Cuci Rambut walaupun Anda ‘Tak Boleh Lah Hari Ni’

Sekiranya anda seorang individu dengan ADHD dan pernah terlintas dalam kepala anda, “Kenapa ya susah sangat nak cuci rambut?” Walaupun fikiran itu muncul, akhirnya anda terbaring diatas katil sambil scroll TikTok, sedangkan kulit kepala anda sudah terasa sangat berminyak dan gatal.

Anda bukan pemalas, dan pastinya bukan seorang yang pengotor. Otak anda hanya berfungsi dengan cara yang berbeza, ibarat memakai selipar jepun ketika mendaki Gunung Kinabalu. Rutin kebersihan diri yang sepatutnya mudah sahaja akan menjadi sebagai rutin berat apabila gangguan fungsi eksekutif berlaku.

Mari ikuti entri Minda Inklusif minggu ini untuk mencari cara-cara yang dapat memudahkan proses mencuci rambut. Paling tidak, ia mungkin dapat mengurangkan rasa sakit hati dengan diri sendiri.

Golden Rule: Kualiti > Kuantiti

Anda sudah pastinya tidak memerlukan rutin penjagaan rambut yang mempunyai 18 langkah. Apa yang otak ADHD anda perlukan adalah sebaliknya – kurangkan langkah sebanyak mungkin. Otak ADHD mudah berasa overwhelmed, jadi kita perlu berusaha untuk memudahkan segala-galanya.

  • Gunakan seberapa sikit produk yang mungkin; pilih syampu dan conditioner yang betul-betul sesuai dengan jenis rambut anda.
  • Elakkan membazir wang membeli syampu yang banyak hanya disebabkan bau vanila atau kerana botolnya yang comel. Sebaliknya, pilih produk yang tepat untuk memenuhi keperluan rambut anda.

Gaya Rambut ‘Low Effort, Still Cute’

Salah satu teknik yang dapat meningkatkan motivasi untuk mencuci rambut adalah dengan mencari gaya rambut yang sesuai dengan diri kita. Pilih gaya yang;

  1. Mudah dan cepat disiapkan
  2. Membuatkan anda rasa comel dan yakin
  3. Boleh digayakan secara autopilot ketikamenghadapi brain shutdown

Sebagai contoh, anda mungkin lebih suka menggunakan gaya klip rambut besar ala gadis Eropah yang nampak chill and chic. Mudah untuk diurus dan tidak mempunyai banyak langkah. Yang penting, anda sudah menghadkan pilihan supaya otak anda tidak stress.

Jadikan Waktu Mandi sebagai Pengalaman Spa Mini di Rumah

Kalau anda memang terpaksa untuk cuci rambut pada hujung minggu, apa kata jadikan ia pengalaman yang ✨ aesthetic ✨? Mungkin bunyinya macam keterlaluan, tapi kalau dengan mengubah suasana boleh membuat anda rasa nak mandi dan cuci rambut, apa salahnya cuba, bukan?

Otak ADHD sangat responsif dengan:

  1. Lampu bilik mandi yang malap dan lembut (seperti lampu oren)
  2. Lilin wangi yang menyala perlahan (pengalaman seperti di Bali)
  3. Tuala yang panas dan gebu selepas mandi
  4. Rumah yang tenang selepas mandi dengan lampu romantik dan muzik lo-fi sebagai latar

Pecahkan Tugas Sekecil Mungkin

Setiap langkah yang berjaya anda lakukan adalah satu kemenangan kecil bagi otak ADHD. Kalau anda berhenti di langkah ketiga pun, tidak mengapa – sebab kalau langkah kedua yang anda ambil telah membawa anda ke dalam bilik air, bermakna anda sudah mula. Boleh sambung kemudian.

Berikut adalah contoh bagaimana anda boleh pecahkan proses mandi dan mencuci rambut kepada langkah yang lebih kecil:

  1. Masuk ke dalam bilik air.
  2. Hidupkan air.
  3. Pastikan tuala, produk mandian dan produk penjagaan rambut tersedia.
  4. Basahkan badan.
  5. Basahkan rambut.
  6. Ambil syampu…
  7. DAN CUCI RAMBUT.

Tahniah, anda telah berjaya mencuci rambut pada minggu ini!

Anda Telah Memperolehi Kemenangan Hari Ini

Tahniah kerana anda telah sampai ke penghujung entri ini – dan tahniah juga kerana berjaya fokus hingga ke akhir! Bagi sesetengah orang, mencuci rambut mungkin perkara kecil. Tapi untuk otak ADHD, ia boleh jadi satu cabaran besar. Setiap kali anda berjaya mencuci rambut, itu adalah sebuah kemenangan buat anda.

Ingat, self-care bukan tentang mencari kesempurnaan. Ia tentang mencuba, walau perlahan. Walaupun tidak sempurna, anda masih muncul setiap hari untuk diri sendiri. Dengan memahami bagaimana cara otak kita berfungsi, kita hanya perlu ikut standard diri sendiri dan bukan orang lain.

Jadi bila kepala anda rasa gatal – cuba buka balik entri tulisan Minda Inklusif ini, dan ingat;

Masuk bilik air dulu – yang lain boleh dipertimbangkan!

Rujukan:

  1. Addressing Personal Hygiene Challenges in ADHD | The Mini ADHD Coach
  2. Personal Hygiene Tips for ADHD Brains (and Bodies) | ADDITUDE
  3. 8 Things That Horrify People With ADHD But Everyone Else Has No Problem With, According To An ADHD Mom | Your Tango 
  4. 4 Natural Hair Maintenance Hacks for Black Folk With ADHD | The Mighty
  5. When Sensory Issues Get in the Way of Good ADHD Hygiene | ADDITUDE

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.