Tips Produktiviti ADHD: Unik, Tapi Berkesan!

Seperti yang kita semua maklum, otak individu dengan ADHD berfungsi dengan cara yang berbeza daripada kebiasaan. Meskipun kelihatan pelik, teknik atau pendekatan tertentu sebenarnya dapat membantu mereka untuk kekal fokus dan produktif. Kaedah produktiviti yang lazim mungkin tidak begitu berkesan untuk mereka, namun tabiat atau cara unik yang diadaptasi oleh individu dengan ADHD boleh memberi impak yang besar dalam meningkatkan produktiviti mereka.

Berikut adalah beberapa tips produktiviti yang mungkin kedengaran pelik, tetapi sebenarnya sangat berkesan untuk membantu individu dengan ADHD kekal berada di landasan yang betul.

Tidak Menanggalkan Kasut = Kekal Produktif

Kebanyakan orang, terutama dalam kalangan masyarakat Asia, biasanya akan menanggalkan kasut sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Tindakan ini memberi isyarat kepada otak bahawa individu tersebut telah bersedia untuk berehat di rumah. Namun bagi individu dengan ADHD, tindakan ini boleh mengganggu momentum produktiviti mereka. Sebaik sahaja mereka menanggalkan kasut, kemungkinan besar mereka akan menghabiskan masa di sofa, melayari internet dan media sosial berjam-jam tanpa disedari. Ini kerana, otak mereka menerima isyarat bahawa waktu tersebut adalah saatnya untuk berehat. 

Dengan terus memakai kasut, otak ADHD boleh ‘ditipu’ untuk kekal dalam mod bekerja. Tabiat ini membantu mereka mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kitaran penangguhan kerja dan memastikan mereka terus produktif. Walau bagaimanapun, bagi individu Muslim, kita digalakkan untuk tidak memakai kasut luar di dalam rumah. Anda boleh cuba untuk memakai selipar rumah (indoor slippers).

Strategi Meningkatkan Produktiviti Semasa Membancuh Teh atau Kopi

Bagi individu dengan ADHD yang bekerja dari rumah atau secara maya (virtual), membancuh teh atau kopi merupakan sebahagian daripada rutin harian mereka sebelum memulakan kerja atau semasa bekerja. Proses membancuh teh atau kopi bermula dengan mendidihkan air, diikuti dengan merendam uncang teh atau serbuk kopi selama beberapa minit, dan kemudian menunggu minuman tersebut sehingga agak suam sebelum dapat diminum. Jika individu dengan ADHD ini kembali ke workstation mereka sementara menunggu teh atau kopi siap, mereka mungkin akan terlupa bahawa mereka sedang membancuhnya. 

Untuk terus kekal produktif, individu dengan ADHD boleh memanfaatkan masa menunggu untuk menyelesaikan tugas-tugas kecil di dapur atau bilik dobi, seperti:

  • Membasuh pinggan dan cawan kotor di sinki
  • Memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh
  • Menukar plastik sampah di dapur dengan yang baru

Dengan memanfaatkan masa menunggu untuk melaksanakan aktiviti yang sepatutnya diselesaikan di rumah, individu dapat kekal produktif dan tanpa disedari, dapat menyelesaikan beberapa tugas dalam senarai to-do mereka.

Produktiviti Berdasarkan Kedudukan Telefon Bimbit

Atas sebab yang unik dengan cara otak manusia berfungsi, meletakkan telefon bimbit di dalam poket seluar semasa bekerja boleh menyebabkan individu berasa terganggu dan sukar untuk menyelesaikan tugas. Apabila individu menyedari bahawa telefon bimbit berada di dalam poket, otak mereka akan memberi isyarat untuk sering memeriksa telefon. Akibatnya, kita sering terperangkap dalam godaan untuk membuka telefon dan akhirnya terjebak dalam kitaran menatal (scrolling) media sosial tanpa henti.

Anehnya, jika telefon bimbit diletakkan jauh dari tubuh badan, seperti di belakang komputer atau dalam laci meja, individu dengan ADHD lebih mudah untuk fokus melakukan kerja. Walaupun secara teknikalnya ia lebih mudah dicapai berbanding di dalam poket, pepatah “tidak nampak maka tidak ingat” mungkin relevan di sini. Dengan mengubah kedudukan telefon bimbit sebelum memulakan tugas, individu dengan ADHD mungkin akan merasa lebih mudah untuk kekal fokus dan menjadi lebih produktif.

 

Apa Yang Berkesan Untuk Anda?

Otak ADHD anda mungkin berbeza daripada otak ADHD kawan anda. Itu tidak mengapa, kerana fungsi otak bergantung kepada individu masing-masing. Oleh itu, walaupun tips produktiviti di atas mungkin kedengaran pelik, ia masih berpotensi membantu anda. Jika tips tersebut tidak berkesan, anda perlu terus berusaha mencari rutin produktiviti yang lebih sesuai dan efektif untuk diri anda.

Kongsi tips anda di ruangan komen jika anda mempunyai cadangan untuk membantu individu dengan ADHD mengekalkan produktiviti.

Rujukan:

  1. Weird ADHD Hacks that Actually Works | Extra Focus
  2. Productivity with ADHD: Hacks for Discipline | The Inspirational Lifestyle

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.