Sindrom Tourette (TS) ialah gangguan neurologi dan neuro-perkembangan yang bermula daripada zaman kanak-kanak. Ia dicirikan oleh pergerakan dan vokalisasi berulang yang tidak disengajakan yang dikenali sebagai ‘tic’. Untuk didiagnosis dengan TS, seseorang perlu menunjukkan sekurang-kurangnya satu tic vocal dan beberapa tic motor, yang berterusan selama lebih daripada setahun.
Kebanyakan individu mula menunjukkan simptom antara umur 5 hingga 10 tahun. Selalunya, tic motor akan muncul terlebih dahulu, biasanya melibatkan kepala dan leher, sebelum berkembang ke bahagian badan yang lain dan diikuti oleh tic vocal.
Walaupun TS boleh memberi cabaran, ia bukanlah gangguan degeneratif atau gangguan yang memendekkan jangka hayat individu. Ramai individu dengan TS menjalani kehidupan yang normal dan produktif. Keterukan tic bagi individu dengan TS selalunya memuncak semasa awal remaja dan boleh berkurangan menjelang awal dewasa. Kebanyakkan individu dengan TS akan mengalami improvement or remission by adulthood. Namun, bagi sesetengah individu, tic mungkin kekal sehingga dewasa dan memberi kesan terhadap kehidupan seharian.
Ramai individu dengan TS mengalami dorongan praminitori iaitu sensasi atau ketegangan di otot sebelum tic berlaku. Walaupun ada yang mampu menahan tic buat sementara waktu, usaha menahan ini boleh menyebabkan tekanan dalaman yang tinggi.
Tic boleh bertambah teruk akibat tekanan emosi, keletihan, keterujaan, atau rangsangan deria yang berlebihan. Sebaliknya, tic cenderung untuk berkurangan semasa aktiviti yang memerlukan individu untuk fokus atau ketika tidur nyenyak. Berikut adalah beberapa contoh tic yang dialami oleh individu dengan TS:
Tic Motor Ringkas:
Bahu terangkat dan Gerakan leher secara tiba-tiba
Tic Motor Kompleks:
Melompat dan melakukan pusingan badan (circling)
Tic Vokal Ringkas:
Berdehem
Tic Vokal Kompleks:
Menyebut kata-kata kasar atau tidak sesuai dengan perbualan (koprolalia) – walaupun ini sering digambarkan dalam media, ia jarang berlaku dalam realiti.
Sindrom Tourette tergolong dalam spektrum tic, dan klasifikasinya adalah seperti berikut:
Sindrom Tourette – kehadiran dua atau lebih tic motor dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tic vokal yang berlaku lebih daripada 12 bulan
Beberapa faktor boleh mempengaruhi sama ada simptom TS berterusan atau tidak, antaranya:
Walaupun tic adalah gejala utama TS, namun komorbiditi sering memberikan kesan yang lebih besar kepada kualiti hidup individu dengan TS. Lebih 85% individu dengan TS turut mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan psikiatri atau neurologi lain (Johnson et al., 2023).
Berikut adalah beberapa komorbiditi umum yang dialami oleh individu dengan TS:
Masalah Pembelajaran – individu dengan TS juga berisiko menghadapi masalah pembelajaran seperti disleksia, walaupun mempunyai tahap kecerdasan normal.
Menjalani kehidupan dengan TS boleh mencabar, terutamanya dari segi emosi dan sosial. Kehadiran tic, bersama dengan gangguan lain boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan interpersonal dan di tempat kerja. Oleh itu, kesedaran dan pendidikan masyarakat amat penting dalam mengurangkan stigma dan menyokong individu dengan TS.
Individu dengan TS mungkin seorang yang bijak, kreatif, dan berbakat, namun sering disalahfaham kerana tingkah laku luar kawalan yang datang dari tic mereka.
Sekiranya anda ingin tahu mengenai Sindrom Tourette dan pengalaman individu dengan TS, anda boleh sertai Marcus dalam siri Chit Chat ADHD+ pada bulan Ogos. Pendaftaran boleh dilakukan di borang ini.
Selain itu, jka anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.