ADHD: Perlu ke Dapatkan Diagnosis Professional? Self-diagnosis kan Lebih Mudah?

Kenapa Perlu Tahu Mengenai ADHD dan Mendapatkan Diagnosis?

ADHD bukanlah sekadar kurang tumpuan dan hiperaktif. ADHD merujuk kepada kelainan cara otak seseorang itu memproses maklumat, emosi dan ditunjukkan melalui perbuatan dalam kehidupan seharian. Mereka juga mempunyai cabaran dan kelebihan yang tersendiri.

Kenapa mereka mempunyai cara berfikir yang unik atau mereka yang merasa diri mempunyai ADHD perlu mendapatkan diagnosis secara profesional? 

  • Cara Mengenal & Mengurus Diri

Mendapatkan diagnosis ADHD secara profesional adalah salah satu cara bagi individu untuk mengurus diri mereka. Melalui diagnosis, individu dapat mengenal diri mereka lebih dalam dan dapat mempelajari cara untuk menguruskan diri mereka dengan lebih tepat. Melalui diagnosis individu juga dapat memahami bahawa pemikiran, perlakuan yang dikatakan sebagai “berbeza” sebenarnya masuk akal sekiranya individu mempunyai diagnosis ADHD.

  1. Diagnosis mengajar individu tentang kelemahan, kekuatan serta cara pengurusan simptom dengan terperinci dan lebih kepada rawatan unik terhadap individu tersebut kerana – setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza.
  2. Individu juga boleh mengenali dengan lebih dalam simptom yang dialami dan memahami bahawa simptom tersebut adalah sesuatu yang normal bagi mereka yang mempunyai ADHD – jadi anda tidak perlu merasa inferior sekiranya anda berbeza dari orang lain!
  • Kunci Kepada Sokongan atau Bantuan yang Betul. 

Setelah mendapat diagnosis profesional, individu dengan ADHD akan mendapat sokongan daripada pakar psikiatris atau psikologis klinikal bagi rawatan ubatan serta psikoterapi mengikut kondisi individu.

  • Kebarangkalian Diagnosis yang Salah

Simptom ADHD seperti kurang tumpuan, mudah terlupa juga boleh dikaitkan dengan isu kesihatan mental yang lain antaranya kecelaruan anxiety, kemurungan, bipolar, trauma, ketagihan bahan terlarang dan kesukaran pembelajaran (LD). Jadi pentingnya diagnosis yang tepat adalah untuk memahami sekiranya simptom benar-benar disebabkan ADHD, atau sebenarnya terdapat isu lain yang berkait. Terdapat juga keadaan dimana seseorang individu itu mengalami ko-morbiditi i.e. mendapat diagnosis ADHD dan kecelaruan mental yang lain. 

Sekiranya individu mendapatkan diagnosis yang salah – individu berkemungkinan untuk mendapatkan rawatan yang tidak sesuai dengan kondisi yang dialami.

Apa berlaku sekiranya mendapat diagnosis yang salah?

  1. Individu akan lebih cenderung untuk terjerumus ke arah stigma (stigma secara dalaman dan luaran) akibat daripada kesan perbandingan diri serta percakapan dan permahaman yang berbeza dari orang lain.
  2. Individu yang telah mendapat diagnosis ADHD yang salah kadangkala boleh menyebabkan perubahan tingkahlaku kesan daripada pengambilan ubat ADHD. Perubahan seperti peningkatan keresahan dan kebimbingan serta ketidakstabilan mood boleh berlaku apabila individu mengambil ubat yang ditetapkan untuk individu dengan ADHD.
  • Temui Komuniti Anda

Antara kebaikan setelah mendapatkan diagnosis profesional ADHD, individu dapat bertemu dengan komuniti (support group) khas kepada mereka yang juga mempunyai ADHD. Secara tradisional, komuniti sokongan bermula daripada rawatan tradisional di hospital. Namun kini, komuniti sokongan boleh didapati di luar rawatan tradisional. Individu juga boleh mengatur masa untuk berkomunikasi dengan kumpulan komuniti sokongan kerana mereka juga bertemu secara maya selain mengadakan pertemuan bersemuka. 

Komuniti yang memahami amatlah penting bagi individu yang mempunyai ADHD kerana komuniti ini yang akan membimbing anda kepada maklumat dan resources yang terbaik serta memberi sokongan moral ketika menjalani kehidupan sebagai individu yang mempunyai ADHD.

Antara komuniti ADHD yang anda boleh sertai di Malaysia, adalah seperti berikut:

  1. Adult ADHD Malaysia
  2. Kumpulan Sokongan ADHD Malaysia
  3. Komuniti ADHD Dewasa Minda Inklusif
 
Perjumpaan ADHD Dewasa Malaysia 2023 (Courtesy: Cogniversity Malaysia)

Jadi – Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor?

Jangan takut dan resah, ia adalah satu yang normal bagi individu untuk merasa resah dan terganggu (distracted) dari masa ke semasa. Namun bagi individu yang mempunyai ADHD, mungkin sering berhadapan konflik dalam perhubungan sosial bersama orang sekeliling (keluarga & kawan-kawan) serta mengganggu pekerjaan sekiranya simptom ini kerap dan sering terjadi. Antara sebab yang boleh menentukan ini adalah masa yang tepat untuk anda berjumpa doktor adalah seperti berikut: 

  • Anda Susah Untuk Kekal Fokus
  1. Selalu merasakan sukar untuk menyiapkan tugas, lebih lagi sekiranya tugas tersebut membosankan dan berulang?
  2. Anda sering tidak berada di dalam waktu sekarang (in the present) serta tidak fokus dalam perbualan sehingga sukar untuk kembali ke topik perbualan? 
  • Anda Mudah Terganggu Dengan Bunyi Bising, Pemikiran Sendiri, serta Orang Ramai
  1. Sering terganggu dengan senang oleh perbualan latar belakang hingga menyukarkan anda untuk fokus?
  2. Anda sering mempunyai jaringan pemikiran yang rawak dan tidak dijangka sehingga menjejaskan prestasi kerja dan kurang fokus?
  • Anda Sukar Untuk Mengawal Tindak Balas Yang Impulsif
  1. Anda sering mencelah perbualan orang lain?
  2. Anda pernah dan sering membuat keputusan atau pembelian yang besar tanpa berfikir dengan lebih dalam?

Ini adalah masa yang tepat untuk anda berjumpa doktor untuk membuat konsultasi dan penilaian ADHD. Anda boleh merujuk hospital kerajaan terdekat untuk mendapatkan temujanji atau anda juga boleh membuat temu janji bersama Minda Inklusif (insert link) untuk melakukan penilaian ADHD. 

Apa kata klien kami yang pernah melakukan penilaian di Minda Inklusif?

Rujukan

  1. Why an ADHD Diagnosis Is So Important – ADHD Online
  2. Sadek J. (2023). Attention Deficit Hyperactivity Disorder Misdiagnosis: Why Medical Evaluation Should Be a Part of ADHD Assessment. Brain sciences, 13(11), 1522. https://doi.org/10.3390/brainsci13111522
  3. Johnson, J., Morris, S., & George, S. (2021). Misdiagnosis and missed diagnosis of adult attention-deficit hyperactivity disorder. BJPsych Advances, 27(1), 60–61. https://doi:10.1192/bja.2020.34
  4. Hamed, A. M., Kauer, A. J., & Stevens, H. E. (2015). Why the Diagnosis of Attention Deficit Hyperactivity Disorder Matters. Frontiers in psychiatry, 6, 168. https://doi.org/10.3389/fpsyt.2015.00168
  5. National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine; Health and Medicine Division; Board on Health Sciences Policy; Forum on Neuroscience and Nervous System Disorders; Forum on Drug Discovery, Development, and Translation; Shore C, Posey Norris SM, Berkower C, et al., editors. Adult Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder: Diagnosis, Treatment, and Implications for Drug Development: Proceedings of a Workshop. Washington (DC): National Academies Press (US); 2024 Aug 14. 3, Impact of Misdiagnosis, Bias, and Stigma. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK606330/

Langgan Newsletter

Baca blog lain: