Hai semua! Selamat kembali ke Minda Inklusif. Dalam entri kali ini, kita akan berkenalan dengan satu lagi aspek unik ADHD yang mungkin anda tak sedar: time blindness. Time blindness bukan sekadar “asyik lambat”. Ia juga boleh bermakna anda sentiasa berasa seperti sedang “merentas masa 24/7”.
Otak ADHD dengan time blindness mungkin akan ‘merentas masa’ di mana dalam otak anda semuanya belum selesai atau anda belum mulakan lagi. Secara logiknya, anda masih mempunyai banyak masa untuk mengatur urusan dan kehidupan harian anda dan juga mempunyai masa untuk membuat keputusan yang paling terbaik. Tapi otak ADHD anda rasa ianya harus diselesaikan dengan cepat.
Contohnya, semester baru bermula pada bulan Oktober namun anda sudah memikirkan tentang peperiksaan di akhir semester pada bulan Julai.
Otak ADHD kebanyakannya mempunyai kesukaran untuk estimate berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Sebagai contoh, jika anda ditanya berapa lama untuk memasak maggi goreng – mungkin anda akan fikir ianya mengambil masa selama satu jam. Hakikatnya, memasak maggi goreng tidak sampai satu jam.
Persepsi tentang masa yang menyebabkan anda mempunyai kesukaran untuk estimate masa:
Terasa ‘terikat’ dengan tanggungjawab yang akan datang.
Otak ADHD yang terperangkap dalam penjara hyperfixation menjadikan multitasking sebagai satu proses yang sangat mustahil. Contoh otak ADHD yang kehilangan fungsi multitasking:
Terlalu fokus pada jadual akan datang sehingga tidak berfungsi dalam proses atau aktiviti sekarang.
Otak ADHD akan menyusun tugas macam main Tetris—satu blok tersalah letak, habis semua berantakan. Kalau rancangan tiba-tiba berubah? Otak ADHD akan menjerit dalam diam. Walaupun menghadapi kesukaran dengan persepsi masa, sesetengah individu dengan ADHD menjadi sangat tepat dalam pengurusan masa mereka.
Time blindness adalah kehidupan dalam dimensi masa di mana semuanya sama ada SEKARANG atau TIDAK AKAN BERLAKU LANGSUNG. Satu saat, kita beku sebab ada janji temu lima jam lagi, dan tiba-tiba kita akan panik untuk cuba siapkan senarai tugas yang entah bila boleh habis.
Anda harus belajar untuk teruskan dan urus masa dengan cara yang sesuai untuk anda. Kalau semua tak jadi pun… sekurang-kurangnya anda tahu sesuatu ambil masa tepat 7 minit! Percayalah. ⏱️😆
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.