Mengajar pelajar autistik bermaksud mengajar dengan cara yang selaras dengan pelbagai cara pemikiran yang unik. Bagi kebanyakkan pelajar autistik, logik, kejelasan, dan rasa hormat jauh lebih berkesan daripada autoriti atau rutin semata-mata.
Apabila guru meluangkan masa untuk menerangkan tujuan sesuatu tugasan, mengiktiraf kekuatan pelajar, dan menyediakan ruang untuk meregulasi diri, pelajar boleh bergerak daripada rasa menentang kepada rasa ingin tahu.
Berikut ialah cara menyokong murid autistik — dengan kesabaran, kefahaman, dan belas ihsan yang praktikal.
Ramai murid autistik berkembang dengan logik dan konsistensi. Arahan tanpa konteks seperti “sebab cikgu cakap” atau “ini peraturan sekolah” boleh mencetuskan penentangan, kekeliruan, atau shutdown.
Sebaliknya, berikan alasan yang jelas dan mudah difahami:
“Kita simpan telefon supaya semua orang boleh fokus. Bunyi notifikasi boleh ganggu kamu dan rakan lain.” – bagi pelajar universiti.
atau
“Kita bergilir bercakap supaya semua idea boleh didengari dengan adil.” – apabila melakukan aktiviti berkumpulan.
Pelajar autistik sering menghormati logik. Apabila tujuan sesuatu peraturan diterangkan, ia mengurangkan salah daham dan membina kepercayaan.
Setiap kali anda menjelaskan “mengapa” anda sedang membina ramalan, keselamatan dan penglibatan dalam bilik darjah.
Ramai pelajar autistik mempunyai minat mendalam dalam sesuatu topik seperti matematik, fizik, seni, haiwan, peta, kereta api, dan sebagainya. Minat ini bukanlah gangguan kepada pembelajaran tetapi ia adalah pintu kepada pembelajaran dan penguasaan.
Peranan anda sebagai guru:
Tunjukkan minat anda terhadap kemahiran mereka, seperti, “Cepatnya kamuselesaikan rubic cube. Boleh ajar cikgu?”
Apabila murid merasa dihargai, mereka biasanya membalas dengan fokus dan usaha yang tinggi.
Konsep abstrak boleh menjadi cabaran. Mereka biasanya lebih mudah belajar melalui visual, contoh sebenar, model dan langkah berurutan.
Cara mengaplikasinya:
Pecahkan konsep besar menjadi contoh kecil dan jelas.
Pelajar autistik cenderung memproses maklumat secara “detail-first”, jadi konkritkan dahulu sebelum bergerak kepada idea abstrak.
Komunikasi boleh menjadi sukar semasa pelajar mengalami sensory overload atau tekanan ketika dalam bilik darjah.
Sediakan pilihan cara berkomunikasi yang selamat dan ringkas:
Hormati komunikasi nonverbal seperti elak kontak mata atau fidgeting.
Bantu pelajar memahami bahawa mereka boleh meminta rehat (“time-out”) ketika perlu. Ini membantu meningkatkan autonomi dan mengurangkan meltdown. Anda juga boleh normalisasikan rehat sebentar bersama pelajar anda:
“Kadang-kadang semua orang perlukan masa untuk bertenang.”
Stimming seperti mengetuk kerusi, menggoyang kaki, memusing objek (pen/buku/kerusi/meja) membantu pelajar autistik kekal fokus dan tenang.
Elakkan menghentikan stimming kecuali ia berbahaya atau mengganggu orang lain. Berikan alternatif yang selamat atau lebih senyap.
“Nampaknya fidgeting bantu kamu fokus — jom cari alat yang sesuai untuk digunakan masa belajar.”
Stimming bukan gangguan. Ia adalah alat sokongan.
Setiap pelajar autistik adalah unik. Apabila anda ragu, cuba tanyakan kepada pelajar anda:
“Awak selesa kerja berpasangan, berkumpulan atau sendiri?”
Pelajar adalah pakar tentang diri mereka. Peranan anda ialah menyediakan ruang untuk suara mereka didengari.
Mengajar pelajar autistik memerlukan kesediaan untuk memahami perbezaan dan keunikan mereka. Dengan menerangkan sebab , meraikan minat mereka, dan memberi autonomi,anda bukan sahaja mengajar akademik, anda mengajar pelajar anda tentang kepercayaan, keselamatan dan kehormatan.
Dengan kesabaran dan keinginan untuk belajar, bilik darjah boleh menjadi ruang di mana pelajar neurodivergen benar-benar berkembang.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.