Mencari Kerja? Panduan Realistik dan Mesra bagi ADHD

Adakah anda sedang bergelut dalam proses mencari kerja sebagai seorang individu dengan ADHD? Terasa overwhelming dengan segala proses mencari kerja? Ketahuilah, anda tidak keseorangan dalam pergelutan ini.

Ikuti entri Minda Inklusif untuk mempelajari beberapa cara untuk melangkah ke hadapan – kerana langkah kecil pun sudah mencukupi!

Cuba Hanya……Buat Satu Perkara Sahaja

Proses mencari kerja adalah sebuah proses yang sangat overwhelming, jadi jangan selalu memikirkan tentang proses ini secara keseluruhan. Cuba untuk ‘hack’ otak ADHD anda. Lupakan niat anda untuk melakukan permohonan kerja kepada 5 syarikat sehari. Sebaliknya, fokus kepada satu perkara yang kecil, tapi penting.

Pada hari ini, kemaskini resume anda. Satu bullet point pada satu masa. 

Seterusnya, mulakan draft cover letter anda. 

Lusa, cuba untuk betulkan format resume dan cover letter. 

Dan kemudian, lakukan pencarian syarikat dan mula memohon pekerjaan.  

Bila anda mula memecahkan tugasan kepada micro-steps, otak ADHD anda akan lebih mudah untuk membina momentum kerana tugasan yang low-pressure. Jadi ingat, langkah kecil = satu progress.

Rutin Mini Harian

ADHD dan sifat struktur harian adalah kebiasaan yang tidak selalu terjadi. Namun, rutin mikro yang dibina boleh membantu anda dalam proses mencari kerja. Usaha anda untuk lebih berstruktur hanya memerlukan 15 minit sehari – dengan menggunakan pemasa untuk memulakan proses (Contohnya pomodoro!)

Setelah anda dapat mewujudkan tabiat struktur harian, ia adalah titik mula kepada motivasi yang lebih konsisten. Kerana, setelah anda memulakan sesuatu tugas, anda akan dapati diri anda untuk terus melakukan aktiviti tersebut kerana ‘flow’. Anda juga boleh gunakan spreadsheet yang bertindak sebagai timesheet untuk menjejak usaha harian anda. Sebagai contoh anda boleh menggunakan Monday.com atau myhours yang sudah melakukan automation daripada spreadsheet dan ianya juga dilengkapi dengan timer.

Tetapkan Sasaran yang Realistik dan Spesifik

Bagi tidak memberikan tekanan kepada otak ADHD anda, lupakan motto untuk ‘memperbaiki seluruh kehidupan saya,’ yang sering menjadi impian individu dengan ADHD. Berfikiran seperti ini berkemungkinan akan menyebabkan anda mudah hilang motivasi dan cepat burnt out. Anda seharusnya menetapkan sasaran yang lebih realistik dan spesifik sesuai dengan pencapaian dan skills yang anda ada.

Sebagai contoh anda boleh menetapkan sasaran anda seperti berikut:

  • Saya nak mohon kerja kepada 2 syarikat pada minggu ini!
  • Saya akan mesej seorang recruiter di LinkedIn hari ini!

Bila anda sudah capai sasaran anda, berhenti. Belajar untuk berhenti. Walaubagaimanapun, melakukan sesuatu yang lebih adalah bonus kepada diri sendiri. Dan sudah semestinya, anda perlu jejak usaha anda! Otak ADHD anda suka kepada visual feedback, dengan melakukan jejak kepada setiap sasaran yang anda lakukan – ia seperti memberikan sticker good job kepada diri sendiri.

Strategi Menulis Resume & Cover letter

  • Sediakan satu CV (yang tidak mengambil kira jumlah muka surat) – bertindak sebagai masterlist yang anda perlu update sekiranya terdapat pencapaian baru. Semua certificates, skills, workshops yang anda hadiri boleh diletak disini. Setiap pengalaman anda, bullet points digunakan untuk menyatakan dengan lebih detailed. Tujuan masterlist adalah supaya anda senang untuk retrieve maklumat lama. Format boleh seperti berikut; a) Education b) Professional Experience c) Invited Workshops d) Volunteer Experience e) Skills & Certification. (Ini sekadar saranan ya, boleh sahaja lakukan carian resume contoh di laman web atau bertanya kepada pakar dalam bidang).
  • Daripada masterlist yang telah dibentuk, pilih maklumat yang penting untuk diletakkan di dalam resume yang kebiasaannya hanya mempunyai 3 muka surat. Ini adalah resume utama anda – atau general resume.
  • Dengan menggunakkan resume utama anda, anda tidak perlu untuk menukar resume anda setiap kali anda ingin apply kerja. Anda hanya perlu menukar istilah dalam pengalaman anda untuk padankan dengan jenis pekerjaan yang anda apply. Pro tip: Jangan lupa untuk menamakan setiap file dengan nama pekerjaan yang anda apply, supaya tidak keliru dan salah hantar!
  • Bagi cover letter, seperti resume, sediakan satu general cover letter dengan menggunakkan ‘paragraph topic’ – dengan penggunaan ayat yang senang dibaca. Mulakan dengan self-introduction, pekerjaan yang anda ingin apply, menggunakan teknik story-telling untuk menceritakan pengalaman dan skill anda dan akhiri dengan mengapa mereka harus mengambil anda sebagai pekerja. Jangan lupa, sertakan maklumat untuk mereka hubungi anda seperti email dan nombor telefon.
  • Cover letter haruslah padat – dan kebiasaannya hanya mempunyai 1 muka surat sahaja. Gunakan struktur ‘burger’ – intro yang ringkas, isi yang padat, dan penutup yang kemas.

Okay otak ADHD semua, kalau anda telah sampai ke penghujung entri ini – high five digital! 🖐️Ini adalah sebuah pencapaian yang patut dibanggakan. Dan ingat, anda tidak perlu untuk menjadi ‘sempurna’, tapi anda perlu mula!

Jumpa anda semua di dunia pekerjaan, suatu hari nanti? Dan sekiranya anda memerlukan sokongan yang lebih daripada pakar, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Bagi anda yang sedang mencari pekerjaan atau ingin menambah skill, anda juga boleh bertemu dengan:

Enabling Academy | Gamuda Berhad

  • Hotline: +60 12-890 0191

EmployAble

  • Email: admin@myemployable.com
  • Hotline: +60 12-500 3750

Rujukan:

  1. Resumes & Cover Letter: A Harvard Extension School Resource | Harvard University
  2. Job Hunt Tips for ADHD Adults | ADDITUDE
  3. Job Hunting With ADHD: Navigating the Chaos | shimmer

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.