Minggu ini bersama Minda Inklusif, kita akan bercerita mengenai kawalan impuls buat lelaki dewasa ADHD. Ya, impuls yang seperti marah sekuat kilat atau berubah menjadi Hulk. Otak ADHD anda sudah tertekan butan merah sebelum anda sedar apa yang sedang berlaku.
Perasaan seperti jantung berdegup laju sambil tangan mengepal menjadi sebuah penumbuk mungkin satu perasaan yang sering terjadi kepada lelaki dewasa ADHD. Dan, kalau anda sedang membaca entri ini, mesti anda sudah penat dengan perasaan serba-salah selepas mengamuk.
Mungkin orang sekeliling takut. Mungkin, anda pun takut pada diri sendiri.
Perasaan marah, frust, atau malu… semua datang tidak akan bagi salam dahulu. Berita baik? Dengan kerja dalaman (dan sikit kerendahan hati), anda boleh mengawal perasaan marah yang datang.
Kawalan impuls bagi ADHD dewasa bermula dengan kesedaran. Bila badan anda sudah faham dan sedar tentang emosi yang selalu datang, senang untuk anda tangkap mereka.
Cuba amalkan teknik melabel emosi. Tanya diri anda:
Apa sebenarnya yang aku harapkan berlaku waktu itu?
Bila anda berhenti dan mula untuk namakan emosi anda, anda boleh beralih daripada bersifat reaktif kepada sifat reflektif.
Realiti yang kita semua tidak boleh ubah: emosi manusia tidak boleh dikawal, tetapi boleh diurus. Permasalahan adalah bukan kepada perasaan marah itu. Tetapi reaksi terhadap marah.
Jadikan pengurusan emosi sebagai satu matlamat dalam pengurusan ADHD anda. Anda boleh mencuba cara ini:
Pause. Reset. Anda sudah bersedia untuk masuk semula.
💡 Tip bonus: Buat ruang khas di rumah untuk “cooldown zone”. Tiada siapa boleh kacau anda kerana itu adalah ruang anda.
Kawalan impuls bukanlah setakat anda berjaya untuk mengawal diri pada 30 saat yang kritikal sebelum marah. Tapi, kawalan impuls sepatutnya adalah latihan harian anda. Seperti entri minggu lalu, anda boleh gunakan teknik CBT:
Guna strategi ‘pause’ dan guna safe word dengan pasangan atau keluarga (seperti “saya perlukan masa sebentar”, atau kod lucu macam “cheese”).
Apakah ciri utama lelaki ADHD yang berjaya mengawal impuls mereka. Sistem. Mereka berjaya membina sistem yang efektif kepada otak ADHD mereka.
Anda hanyalah manusia biasa yang mempunyai otak ADHD. Jangan rasa diri anda adalah raksasa kerana selalu rasa marah. Bila anda meletup, penting untuk anda akui, minta maaf, dan perbaiki. Usaha tetap perlu ada untuk melakukan perubahan.
Perubahan usaha adalah pilihan anda untuk terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
Dan sekiranya anda memerlukan sokongan yang lebih daripada pakar atau ingin belajar cara mengurus ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.