Komunikasi Dunia Autistik

Bayangkan anda seorang penjelajah angkasa yang telah mendarat di planet baru dimana semua komunikasi menggunakan kedipan mata dan isyarat tangan. Sebagai seorang penjelajah, anda perlu mentafsir ritual sosial yang sedang berlaku, dan memahami sindiran yang tidak mempunyai nada sinis. Selamat datang ke dunia komunikasi ASD yang mempunyai cabaran berterusan untuk melakukan interaksi sosial dan berkomunikasi!

Pada minggu ini, mari ikuti entri Minda Inklusif untuk memahami cara berkomunikasi individu autistik yang seringkali menimbulkan salah faham kerana anda atau rakan anda tidak memahaminya. Jadi, mari kita sama-sama belajar mengenainya!

Cara Komunikasi Kanak-Kanak Autistik

Pada peringkat awal kanak-kanak (early childhood), kanak-kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku komunikasi seperti berikut:

  • Suka dipeluk atau didukung: kanak-kanak akan memberi respon yang positif apabila dipeluk ibubapa.
  • Mengenali orang yang rapat seperti ibubapa atau guru tadika.
  • Memberikan isyarat ketika memerlukan bantuan atau mahukan sesuatu: seperti menangis atau merengek.

Walaupun tingkah laku ini wujud juga kepada kanak-kanak bukan autistik, tingkah laku ini adalah kurang fleksibel dan lebih spontan bagi kanak-kanak autistik. Ini menyukarkan mereka untuk memulakan interaksi atau sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru. Keterbatasan untuk berkomunikasi semasa peringkat awal kanak-kanak akan memberi kesan jangka panjang ke atas kemampuan komunikasi verbal ketika dewasa.

Respons Pendengaran & Deria Atypical

Isu utama dalam perkembangan komunikasi individu autistik adalah berkait rapat dengan bagaimana otak memproses maklumat deria/sensori, terutamanya bunyi. Kajian mengenai perkembangan komunikasi individu autistik menunjukkan:

Kurang Respons terhadap Bunyi Sosial

  1. Kanak-kanak dan dewasa autistik akan sering kurang memberikan tindak balas terhadap bunyi sosial seperti suara manusia ketawa.
  2. Ini kerana otak individu autistik memberikan fokus yang lebih kepada rangsangan bukan sosial

Masalah Deria Umum

  • ASD tidak hanya terhad kepada bunyi sosial sahaja tetapi juga merangkumi isyarat auditori bukan sosial.
  • Ini termasuk hipersensitif terhadap bunyi biasa seperti bunyi kereta, kesukaran menapis bunyi latar seperti tidak boleh fokus apabila terdapat bunyi TV, dan kurang keupayaan untuk menyesuaikan diri terhadap rangsangan bunyi yang berulang seperti bunyi loceng yang kerap berbunyi.

Komunikasi Bukan Verbal dalam Kalangan Dewasa

Kesukaran untuk berkomunikasi secara bukan verbal adalah petunjuk (marker) awal bagi autisme. Kanak-kanak autistik seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, tidak boleh menggunakan isyarat untuk menunjuk objek atau memberikan konteks kepada percakapan mereka. Kesukaran ini juga lebih menyukarkan apabila terdapat kekurangan kontak mata. Komunikasi bukan verbal merangkumi gestur, ekspresi muka, postur badan, pandangan mata dan juga nada suara ketika berkomunikasi. 

Individu autistik dewasa menghadapi kesukaran untuk mentafsir atau menggunakan komunikasi bukan verbal kerana terdapat perbezaan neurologi dan deria.

 Gestur dan Ekspresi Muka

  • Individu autistik dewasa yang mempunyai high-functioning lebih cenderung untuk tidak menggunakan gestur yang dilakukan secara spontan seperti melambai semasa berkomunikasi. Selain itu, ekspresi muka mereka adalah terhad atau tidak bersepadan dengan topik perbualan seperti tersenyum ketika berbual tentang perkara yang sedih.
  • Kesukaran ini menjadi lebih sukar apabila individu menghadapi cabaran untuk memahami nada emosi dalam suara dan gagal untuk mengenal pasti ekspresi wajah orang lain.
  • Ekspresi muka: ekpresi muka bagi individu autistik sering kali berasa kabur. Berbanding dengan individu neurotipikal yang boleh menunjukkan pergerakkan otot muka yang selaras, individu autistik mungkin akan menunjukkan ekspresi yang terhad atau tidak sepadan yang sering menyebabkan salah faham ketika berinteraksi.

Kontak Mata dan Penghindaran Pandangan

  • Kontak mata: individu autistik mempunyai kontak mata yang terhad atau sering mengelak pandangan mata dengan individu lain.
  • Pengurangan atau penghindaran pandangan: bagi individu autistik mencerminkan hyper-arousal, iaitu kelebihan rangsangan deria atau sebuah strategi pemprosesan kognitif individu.
  • Individu autistik mungkin menghindari kontak mata kerana mereka tidak selesa dengan interaksi tersebuk. Selain itu, individu autistik mungkin akan sengaja mengelak pandangan mata yang sering disalah anggap sebagai individu ‘tidak berminat’ untuk meneruskan interaksi sosial.

 Postur

  • Ketika berkomunikasi, individu autistik mungkin akan kelihatan tegang (melalui postur tubuh badan) yang menandakan individu tidak selesa, resah, atau terdapat perubahan dalam perhatian mereka. Walaupun penggunaan postur tubuh badan boleh meningkatkan potensi untuk berkomunikasi, keadaan ini mungkin boleh di salah anggap ketika bersama individu neurotipikal.

 Sentuhan (Haptik)

  • Sentuhan menyampaikan perasaan keintiman emosi atau menandakan individu berasa selamat atau selesa dalam berkomunikasi.
  • Penggunaan sentuhan adalah berbeza bagi individu autistik dimana ada yang mungkin hipersensitif dan akan mengelakkan sentuhan fizikal dan individu autistik yang lain mungkin akan menggunakan sentuhan untuk berkomunikasi.

Bahasa Pragmatik Individu Autistik

Bahasa pragmatik adalah ‘cara’ individu menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang tidak hanya melibatkan struktur dan kandungan linguistik. Individu autistik mempunyai kekurangan dalam kemahiran pragmatik dimana mereka suka untuk menggunakan bahasa secara fleksibel berdasarkan konteks sosial. Terdapat beberapa ciri-ciri kekurangan bahasa pragmatic yang boleh diperhatikan dalam individu autistik:

  1. Mempunyai Nada yang Formal seperti Robot: individu autistik mungkin akan menggunakan bahasa formal (bahasa baku) yang kadangkala tidak sesuai dengan konteks perbualan. Nada suara mereka mungkin akan kedengaran mendatar tanpa perubahan emosi yang akan menyukarkan orang lain untuk menilai maksud atau emosi yang cuba disampaikan.
  2. Topic Derailment: individu autistik ketika berbual mungkin akan lari dari topik asal perbualan dan akan bercakap tentang minat mereka tanpa menyedari bahawa orang lain sudah tidak menumpukan perhatian pada interaksi sosial tersebut. Ini menyebabkan mereka sentiasa berada di dalam perbualan satu hala (one-way-communication).
  3. Conversational Repair: pada kebiasaannya, individu neurotipikal akan memberikan isyarat untuk meminta penjelasan apabila berlaku salah faham atau confusing moment ketika berbual. Bagi individu autistik, mereka mempunyai kesukaran untuk menyedari bahawa mereka perlu melakukan penjelasan ketika berbual apabila terdapat confusing moment. Maka, individu akan teruskan perbualan dan bercakap tanpa menyesuaikan output perbualan dengan respons daripada pendengar.
  4. Interpretasi Literal terhadap Bahasa Kiasan: salah satu tanda kesukaran berkomunikasi yang paling ketara bagi individu autistik adalah mereka mempunyai kesukaran untuk memahami bahasa kiasan, metafora, peribahasa, sindiran, dan juga jenaka (seperti jenaka dalaman). Contohnya, frasa seperti ‘pecah kepala’ mungkin akan ditafsir secara harfiah iaitu ‘kepala betul betul pecah’ dan bukannya sebagai metafora untuk kebuntuan berfikir atau kepenatan kognitif.

Marilah Kita Cuba Memahami dan Jangan Pening Kepala 🚀

Selepas mempelajari cara berkomunikasi individu autistik, kitab oleh belajar kadang-kadang individu mungkin hanya diam tapi mempunyai makna yang mendalam. Cara individu autistik berkomunikasi bukanlah pelik tapi hanya sedikit berbeza yang memerlukan usaha daripada kita untuk cuba memahami mereka.

Sekiranya sistem operasi kita adalah Windows atau Mac – individu autistik mungkin mempunyai sistem operasi Linux! Namun, kita masih boleh melakukan perbualan dengan mereka. Cuma perlukan kabel atau adapter yang betul sahaja 😄 Dunia ini pastinya lebih indah bila kita belajar untuk memahami satu sama lain. Jadi, lain kali bila anda rasa komunikasi itu “tak sampai”, cuba ubah cara anda menyampaikan atau menerima. Mungkin anda bukan bercakap dengan alien, tapi dengan seseorang yang hanya melihat dunia ini dari sudut yang sedikit berbeza.

Selamat menjelajah galaksi neuro-kepelbagaian! 🌌🛸

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan AuDHD, ADHD atau ASD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Ibrahimagic, A., Patkovic, N., Radic, B., & Hadzic, S. (2021). Communication and Language Skills of Autistic Spectrum Disorders in Children and Their Parents’ Emotions. Materia socio-medica, 33(4), 250–256. https://doi.org/10.5455/msm.2021.33.250-256
  2. Cerbo, S. N., & Rabi, N. M. (2019). The Social and Communication Skills Difficulties among Learners with Autism Spectrum Disorder. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(6), 1152–1162.
  3. Rudling, M. 2023. Facilitators of communication and the development of autism. From responsiveness to basic communicative cues, to emerging pragmatic language use. Digital Comprehensive Summaries of Uppsala Dissertations from the Faculty of Social Sciences 206. 80 pp. Uppsala: Acta Universitatis Upsaliensis. ISBN 978-91-513-1692 http://uu.diva-portal.org/smash/get/diva2:1729723/FULLTEXT01.pdf
  4. Benford, P. (2008) The use of Internet-based communication by people with autism. PhD thesis, University of Nottingham.
  5. Idris, S. (2023). Learning through interaction: Social communication in autism: assessment and intervention. [Doctoral Thesis, Erasmus University Rotterdam].
  6. Simmons, S., “What We Can’t Understand: The Non-Verbal Communication Among Autistic Children” (2017). Senior Theses. 61. https://doi.org/10.33015/dominican.edu/2017.CMS.ST.02

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.