese, S., Koelch, M. G., & Hacker, T. (2022). Meta-analysis: Altered Perceptual Timing Abilities in Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder. Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, 61(7), 866–880. https://doi.org/10.1016/j.jaac.2021.12.004
  2. What to know about time blindness in ADHD | MedicalNewsToday
  3. Could You Be Time Blind? | Psychology Today

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.