Berkomunikasi Mengikut Cara Neurodiversiti Anda: Tip Komunikasi Untuk Autistik Dewasa

Komunikasi boleh menjadi kekuatan individu ataupun sebuah cabaran. Komunikasi ialah cara kita  mengekspresikan diri sama ada secara lisan, bertulis, atau melalui bahasa tubuh. Tidak ada satu cara komunikasi yang ‘betul’ atau ‘salah.’ 

Bagi individu dewasa autistik, ada yang lebih selesa berkomunikasi dengan jelas dan praktikal, manakala ada yang gemar berbual secara mendalam dan bermakna. Ini tidak bermaksud mereka tidak mempunyai cabaran dalam berkomunikasi, tetapi menunjukkan bahawa setiap gaya komunikasi adalah unik.

Sempena Bulan Kesedaran Autism Sedunia, ikuti blog Minda Inklusif untuk belajar beberapa tip yang berguna untuk individu autistik dewasa. Pada minggu ini, kita akan belajar beberapa tip komunikasi yang boleh membantu anda untuk mengurus perbualan dan interaksi sosial harian dengan lebih yakin.

Tip #1 – Gunakan Bahasa Yang Mudah

Apabila anda menggunakan perkataan yang rumit, pelbagai metafora atau perbualan yang abstrak, ia boleh mengelirukan dan boleh membebankan cara otak anda memproses maklumat. Ketika berkomunikasi, gunakan bahasa dan struktur ayat yang mudah dan ringkas seperti:

  • Gunakan ayat pendek dan jelas, bukan ayat yang panjang dan berbelit. Lebih mudah untuk difahami apabila ayat pendek dan jelas dalam perbualan.
  • Elakkan penggunaan simpulan bahasa, sindiran atau metafora seperti ‘berfikir di luar kotak’ atau ‘turun padang’ kerana ia boleh mengelirukan diri anda dan orang lain. Namun, jika  konteksnya difahami oleh individu yang terlibat dalam interaksi tersebut, anda boleh gunakkannya dengan selesa.
  • Jelaskan maksud akronim atau istilah teknikal, yang mungkin tidak biasa didengari oleh orang lain, supaya dapat mengelakkan salah faham.
  • Fokus kepada perkara penting, apabila terdapat banyak maklumat sensori, cuba fokus kepada aspek penting seperti ‘muka’ supaya boleh menapis gangguan seperti ‘bunyi bising’.

Tip #2 – Bermain “Tenis dalam Tanya & Jawab

Perbualan dengan orang lain boleh diibaratkan seperti  permainan tenis. Anda dan rakan saling menghantar ‘bola tenis’ secara bergilir. Dalam perbualan, mereka bertanya, anda menjawab. Kemudian anda bertanya semula.

Cara ini membantu perbualan mengalir tanpa rasa janggal dan pelik. Namun seperti tenis, anda juga perlu tahu bila ‘permainan’ akan berakhir. Cuba perhatikan isyarat seperti seseorang melihat jam, atau mula menjauhkan diri, atau ungkapan seperti “saya kena pergi dulu ya……”, ini menandakan perbualan hampir tamat.

Jika anda tidak pasti, anda boleh sahaja bertanya dan menamatkan perbualan atau interaksi dengan sopan:

“Seronok berbual dengan awak, next time kita catch up lagi ya?”

Apabila soalan terasa terlalu terbuka, cuba gunakan soalan dengan pilihan seperti:

  • “Awak nak bincang disini atau kita bincang di kedai kopi di depan?”
  • “Awak lebih suka saya hantar mesej atau

    voice message?”

Soalan yang berstruktur membantu kedua-dua pihak untuk ‘bermain tenis’ dengan tenang tanpa perlu menggunakan terlalu banyak tenaga sosial.

Tip #3 – Membuka Perbualan dengan Minat

Memulakan perbualan sering dianggap sukar, terutama apabila berdepan dengan orang yang baru dikenali.. Untuk memudahkan proses ini,cuba mulakan perbualan anda dengan topik ringan seperti:

  • “Eh cantik nya printed tudung awak, boleh tahu beli di mana?”
  • “Awak main Nintendo Switchjuga? Game apa favourite awak?”

Memulakan perbualan dengan minat atau pemerhatian positif menunjukkan bahawa anda terbuka untuk memulakan perbualan tanpa memberi tekanan sosial kepada diri sendiri atau orang lain. Sekiranya anda berkongsi minat yang sama, perbualan itu boleh menjadi asas kepada hubungan jangka panjang.

Interaksi sosial yang berjaya ialah interaksi yang mencipta peluang untuk interaksi seterusnya.

Tip #4 – Membaca Body Language Tanpa Banyak Tenaga

Membaca body language atau bahasa tubuh, ekspresi muka serta nada suara boleh menjadi satu teka-teki bagi ramai individu autistik. Ramai belajar kemahiran ini melalui pemerhatian, menonton teater animasi atau latihan sosial.

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menggunakan tenaga yang minumum ketika membaca dan memahami body language:

  • Senyum semula – apabila seseorang tersenyum selepas bercakap, balaslah dengan senyuman untuk menandakan anda faham makna perbualan tersebut.
  • Angguk kepala secara perlahan – semasa mendengar, anggukkan kepala sekali sekala, untukmenunjukkan anda mendengar dan faham. Anda tidak perlu melakukannya sepanjang masa.
  • Senyum kecil – Jika orang lain ketawa tetapi anda tidak faham jenakanya, senyum kecil sudah memadai. Anda tidak perlu berpura-pura faham.

Selain itu, anda boleh berlatih ekspresi muka di depan cermin atau dengan menonton filem. Belajar memahami ekspresi muka dan bahasa tubuh bukan bermaksud anda ingin menyembunyikan identiti sebenar.. Sebaliknya, proses ini adalah untuk membina “perpustakaan sosial” agar komunikasi anda menjadi lebih lancar dan selesa.

Berkomunikasi Mengikut Cara Anda

Sebagai individu autistik, anda mungkin kurang bercakap atau lebih suka berkomunikasi melalui mesej teks berbanding panggilan telefon.

Dan ketahuilah itu tidak mengapa. Komunikasi adalah proses untuk memahami dan difahami. Apa yang penting ialah anda berkomunikasi dengan cara yang paling selesa dan berkesan bagi diri anda.

Suara anda, suara kita, walau seunik atau seaneh mana pun bagi orang lain, tetap layak untuk didengari dan difahami.

Ikuti kaunselor kami, B’ao pada 22hb November untuk mendengar pengalaman beliau sebagai individu dewasa autistik dan belajar cara membina komunikasi yang lebih autentik. Jangan lupa untuk daftar SEKARANG.

Rujukan:

  1. Kern Koegel, L., Ashbaugh, K., Navab, A., & Koegel, R. L. (2016). Improving Empathic Communication Skills in Adults with Autism Spectrum Disorder. Journal of autism and developmental disorders, 46(3), 921–933. https://doi.org/10.1007/s10803-015-2633-0
  2. Top tips for communicating effectively with autistic people | Ambitious About Autism
  3. Tips for Talking to Adults on the Autism Spectrum | May Institute
  4. Understanding Autism and Communication Difficulties in Adults | Connected Speech Pathology
  5. Different, Not Deficient: Autism and Communication in Adults | Laconcier Psychologist

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.