Individu Autistik dan Sensory Masking

Bayangkan anda sedang melangkah masuk ke dalam stadium di mana cahaya matahari terpancar dengan terang ke mata anda, bunyi dari pembesar suara bergema seperti guruh berdentum dan baju yang anda pakai terasa sangat gatal dan menyakitkan seolah-olah ada duri yang menyucuk kulit anda. Ini adalah realiti kehidupan seorang individu autistik, di mana selain menghadapi kesukaran untuk bersosial, mereka juga berhadapan dengan masalah sensori. Disebabkan oleh rangsangan berlebihan dalam persekitaran, kebanyakan mereka terpaksa menggunakan strategi yang dikenali sebagai sensory masking.

Apakah Itu Sensory Masking?

Sensory masking merujuk kepada usaha individu autistik, sama ada secara sedar (conscious) atau tidak sedar (non-conscious), untuk menyembunyikan tindak balas terhadap rangsangan sensori atau menahan reaksi semula jadi terhadap input deria seperti bunyi yang kuat, cahaya yang terang atau tekstur yang tidak selesa. Walaupun input deria ini kelihatan biasa bagi kebanyakan orang, namun individu autistik mungkin merasakan input deria ini terlalu mengganggu mereka.

Terdapat beberapa kemungkinan kenapa individu autistik sering melakukan sensory masking:

  1. Takut dihakimi atau ditolak oleh masyarakat kerana bertindak lain daripada orang lain.
  2. Ingin memenuhi jangkaan masyarakat seperti di tempat kerja tanpa mengambil kira keperluan sensori diri sendiri.
  3. Mempunyai kepercayaan (stigma dalaman) bahawa reaksi mereka terhadap rangsangan adalah pelik atau berlebihan.

Kehidupan dengan Masalah Deria

Kebanyakkan individu autistik akan mengalami rangsangan sensori yang berlebihan (sensory overload) – dimana otak dibanjiri dengan pelbagai jenis rangsangan dan tidak mampu berfungsi dengan baik untuk mengenal pasti serta memberikan tindak balas seperti biasa. Situasi ini boleh menyebabkan individu:

  1. Shutdown – keupayaan untuk berkomunikasi dan memberikan tindak balas merosot secara mendadak.
  2. Meltdown – interpretasi emosi dan tindak balas yang kuat serta tidak dapat dikawal.

Untuk mengelakkan daripada perkara diatas berlaku, sensory masking adalah coping mechanism yang digunakan. Mari belajar jenis sensory masking yang digunakan oleh individu autistik.

Menahan Rangsangan Berlebihan

  • Individu autistik akan bertahan dengan rangsangan sensori yang diterima, yang sering dikategorikan sebagai menyakitkan, tanpa menunjukkan ketidakselesaan secara jelas

  • Contoh: Individu sentiasa senyum ketika di dalam bilik kuliah walaupun penggunaan lampu putih menyebabkan sakit kepala dan kesukaran untuk memberikan tumpuan.

Menyembunyikan Penolakan Sensori

  • Individu autistik akan menyembunyikan perasaan tidak suka terhadap rangsangan bunyi, tekstur atau rasa tertentu.

  • Contoh: Individu akan makan makanan yang tidak digemari di rumah rakan ketika raya supaya tidak dianggap cerewet.

Bertahan Terhadap Sentuhan/Pakaian Secara Terpaksa

  • Individu autistik akan bertahan dengan sebarang sentuhan atau pakaian yang tidak selesa demi kelihatan ‘normal’ atau untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dalam kumpulan.

  • Contoh: Individu autistik memakai baju kurung daripada kain tenunan walaupun tidak selesa, hanya untuk mengikuti tema raya keluarga.

Menidakkan Tingkah Laku Mencari Rangsangan (Stimming)

  • Individu autistik akan menahan keinginan mereka untuk bergoyang, berpusing atau bergerak demi mencari keseimbangan sensori.

  • Contoh: Kekal duduk diam di dalam bilik mesyuarat walaupun individu perlu melakukan gerakan untuk kekal fokus.

Lampu Malap, Hati Terang: Dunia untuk Semua

Kehidupan sebagai seorang individu autistik tidak wajar disimpulkan sebagai ‘terlalu manja’ atau ‘suka mengada-ngada’. Mereka sedang cuba bertahan dan berjuang dalam dunia yang terlalu bising, terlalu terang dan terlalu huru-hara dan sibuk. Pilihan mereka untuk melakukan sensory masking bukanlah satu pilihan yang mudah, kebanyakan mereka melakukannya untuk terus berfungsi setiap hari.

Mari kita ambil satu langkah ke belakang dan berfikir sejenak: “Apa yang boleh kita lakukan agar kawan autistik kita tidak perlu berlakon lagi?” Mungkin dengan menutup lampu yang terang, meminta izin sebelum memeluk mereka dan tidak mentertawakan mereka ketika mereka menutup telinga disebabkan bunyi yang kuat – kita sebenarnya membuka ruang kepada individu autistik untuk menjadi versi yang paling asli yang boleh kita lihat.

✨ Dunia akan jadi lebih mesra, bila kita mula belajar mendengar — bukan hanya dengan telinga, tapi dengan hati.

Rujukan:

  1. Autism and sensory issues | Austism Speaks
  2. Autistic Masking Symptoms | Nurseline UK
  3. Charlton, R. A., Entecott, T., Belova, E., & Nwaordu, G. (2021). “It feels like holding back something you need to say”: Autistic and Non-Autistic Adults accounts of sensory experiences and stimming. Research in Autism Spectrum Disorders, 89, 101864. https://doi.org/10.1016/j.rasd.2021.101864
  4. Chapman, L., Rose, K., Hull, L., & Mandy, W. (2022). “I want to fit in… but I don’t want to change myself fundamentally”: A qualitative exploration of the relationship between masking and mental health for autistic teenagers. Research in Autism Spectrum Disorders, 99, 102069. https://doi.org/10.1016/j.rasd.2022.102069

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.