“Kalau saya tak guna, saya rasa saya akan lebih ketinggalan dan tak dapat gred yang sepatutnya.”
Peserta Kajian Disleksia Tweet
Apabila kita bercakap tentang disleksia, kebanyakan orang akan membayangkan kanak-kanak di sekolah yang bergelut membaca buku cerita untuk memenuhi buku Nilam mereka atau memperoleh markah yang rendah dalam ujian mengeja. Namun, adakah anda tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak ini apabila mereka meningkat dewasa?
Disleksia bukanlah seperti demam yang akan kebah apabila usia meningkat. Disleksia kekal menjadi sebahagian daripada cara individu membaca, menulis serta berinteraksi dengan individu dan dunia yang kebanyakannya beroperasi secara neurotipikal.
Perbezaan utama antara individu dewasa dengan disleksia dan individu lain ialah tahap cabaran yang dihadapi. Hal-hal seperti, proses memohon pekerjaan baru, membaca dan menyusun dokumen penting atau mengekalkan komunikasi digital yang pantas boleh menjadi dua kali ganda lebih mencabar.
Kajian menunjukkan bahawa kesukaran dalam pemetaan bunyi kepada huruf (defisit fonologi) merupakan teras fungsi disleksia. Malah, kajian neuroimej mendapati otak individu disleksik berfungsi secara berbeza, khususnya di kawasan posterior temporal kiri otak (Galaburda et al., 2006). Ini bermakna disleksia bukanlah masalah kemahuan atau usaha, tetapi berkait dengan cara otak individu memproses maklumat.
Teknologi hadir sebagai talian hayat dan alat pembelajaran penting bagi individu dewasa dengan disleksia. Teknologi yang dicipta untuk membantu manusia kini menjadi medium utama untuk mengekalkan produktiviti dan keberkesanan dalam kehidupan seharian.
Daripada aplikasi teks-ke-pertuturan yang membacakan e-mel, telefon pintar mesra disleksia, hinggalah ke platform penceritaan digital, teknologi telah mengubah cara mereka belajar, bekerja dan berinteraksi dengan dunia, sekaligus membolehkan mereka berkembang dengan kekuatan sendiri.
Minda Inklusif pada minggu ini membawa anda meneroka dunia teknologi disleksia, bagaimana ia dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan peluang membangunkan kemahiran kendiri dan potensi sebenar individu neurodivergen,
Sejak tahun 1990-an, penggunaan komputer telah membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Menjelang 2010-an, kemunculan komputer tablet seperti iPad dan Samsung Tab serta pelbagai aplikasi pendidikan atas talian telah memperluas peluang pembelajaran bagi individu disleksia.
Antara pelbagai teknologi yang ada, tablet dan aplikasi menonjol kerana kedua-duanya menawarkan autonomi, maklum balas segera dan pendekatan pembelajar multimodal. Berdasarkan Teori Penentuan Kendiri (Self-Determination Theory) oleh Deci dan Ryan, motivasi seseorang berkembang apabila tiga keperluan asas dipenuhi:
yang tinggi ketika menggunakan teknologi, contohnya melalui aktiviti yang berasaskan kumpulan di dalam aplikasi pembelajaran.
Tablet memenuhi keperluan ini dengan baik kerana cirinya yang interaktif. Skrin tablet yang boleh disentuh serta bersifat manipulatif-pengguna, menyokong penggunaan stylus (pen) dan mempunyai ciri untuk merakam serta memainkan semula audio/recording. Bagi individu yang bergelut dengan pembacaan dan fonetik, ia membantu memahami maklumat dan mengenal pasti kesilapan.
Seorang peserta kajian disleksia berkongsi:
“Kalau saya tak guna, saya rasa saya akan lebih ketinggalan dan tak dapat gred yang sepatutnya.”
Selain teknologi, sokongan rakan sebaya juga penting dalam meningkatkan kefasihan bahasa. Gabungan keduanya membantu individu disleksia membina kefahaman dan keyakinan. Contohnya:
Mendapatkan panduan tentang kelajuan membaca dan comprehension terhadap bahan bacaan. Teknologi boleh memberikan info tahap kelajuan pembacaan dan juga menggunakan fungsi gamify untuk mengetahui tahap pemahaman pembaca dengan disleksia. Manakala, rakan sebaya boleh dijadikan sebagai satu medium untuk mengukuhkan kefasihan dan kefahaman dengan mengajar atau bercerita semula teks yang telah di baca.
Gabungan teknologi dan hubungan manusia ini membentuk bentuk sokongan dan accommodation yang berkesan. Individu dewasa dengan disleksia tidak boleh berkembang hanya dengan usaha sendiri, mereka memerlukan bantuan teknologi dan jaringan sosial untuk mencapai potensi penuh.
Namun, perlu diingat bahawa teknologi bukanlah penyelesaian sempurna. Tidak seperti guru yang adaptif dan fleksibel, kebanyakan alat e-pembelajaran masih menggunakan pendekatan ‘satu untuk semua’. Bagi individu dengan disleksia ini boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan.
Sebagai contoh, peserta kajian disleksia berasa cemas ketika tertinggal alat teknologi Dictaphone,
“Itu buat saya gelisah. Saya pernah pergi kuliah dan kata, ‘ya Allah saya terlupa Dictaphone, boleh tak awak hantar rakaman pada saya?’”
Oleh itu, individu disleksia digalakkan untuk terus berlatih membaca, menulis, dan mencuba pelbagai alat bantu sehingga menemui yang paling sesuai. Antara teknologi yang banyak membantu ialah Dictaphone, text-to-speech atau fon penulisan Open Dyslexic. Alat-alat ini membolehkan individu membaca kontrak perjanjian tanpa bantuan, menulis laporan dengan lebih pantas, dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih berdikari.
Namun apabila terlalu bergantung pada teknologi, ia boleh menjadi seperti tongkat, membantu untuk bertahan, tetapi tidak semestinya meningkatkan kecekapan diri,
Seorang peserta lain menggambarkan:
“Ia membantu saya untuk bertahan, tetapi tidak dapat membantu saya untuk menjadi lebih baik.”
Selain kesukaran membaca, ramai individu dengan disleksia turut menghadapi kesukaran untuk menulis dan mengingat. Penggunaan alat multimedia seperti storyboard yang menggabungkan imej dan audio boleh membantu. Ia mengurangkan beban working memory, menjadikan teks lebih mudah dibaca, dan membolehkan teknologi mengenal pasti serta membetulkan ejaan secara automatik (autocorrect)
Storyboard digunakan dengan gaya penceritaan digital (Digital Storytelling, DST) yang turut memberi ruang kepada individu disleksia untuk menonjolkan kekuatan kreatif mereka. Melalui DST, mereka boleh:
Mengasah critical thinking sambil memahami maklumat formal dan tidak formal.
Melalui DST, individu dewasa dengan disleksia dapat meningkatkan kemahiran teknikal dan mengintegrasikan identiti mereka (latar belajar dan budaya) serta pemikiran kritikal dalam bentuk penyampaian yang lebih kreatif dan mudah dibaca. Literasi bagi individu dengan disleksia akan menjadi lebih menarik, bermakna dan mudah difahami.
Bagi orang dewasa dengan disleksia, teknologi boleh menjadi perisai dan pedang. Teknologi melindungi daripada kesukaran harian seperti membaca e-mel kerja atau menulis laporan, tetapi juga boleh mengehadkan ekspresi diri jika terlalu bergantung padanya.
Kuncinya ialah keseimbangan. Pembangunan kemahiran asas perlu kekal menjadi keutamaan, manakala teknologi berfungsi sebagai pembantu, bukan penyelesaian tunggal.
Pendidik, majikan, dan pereka teknologi pendidikan perlu bekerjasama untuk membina platform yang inklusif, adaptif, dan benar-benar memberdayakan individu neurodivergen khususnya mereka yang mempunyai disleksia.
Mungkin inilah janji sebenar teknologi: bukan sekadar membantu individu membaca dan menulis dengan lebih baik, tetapi membantu mereka menyampaikan kisah hidup mereka dengan cara yang akhirnya difahami dunia. Namun prinsip utama yang harus dipegang oleh semua ialah kesederhanaan, fleksibiliti, dan kesesuaian peribadi.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan Disleksia atau ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.