Rasa Marah, Lautan Berombak: Kekal Terkawal Sebagai Lelaki Dewasa ADHD

Minggu ini bersama Minda Inklusif, kita akan bercerita mengenai kawalan impuls buat lelaki dewasa ADHD. Ya, impuls yang seperti marah sekuat kilat atau berubah menjadi Hulk. Otak ADHD anda sudah tertekan butan merah sebelum anda sedar apa yang sedang berlaku.

Perasaan seperti jantung berdegup laju sambil tangan mengepal menjadi sebuah penumbuk mungkin satu perasaan yang sering terjadi kepada lelaki dewasa ADHD. Dan, kalau anda sedang membaca entri ini, mesti anda sudah penat dengan perasaan serba-salah selepas mengamuk.

Mungkin orang sekeliling takut. Mungkin, anda pun takut pada diri sendiri.

Perasaan marah, frust, atau malu… semua datang tidak akan bagi salam dahulu. Berita baik? Dengan kerja dalaman (dan sikit kerendahan hati), anda boleh mengawal perasaan marah yang datang.

Langkah 1: Namakan Perasaan Sebelum Anda Meletup

Kawalan impuls bagi ADHD dewasa bermula dengan kesedaran. Bila badan anda sudah faham dan sedar tentang emosi yang selalu datang, senang untuk anda tangkap mereka.

Cuba amalkan teknik melabel emosi. Tanya diri anda:

  • Apa yang trigger aku tadi?
  • Apa sebenarnya yang aku rasa sekarang? Marah? Takut? Rasa ditolak? Atau, malu?
  • Apa sebenarnya yang aku harapkan berlaku waktu itu?

Bila anda berhenti dan mula untuk namakan emosi anda, anda boleh beralih daripada bersifat reaktif kepada sifat reflektif.

Langkah 2: Biarkan Ia Berlalu

Realiti yang kita semua tidak boleh ubah: emosi manusia tidak boleh dikawal, tetapi boleh diurus. Permasalahan adalah bukan kepada perasaan marah itu. Tetapi reaksi terhadap marah.

Jadikan pengurusan emosi sebagai satu matlamat dalam pengurusan ADHD anda. Anda boleh mencuba cara ini:

  • Tarik nafas dalam-dalam.
  • Keluar dari bilik atau rumah sekejap.
  • Cuba tumbuk benda yang tidak hidup (seperti stress ball, bantal atau sofa dan BUKAN dinding atau manusia lain).
  • Pause. Reset. Anda sudah bersedia untuk masuk semula.

💡 Tip bonus: Buat ruang khas di rumah untuk “cooldown zone”. Tiada siapa boleh kacau anda kerana itu adalah ruang anda.

Langkah 3: Latih Diri Untuk Bertenang

Kawalan impuls bukanlah setakat anda berjaya untuk mengawal diri pada 30 saat yang kritikal sebelum marah. Tapi, kawalan impuls sepatutnya adalah latihan harian anda. Seperti entri minggu lalu, anda boleh gunakan teknik CBT:

  • Tulis jurnal tentang setiap kali anda mengamuk: apa jadi, apa anda rasa, macam mana anda bertindak.
  • Tanya diri: “Apa kepercayaan negatif yang trigger aku? Betul ke? Apa bukti itu adalah trigger?”
  • Guna strategi ‘pause’ dan guna safe word dengan pasangan atau keluarga (seperti “saya perlukan masa sebentar”, atau kod lucu macam “cheese”).

Langkah 4: Bina Sistem Akauntabiliti

Apakah ciri utama lelaki ADHD yang berjaya mengawal impuls mereka. Sistem. Mereka berjaya membina sistem yang efektif kepada otak ADHD mereka.

  • Sentiasa lakukan log emosi dan trigger.
  • Jangan harapkan otak anda untuk ingat. Anda harus ingat.
  • Lakukan ritual untuk menjaga emosi anda.

Anda Meletup dan Akan Meletup

Anda hanyalah manusia biasa yang mempunyai otak ADHD. Jangan rasa diri anda adalah raksasa kerana selalu rasa marah. Bila anda meletup, penting untuk anda akui, minta maaf, dan perbaiki. Usaha tetap perlu ada untuk melakukan perubahan.

Perubahan usaha adalah pilihan anda untuk terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik.

Dan sekiranya anda memerlukan sokongan yang lebih daripada pakar atau ingin belajar cara mengurus ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Sadr-Salek, S., Costa, A. P., & Steffgen, G. (2023). Psychological Treatments for Hyperactivity and Impulsivity in Children with ADHD: A Narrative Review. Children (Basel, Switzerland), 10(10), 1613. https://doi.org/10.3390/children10101613
  2. Schweitzer, J. B., & Sulzer-Azaroff, B. (1995). Self-control in boys with attention deficit hyperactivity disorder: effects of added stimulation and time. Journal of child psychology and psychiatry, and allied disciplines, 36(4), 671–686. https://doi.org/10.1111/j.1469-7610.1995.tb02321.x
  3. 10 Strategies For Managing ADHD & Impulsivity In Adults | LA Concierge Psychologist 
  4. How to Hit Pause on ADHD Impulsivity | ADDITUDE

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.