Tips Kehidupan Seharian buat Autistik

Sebagai seorang dewasa autistik, kehidupan seharian kadangkala terasa seperti berada di dunia lain yang direka untuk otak yang berfungsi dengan cara yang  berbeza. Bagi seorang individu autistik, setiap hari  adalah tentang mencari keseimbangan antara mengurus keperluan deria dan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang mungkin kurang mesra neurodivergen.

Namun, untuk berkembang sebagai individu dewasa, kita perlu membina sistem dan rutin yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dijangka dan yang paling penting,  mesra terhadap cara otak autistik anda berfungsi.

Ikuti blog Minda Inklusif minggu ini untuk mempelajari beberapa survival hacks yang boleh membantu menjadikan kehidupan seharian anda lebih tenang, teratur dan selesa.

Persediaan Sebelum Keluar Rumah

Bagi kebanyakkan individu dewasa autistik, tempat baharu sering membawa kebimbangan baharu. Tempat letak kereta, bunyi, bau, atau arah yang tidak biasaboleh menyebabkan tekanan deria atau emosi.

  • Gunakan Google untuk Menjelajah Awal

Sebelum keluar rumah, semak menu, waktu operasi, dan gambar lokasi melalui Google. Gunakan Google Street View untuk membantu anda ‘berjalan scara maya’ di kawasan tersebut.

Langkah ini boleh membantu anda mengurangkan ketidakpastian dan juga memberikan gambaran awal terhadap persekitaran yang bakal anda tempuhi.

  • Simpan Semua Maklumat Penting

Apabila menambah temujanji atau acara dalam kalendar telefon, sertakan maklumat seperti:

  1. Alamat lokasi
  2. Pautan jemputan atau Zoom Link
  3. Sebarang borang atau nota penting

Ini membantu anda untuk mengelak panik pada hari temujanji dan memudahkan rujukan tanpa perlu mencari maklumat ketika berada dalam keadaan tertekan.

Utamakan Keselesaan Diri

Pakaian dan tekstur fabrik boleh menjadi sumber tekanan tersembunyi bagi ramai individu dewasa autistik. Tag jahitan, fabrik yang gatal, atau kasut ketat boleh menjejaskan keselesaan sepanjang hari.

Beberapa cara praktikal untuk memastikan anda kekal selesa dalam outfit anda:

  1. Gunakan gunting atau seam ripper untuk buang tag di baju dan seluar.
  2. Beli stoking dan pakaian dalam jenis atau jenama yang sama untuk konsistensi tekstur
  3. Pilih stoking tanpa jahitan, baju tanpa tag, dan bra lembut tanpa dawai sekiranya anda sensitif pada teksur yang kasar atau keras.
  4. Pakai kasut bertapak lebar atau satu saiz lebih besar supaya jari kaki tidak tersepit dan anda tidak rasa kasut ketat ketika berjalan.

Keselesaan diri bukanlah kemewahan, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada proses meregulasi emosi dan menjaga kesejahteraan diri anda.

Lindungi Telinga Anda

 Bunyi bising adalah antara cabaran utama bagikebanyakkan individu autistik dan boleh menyebabkan keletihan deria dengan cepat.

Beberapa cara untuk melindungi telinga dan tenaga anda:

  1. Gunakan earbud tanpa wayar – membolehkan anda  mengawal tahap bunyi dengan lebih halus tanpa menarik perhatian.
  2. Gunakan earplug loop – boleh membantu untuk mengurangkan volume persekitaran tapi masih membolehkan anda berinteraksi.
  3. Gunakan noise-cancelling headphone – warna terang headphone juga boleh menjadi isyarat “tolong jangan ganggu saya”.
  4. Mendengar muzik atau podcast ketika sedang menunggu atau membeli-belah – cara ini boleh membantu anda untuk kekal fokus di kawasan yang bising serta mewujudkan ‘zon tenang’ dalam your own boundary.

Belajar Menyuarakan Keperluan Diri Sendiri

Sebahagian besar perjalanan seorang dewasa autistik ialah belajar menyuarakan keperluan diri sama ada di universiti atau tempat kerja. Ia bukan tentang meminta keistimewaan, tetapi ini boleh membantu anda untuk berfungsi secara optimum dan mengelakkan daripada burnout.

Di tempat kerja anda boleh cuba lakukan ini:

  1. Maklumkan kepada penyelia anda tentang keperluan anda seperti pencahayaan fleksibel, gangguan bunyi atau keperluan menerima arahan bertulis.
  2. Ambil masa rehat makan tengahari bersendirian jika anda perlukan masa untuk pulih dari keletihan sosial.
  3. Minta maklum balas bertulis dan spesifik untuk memudahkan pemahaman.

Di universiti anda boleh cuba lakukan ini:

  1. Hubungi pusat kaunseling dan pentadbiran lebih awal untuk mengatur penyesuaian dan accommodation.
  2. Kenal pasti ruang tenang anda seperti di sudut tertutup perpustakaan, taman universiti atau kafe yang sunyi.
  3. Jangan segan meminta penjelasan tambahan secara bertulis daripada pensyarah atau rakan sekelas.
  4. Sertai kumpulan belajar kecil yang boleh membantu anda membina struktur serta sokongan sosial.

Sayangi Diri Anda, Hormati Otak Anda

Kehidupan sebagai individu dewasa autistik ialah tentang menghormati cara otak anda berfungsi. Setiap langkah kecil yang anda ambil untuk menjadikan hidup anda lebih selesa adalah satu bentuk kasih sayang terhadap diri sendiri.

Anda berhak untuk menikmati kehidupan yang tenang, stabil dan mesra terhadap otak, sistem serta deria anda.

Sertai Webinar Minda Inklusif: “Adult Autism: Exploring Masking, Mental Health and Empathy.”, dimana kaunselor kami, En. B’ao akan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang autistik dewasa.

🗓️ Daftar sekarang untuk tempah tempat anda di SINI kerana versi diri anda yang lebih tenang dan yakin sedang menunggu.

Rujukan:

  1. Evans B. The Metamorphosis of Autism: A History of Child Development in Britain. Manchester (UK): Manchester University Press; 2017. Introduction: Perceiving, describing and modelling child development. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK436837/
  2. Horlin, C., Almond, K., Bowen, A. et al. Thriving… or Just Surviving? Autistic Journeys in Higher Education. Curr Psychiatry Rep 26, 771–776 (2024). https://doi.org/10.1007/s11920-024-01560-x

  3. How to Survive and Thrive as an Autistic Adult in a Neurotypical World | L.A. Concierge Psychologist
  4. Supporting people living with autism spectrum disorder and mental
    health problems: A guide for practitioners and providers | MIND, UK

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.