Tip Tempat Kerja untuk Autistik

Tempat kerja boleh terasa seperti laluan berhalangan dari segi deria, sosial dan emosi, lebih-lebih lagi apabila persekitaran dibina oleh dan untuk otak neurotipikal.

Tip minggu ini daripada Minda Inklusif bertujuan membantu anda bertahan dan berkembang: melindungi tenaga, mengurus beban deria,  dan membina sistem kerja yang praktikal mengikut cara otak anda berfungsi.

Tip 1: Uruskan Tenaga Anda seperti Mata Wang

Tenaga anda terhad, jadi gunakannya dengan strategik.

  • Jangan janjikan lebih daripada yang anda mampu. Strategi survival: tetapkan had yang realistik, kemudian bila mampu, lakukan sedikit lebih dalam had selamat anda, bukan melampaui batas. 
  • Lindungi beban kerja: Jangan anggap tugasan tambahan sebagai perkara “biasa” tanpa pampasan atau perbincangan semula. Simpan senarai tanggungjawab, tugasan dan tarikh akhir sebagai rujukan untuk supervisor.
  • Gunakan waktu rehat wajib. Ambil makan tengah hari jauh sedikit dari rakan sekerja untuk benar-benar recharge (contoh: berjalan sekejap, baca buku, atau mendengar podcast). 20 minit rehat pun boleh mengubah keseluruhan petang anda.
  • Jadualkan masa fokus. Letakkan blok “tiada mesyuarat” dalam kalendar; tandakan waktu tersebut sebagai waktu sibuk anda supaya rakan sekerja tahu waktu anda sedang fokus.

Tip 2: Uruskan Deria & Keselesaan di Pejabat

  • Bunyi: Gunakan noise-cancelling headphone atau AirPods atau Loop earplugs jika anda mahu lebih subtle. Jangan tunggu deria anda terlebih beban, guna alat bantuan sebaik sahaja anda clock-in.
  • Pencahayaan: Jika dibenarkan, gunakan lampu meja bercahaya lembut atau mentol yang rendah cahaya untuk gantikan lampu siling. Cermin mata gelap atau transisi juga membantu jika cahaya terang mengganggu fokus. 
  • Pakaian: Pilih pakaian kerja yang mesra deria seperti fabrik lembut, warna yang menenangkan anda dan kasut yang selesa. Sediakan “uniform kerja” dalam beberapa set untuk kurangkan keletihan membuat keputusan setiap pagi.
  • Micro-hacks: Sediakan fidget kecil, skaf/selimut berisi (weighted), kipas USB, dan snek selamat deria seperti sup paket. Semua ini membantu regulate deria anda sepanjang hari. 

Tip 3: Bersosial melalui Skrip dan Small Talk

Skrip bukan “pura-pura”, ia alat komunikasi.

  • Sediakan 3–5 skrip small-talk pendek seperti: “Apa awak buat pada hujung minggu?”, “Ada plan tak petang ni?” atau “Projek haritu lancar?”
  • Gunakan skrip ringkas untuk keluar dari perbualan seperti: “Seronok borak, saya balik ke cubicle ya, saya ada meeting sekejap lagi,” dan bergerak untuk menukar isyarat perbualan.
  • Untuk situasi yang anda rasakan sukar, cuba gunakan skrip atau frasa sedia ada seperti: “Fahaman saya ialah…”, “Jika X terjadi, maka…” atau “Boleh jelaskan tarikh akhir untuk ini?”
  • Brand diri anda untuk perbualan, cuba nyatakan dengan ringkas “Saya orang data, saya lebih jelas bila nampak nombor” untuk menetapkan jangkaan cara rakan sekerja untuk berinteraksi dengan anda.

Tip 4: Komunikasi sebagai Rakan Anda

  • Minta tarikh yang spesifik. Arahan kabur memenatkan. Cuba bertanya untuk mendapatkan jawapan yang lebih spesifik. Contoh: “Awak perlukan ini sebelum Rabu 10 pagi atau Jumaat depan?”
  • Ringkaskan dan sahkan. Apabila mesyuarat atau perbualan sudah berakhir, cuba dapatkan pengesahan rakan sekerja seperti: “Untuk ringkasan, saya akan buat A menjelang X. Betul tak?” Anda juga boleh dapatkan pengesahan melalui e-mel.
  • Utamakan komunikasi bertulis bila boleh (e-mel atau chat) supaya anda boleh memproses dan jawab mengikut speed dan cara yang sesuai dengan otak anda.

Tip 5: Bina Sistem Kerja Praktikal

  • Time-blocking: blok masa fokus anda selamat 15–45 minit dengan beberapa masa rehat pendek di antara masa fokus anda. Letakkan dalam kalendar supaya orang tidak mengganggu.
  • Tetingkap mesej: semak Slack/Teams/e-mel kerja pada waktu tetap (contoh: 10:00, 14:00, 16:00) untuk elak tekanan reaktif.
  • Keterlihatan tugas: guna satu sistem utama (kalendar + satu senarai tugas) dan kemaskini setiap pagi. Lampirkan link, alamat, PDF untuk kurangkan beban kognitif.

Tip 6: Bina Sempadan Sosial dengan “Rakan Kerja”

  • Mempunyai rakan kerja yang validate realiti anda sangat membantu, pilih circle kecil yang selamat. 
  • Jangan overshare terlalu banyak. Bina kepercayaan perlahan-lahan. Simpan butiran peribadi dan hanya berkongsi secara minimum sehingga persahabatan anda stabil. Kekalkan sempadan walaupun hubungan sudah rapat.
  • Awasi “love-bombing” atau rakan sekerja yang ambil masa anda ketika waktu kerja. Boleh tetapkan sempadan seperti: “Boleh saya sambung kerja dulu?”, “kita borak sekejap je ya, saya ada deadline.”

Raikan Keunikan Anda di Tempat Kerja

Tempat kerja ialah ruang untuk mencari rezeki, bukan tempat untuk membuktikan nilai diri. Neurodiversiti termasuk autisme membawa kekuatan dan keperluan yang unik. Anda tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain untuk merasa belong di tempat kerja. 

Strategi seperti melindungi tenaga, menyatakan keperluan dan menggunakan alat bantuan bukan kelemahan, ia cara meraikan otak anda berfungsi dan membantu anda bekerja dengan lebih efektif dan optimum. 

Sertai Webinar Minda Inklusif: “Adult Autism: Exploring Masking, Mental Health and Empathy.”, dimana kaunselor kami, En. B’ao akan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang autistik dewasa.

🗓️ Daftar sekarang untuk tempah tempat anda di SINI kerana versi diri anda yang lebih tenang dan yakin sedang menunggu.

Rujukan:

  1. Cope, R., & Remington, A. (2022). The Strengths and Abilities of Autistic People in the Workplace. Autism in adulthood: challenges and management, 4(1), 22–31. https://doi.org/10.1089/aut.2021.0037
  2. Fong, C. J., Taylor, J., Berdyyeva, A., McClelland, A. M., Murphy, K. M., & Westbrook, J. D. (2021). Interventions for improving employment outcomes for persons with autism spectrum disorders: A systematic review update. Campbell systematic reviews, 17(3), e1185. https://doi.org/10.1002/cl2.1185
  3. Workplace Advocacy and Supports for Autistic Employees | Autism Society
  4. Employer Guide to Supervising Individuals with Autism Spectrum Disorders (ASD) | RIT Spectrum Support Program UK
  5. 5 Ways to Help Yourself as an Adult with Autism at Work | GERSH Autism Academy
  6. Workplace-Specific Social Skills for Autistic Individuals | Organization for Autism Research

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.