Adakah anda sedang bergelut dalam proses mencari kerja sebagai seorang individu dengan ADHD? Terasa overwhelming dengan segala proses mencari kerja? Ketahuilah, anda tidak keseorangan dalam pergelutan ini.
Ikuti entri Minda Inklusif untuk mempelajari beberapa cara untuk melangkah ke hadapan – kerana langkah kecil pun sudah mencukupi!
Cuba Hanya……Buat Satu Perkara Sahaja
Proses mencari kerja adalah sebuah proses yang sangat overwhelming, jadi jangan selalu memikirkan tentang proses ini secara keseluruhan. Cuba untuk ‘hack’ otak ADHD anda. Lupakan niat anda untuk melakukan permohonan kerja kepada 5 syarikat sehari. Sebaliknya, fokus kepada satu perkara yang kecil, tapi penting.
Pada hari ini, kemaskini resume anda. Satu bullet point pada satu masa.
Seterusnya, mulakan draft cover letter anda.
Lusa, cuba untuk betulkan format resume dan cover letter.
Dan kemudian, lakukan pencarian syarikat dan mula memohon pekerjaan.
Bila anda mula memecahkan tugasan kepada micro-steps, otak ADHD anda akan lebih mudah untuk membina momentum kerana tugasan yang low-pressure. Jadi ingat, langkah kecil = satu progress.
ADHD dan sifat struktur harian adalah kebiasaan yang tidak selalu terjadi. Namun, rutin mikro yang dibina boleh membantu anda dalam proses mencari kerja. Usaha anda untuk lebih berstruktur hanya memerlukan 15 minit sehari – dengan menggunakan pemasa untuk memulakan proses (Contohnya pomodoro!)
Setelah anda dapat mewujudkan tabiat struktur harian, ia adalah titik mula kepada motivasi yang lebih konsisten. Kerana, setelah anda memulakan sesuatu tugas, anda akan dapati diri anda untuk terus melakukan aktiviti tersebut kerana ‘flow’. Anda juga boleh gunakan spreadsheet yang bertindak sebagai timesheet untuk menjejak usaha harian anda. Sebagai contoh anda boleh menggunakan Monday.com atau myhours yang sudah melakukan automation daripada spreadsheet dan ianya juga dilengkapi dengan timer.
Bagi tidak memberikan tekanan kepada otak ADHD anda, lupakan motto untuk ‘memperbaiki seluruh kehidupan saya,’ yang sering menjadi impian individu dengan ADHD. Berfikiran seperti ini berkemungkinan akan menyebabkan anda mudah hilang motivasi dan cepat burnt out. Anda seharusnya menetapkan sasaran yang lebih realistik dan spesifik sesuai dengan pencapaian dan skills yang anda ada.
Sebagai contoh anda boleh menetapkan sasaran anda seperti berikut:
Saya akan mesej seorang recruiter di LinkedIn hari ini!
Bila anda sudah capai sasaran anda, berhenti. Belajar untuk berhenti. Walaubagaimanapun, melakukan sesuatu yang lebih adalah bonus kepada diri sendiri. Dan sudah semestinya, anda perlu jejak usaha anda! Otak ADHD anda suka kepada visual feedback, dengan melakukan jejak kepada setiap sasaran yang anda lakukan – ia seperti memberikan sticker good job kepada diri sendiri.
Cover letter haruslah padat – dan kebiasaannya hanya mempunyai 1 muka surat sahaja. Gunakan struktur ‘burger’ – intro yang ringkas, isi yang padat, dan penutup yang kemas.
Okay otak ADHD semua, kalau anda telah sampai ke penghujung entri ini – high five digital! 🖐️Ini adalah sebuah pencapaian yang patut dibanggakan. Dan ingat, anda tidak perlu untuk menjadi ‘sempurna’, tapi anda perlu mula!
Jumpa anda semua di dunia pekerjaan, suatu hari nanti? Dan sekiranya anda memerlukan sokongan yang lebih daripada pakar, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
Bagi anda yang sedang mencari pekerjaan atau ingin menambah skill, anda juga boleh bertemu dengan:
Enabling Academy | Gamuda Berhad
Hotline: +60 12-890 0191
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.