Jika anda seorang individu dewasa dengan disleksia, anda mungkin telah lama sedar bahawa dunia tidak selalu direka mengikut cara otak anda berfungsi. Namun, itu tidak bermakna anda kurang bijak atau tidak mampu seperti orang lain.
Hakikatnya, disleksia bermaksud otak anda mengambil laluan yang berbeza untuk mencapai hasil yang sama dan dalam banyak keadaan, ia menghasilkan kreativiti dan cara pemikiran yang luar biasa.
Dengan menggunakan alat, strategi, dan cara berfikir yang sesuai, anda boleh menjadikan pengalaman belajar dan bekerjalebih lancar, dan mungkin lebih menyeronokkan!
Ikuti blog Minda Inklusif pada minggu ini dimana kita pelajar beberapa trik yang mudah dan praktikal untuk membantu anda membina keyakinan diri sebagai individu dengan disleksia.
Membaca boleh menjadi proses yang mencabar. Mata mudah terlepas perkataan, atau fikiran melayang. Namun, dengan bantuan teknologi, proses in boleh menjadi mesra dan selesa.
Trik Buku Fizikal:
Jika anda lebih gemar membaca buku fizikal, letakkan sehelai kertas di bawah baris yang sedang dibaca. Kaedah ini membantu mengurangkan gangguan visual dan mengekalkan fokus.
Tiada satu cara yang sesuai untuk semua orang, pilih strategi yang paling selesa untuk anda.
Teknologi boleh menjadi penyelamat untuk menulis dengan lebih yakin tanpa terlalu risau tentang ejaan atau tatabahasa.
Terjemahan Bahasa – Jika anda lebih fasih dalam satu bahasa berbanding bahasa lain, anda boleh gunakan Google Translate untuk menerjemah teks kepada bahasa yang anda mahir.
Ingatlah, kesilapan ejaan bukan ukuran kepintaran. Teknologi hanyalah alat untuk membantu anda menyampaikan idea dengan lebih jelas. Walaupun teknologi bahasa menggunakan AI berdasarkan proses deep-learning, kita masih juga perlu meneliti output yang diberikan.
Jika anda mudah lupa, jangan paksa diri anda untuk ingat. Gunakan alat bantu untuk mengurangkan tekanan dan menyokong ikatan.
Google Assistant – anda boleh label alarm anda supaya anda tahu tujuan setiap alarm itu berbunyi.
Selain itu, sekiranya anda menerima arahan yang panjang – minta mereka sebutkan arahan satu per satu dengan jelas. Komunikasi yang terbuka dan bijak boleh membantu anda memahami dengan lebih baik.
Ramai individu dengan disleksia juga mengalami cabaran dalam pengurusan masa atau perhatian. Ini perkara biasa dan boleh diurus dengan strategi yang sesuai.
Kehidupan harian sebagai individu dengan disleksia boleh mencabar, tetapi kreativiti anda adalah kelebihan besar. Gunakan imaginasi dan strategi mudah ini dalam kehidupan untuk menjadikan hidup lebih teratur:
Minda Inklusif percaya bahawa setiap otak, sama ada disleksia, ADHD, autistik atau neurotipikal mempunyai keunikan dan nilai tersendiri..
Jika anda pernah merasa dunia ini terlalu “cepat” atau “terlalu kemas” untuk otak anda, ingatlah: bukan anda yang salah. Sistem dunia ini mungkin belum cukup inklusif, tetapi anda boleh menjadi sebahagian daripada perubahan itu
Teruskan belajar, ubah cara, dan cipta ruang yang lebih mesra untuk semua jenis otak.
Menerima cara otak anda berfungsi bukan bermaksud berputus asa, ia adalah langkah pertama untuk mengenali potensi sebenar diri anda.
Kerana dunia yang inklusif bermula dengan satu pemahaman kecil, bahawa otak kita semua berbeza, tapi semuanya berharga.
Fight or Flight – A Dyslexic Experience | Truth About Dyslexia
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.