Komunikasi boleh menjadi kekuatan individu ataupun sebuah cabaran. Komunikasi ialah cara kita mengekspresikan diri sama ada secara lisan, bertulis, atau melalui bahasa tubuh. Tidak ada satu cara komunikasi yang ‘betul’ atau ‘salah.’
Bagi individu dewasa autistik, ada yang lebih selesa berkomunikasi dengan jelas dan praktikal, manakala ada yang gemar berbual secara mendalam dan bermakna. Ini tidak bermaksud mereka tidak mempunyai cabaran dalam berkomunikasi, tetapi menunjukkan bahawa setiap gaya komunikasi adalah unik.
Sempena Bulan Kesedaran Autism Sedunia, ikuti blog Minda Inklusif untuk belajar beberapa tip yang berguna untuk individu autistik dewasa. Pada minggu ini, kita akan belajar beberapa tip komunikasi yang boleh membantu anda untuk mengurus perbualan dan interaksi sosial harian dengan lebih yakin.
Apabila anda menggunakan perkataan yang rumit, pelbagai metafora atau perbualan yang abstrak, ia boleh mengelirukan dan boleh membebankan cara otak anda memproses maklumat. Ketika berkomunikasi, gunakan bahasa dan struktur ayat yang mudah dan ringkas seperti:
Fokus kepada perkara penting, apabila terdapat banyak maklumat sensori, cuba fokus kepada aspek penting seperti ‘muka’ supaya boleh menapis gangguan seperti ‘bunyi bising’.
Perbualan dengan orang lain boleh diibaratkan seperti permainan tenis. Anda dan rakan saling menghantar ‘bola tenis’ secara bergilir. Dalam perbualan, mereka bertanya, anda menjawab. Kemudian anda bertanya semula.
Cara ini membantu perbualan mengalir tanpa rasa janggal dan pelik. Namun seperti tenis, anda juga perlu tahu bila ‘permainan’ akan berakhir. Cuba perhatikan isyarat seperti seseorang melihat jam, atau mula menjauhkan diri, atau ungkapan seperti “saya kena pergi dulu ya……”, ini menandakan perbualan hampir tamat.
Jika anda tidak pasti, anda boleh sahaja bertanya dan menamatkan perbualan atau interaksi dengan sopan:
“Seronok berbual dengan awak, next time kita catch up lagi ya?”
Apabila soalan terasa terlalu terbuka, cuba gunakan soalan dengan pilihan seperti:
voice message?”
Soalan yang berstruktur membantu kedua-dua pihak untuk ‘bermain tenis’ dengan tenang tanpa perlu menggunakan terlalu banyak tenaga sosial.
Memulakan perbualan sering dianggap sukar, terutama apabila berdepan dengan orang yang baru dikenali.. Untuk memudahkan proses ini,cuba mulakan perbualan anda dengan topik ringan seperti:
“Awak main Nintendo Switchjuga? Game apa favourite awak?”
Memulakan perbualan dengan minat atau pemerhatian positif menunjukkan bahawa anda terbuka untuk memulakan perbualan tanpa memberi tekanan sosial kepada diri sendiri atau orang lain. Sekiranya anda berkongsi minat yang sama, perbualan itu boleh menjadi asas kepada hubungan jangka panjang.
Interaksi sosial yang berjaya ialah interaksi yang mencipta peluang untuk interaksi seterusnya.
Membaca body language atau bahasa tubuh, ekspresi muka serta nada suara boleh menjadi satu teka-teki bagi ramai individu autistik. Ramai belajar kemahiran ini melalui pemerhatian, menonton teater animasi atau latihan sosial.
Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menggunakan tenaga yang minumum ketika membaca dan memahami body language:
Senyum kecil – Jika orang lain ketawa tetapi anda tidak faham jenakanya, senyum kecil sudah memadai. Anda tidak perlu berpura-pura faham.
Selain itu, anda boleh berlatih ekspresi muka di depan cermin atau dengan menonton filem. Belajar memahami ekspresi muka dan bahasa tubuh bukan bermaksud anda ingin menyembunyikan identiti sebenar.. Sebaliknya, proses ini adalah untuk membina “perpustakaan sosial” agar komunikasi anda menjadi lebih lancar dan selesa.
Sebagai individu autistik, anda mungkin kurang bercakap atau lebih suka berkomunikasi melalui mesej teks berbanding panggilan telefon.
Dan ketahuilah itu tidak mengapa. Komunikasi adalah proses untuk memahami dan difahami. Apa yang penting ialah anda berkomunikasi dengan cara yang paling selesa dan berkesan bagi diri anda.
Suara anda, suara kita, walau seunik atau seaneh mana pun bagi orang lain, tetap layak untuk didengari dan difahami.
Ikuti kaunselor kami, B’ao pada 22hb November untuk mendengar pengalaman beliau sebagai individu dewasa autistik dan belajar cara membina komunikasi yang lebih autentik. Jangan lupa untuk daftar SEKARANG.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.