Solat mungkin mungkin merupakan satu proses yang sukar untuk dimulakan bagi individu ADHD yang beragama Islam. Sifat semulajadi ADHD menjadikan rutin harian berat walaupun individu mempunyai keinginan untuk melakukannya. Salah satu cabaran bagi seorang Muslim dengan ADHD adalah satu pemikiran “all-or-nothing” – bermakna sama ada solat itu dilakukan secara sempurna atau tidak perlu ditunaikan langsung. Namun, sekiranya anda dapat menyesuaikan solat mengikut kemampuan semasa, anda pasti dapat mengekalkan konsistensi dan mengurangkan tekanan terhadap diri sendiri.
Ikuti entri Minda Inklusif minggu ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mencipta sempurna yang sederhana dan konsisten dengan solat sebagai seorang Muslim dengan ADHD.
Bagi kebanyakan individu dengan ADHD, wudhu’ adalah salah satu cabaran utama dalam mendirikan solat. Wudhu’ melibatkan beberapa langkah, dan semakin banyak langkah yang perlu diikuti, semakin sukar individu dengan ADHD untuk memulakan proses berwudhu’. Namun, terdapat beberapa cara untuk memudahkan proses ini:
– Dengan bersedia lebih awal, ia mengurangkan halangan untuk menunaikan solat.
Sesetengah individu juga suka mengira masa yang diambil untuk berwudhu’. Dengan mengetahui wudhu’ hanya mengambil masa 1-2 minit, ia dapat mengurangkan kecenderungan untuk menangguhkannya.
Bagi individu dengan ADHD, membuat keputusan boleh menjadi satu cabaran besar. Dengan mengurangkan jumlah langkah dan keputusan yang perlu dibuat sebelum solat, anda dapat mengelakkan bergelut dengan kebingungan dan menjadikan solat lebih mudah dimulakan. Berikut adalah beberapa strategi untuk mengurangkan beban keputusan:
Islam adalah sebuah agama yang mudah. Sebagai seorang Muslim yang mungkin berhadapan cabaran dengan ADHD, kita usaha sebaik yang mungkin untuk menjadi Muslim yang baik dan taat kepada perintah Tuhan. Sempurna yang Sederhana Lebih Baik daripada Tidak Langsung.
Agama Islam lebih menekankan konsistensi berbanding kesempurnaan. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Bagi individu Muslim dengan ADHD, tidak perlu terlalu keras terhadap diri sendiri. Usahakan untuk menyesuaikan solat mengikut kemampuan anda. Dengan sedikit penyesuaian, solat menjadi lebih mudah untuk dimulakan dan dikekalkan. Dengan mengurangkan halangan dan memahami keperluan diri, anda dapat membina hubungan yang lebih positif dan konsisten dengan solat.
Semoga Allah memudahkan kita semua dalam menjaga solat. Apa strategi ADHD-friendly yang membantu anda dalam solat? Kongsikan tip anda di ruangan komen! 🚀
Disclaimer:
Ini adalah perkongsian berdasarkan research dan pembacaan pelbagai sumber. Kami bukanlah memberi fatwa atau hukum agama, sebaliknya berkongsi maklumat sahaja. Sekiranya terdapat maklumat lain yang berbeza, boleh comment ataupun berkongsi supaya komuniti ADHD lebih cakna dengan isu ADHD dan solat.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.
One Response
Ia menjadi lebih sukar untuk saya sebagai seorang wanita kerana saya sentiasa perlu ke tandas untuk menyucikan diri sebelum berwhuduk. It’s a lot of step for me before I’m able to perform my prayer.