Sempurna yang Sederhana Lebih Baik daripada Tidak Langsung

Solat mungkin mungkin merupakan satu proses yang sukar untuk dimulakan bagi individu ADHD yang beragama Islam. Sifat semulajadi ADHD menjadikan rutin harian berat walaupun individu mempunyai keinginan untuk melakukannya. Salah satu cabaran bagi seorang Muslim dengan ADHD adalah satu pemikiran “all-or-nothing” – bermakna sama ada solat itu dilakukan secara sempurna atau tidak perlu ditunaikan langsung. Namun, sekiranya anda dapat menyesuaikan solat mengikut kemampuan semasa, anda pasti dapat mengekalkan konsistensi dan mengurangkan tekanan terhadap diri sendiri.

Ikuti entri Minda Inklusif minggu ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mencipta sempurna yang sederhana dan konsisten dengan solat sebagai seorang Muslim dengan ADHD.

Memudahkan Wudhu’

Bagi kebanyakan individu dengan ADHD, wudhu’ adalah salah satu cabaran utama dalam mendirikan solat. Wudhu’ melibatkan beberapa langkah, dan semakin banyak langkah yang perlu diikuti, semakin sukar individu dengan ADHD untuk memulakan proses berwudhu’. Namun, terdapat beberapa cara untuk memudahkan proses ini:

  • Berwudhu’ setiap kali ke tandas – Supaya anda tidak perlu mengulanginya apabila tiba waktu solat. 
  • Mandi sekali dengan wudhu’ – Kadang-kadang, memulakan wudhu’ sahaja terasa sukar, tetapi jika wudhu’ dilakukan bersama dengan mandi, ia terasa lebih mudah.
  • Berwudhu’ sebelum azan berkumandang

    – Dengan bersedia lebih awal, ia mengurangkan halangan untuk menunaikan solat.

Sesetengah individu juga suka mengira masa yang diambil untuk berwudhu’. Dengan mengetahui wudhu’ hanya mengambil masa 1-2 minit, ia dapat mengurangkan kecenderungan untuk menangguhkannya.

Kurangkan Beban dalam Membuat Keputusan

Bagi individu dengan ADHD, membuat keputusan boleh menjadi satu cabaran besar. Dengan mengurangkan jumlah langkah dan keputusan yang perlu dibuat sebelum solat, anda dapat mengelakkan bergelut dengan kebingungan dan menjadikan solat lebih mudah dimulakan. Berikut adalah beberapa strategi untuk mengurangkan beban keputusan:

  • Simpan pakaian solat (telekung / kain pelikat) di beberapa tempat dalam rumah – Ini memudahkan anda kerana tidak perlu berjalan jauh atau tercari-cari pakaian solat sebelum menunaikan solat.
  • Letakkan sejadah siap sedia di setiap bilik – Ini mengurangkan langkah tambahan yang perlu diambil untuk menghamparkan sejadah.
  • Tukar lokasi solat – Otak ADHD cenderung menyukai perubahan. Oleh itu, solat di tempat berbeza seperti ruang tamu, masjid, atau bilik solat boleh menjadikannya lebih menarik dan tidak membosankan.

Islam adalah sebuah agama yang mudah. Sebagai seorang Muslim yang mungkin berhadapan cabaran dengan ADHD, kita usaha sebaik yang mungkin untuk menjadi Muslim yang baik dan taat kepada perintah Tuhan. Sempurna yang Sederhana Lebih Baik daripada Tidak Langsung.

Agama Islam lebih menekankan konsistensi berbanding kesempurnaan. Rasulullah ﷺ bersabda:

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). 

Bagi individu Muslim dengan ADHD, tidak perlu terlalu keras terhadap diri sendiri. Usahakan untuk menyesuaikan solat mengikut kemampuan anda. Dengan sedikit penyesuaian, solat menjadi lebih mudah untuk dimulakan dan dikekalkan. Dengan mengurangkan halangan dan memahami keperluan diri, anda dapat membina hubungan yang lebih positif dan konsisten dengan solat.

Semoga Allah memudahkan kita semua dalam menjaga solat. Apa strategi ADHD-friendly yang membantu anda dalam solat? Kongsikan tip anda di ruangan komen! 🚀

 

Disclaimer:

Ini adalah perkongsian berdasarkan research dan pembacaan pelbagai sumber. Kami bukanlah memberi fatwa atau hukum agama, sebaliknya berkongsi maklumat sahaja. Sekiranya terdapat maklumat lain yang berbeza, boleh comment ataupun berkongsi supaya komuniti ADHD lebih cakna dengan isu ADHD dan solat.

Rujukan dan bacaan lanjut:

  1. ‘My ADHD made me feel like I had failed God’ | hyphen
  2. ADHD and Salah: 4 Tips to Help You Pray Consistently | Amaliah
  3. Thriving with ADHD in the Muslim Community: Challenges and Support | Centre for Muslim Wellbeing AU
  4. https://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4179:irsyad-al-fatwa-siri-ke-418-hukum-menunaikan-solat-bagi-orang-kurang-upaya&catid=85&lang=ms&Itemid=422
  5. Islam and Individuals With Special Needs | Pergas

One Response

  1. Ia menjadi lebih sukar untuk saya sebagai seorang wanita kerana saya sentiasa perlu ke tandas untuk menyucikan diri sebelum berwhuduk. It’s a lot of step for me before I’m able to perform my prayer.

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.