Mungkin anda pernah dengar orang kata bahawa individu autistik “tidak mempunyai empati,”. Namun penyelidikan (Shalev, et al., 2022) menunjukkan bahawa empati adalah sesuatu yang kompleks. Ramai individu autistik merasakan emosi dengan sangat mendalam manakala ada juga yang mungkin sukar memproses emosi atau memerlukan komunikasi yang lebih jelas untuk memahami perasaan orang lain.
Empati, seperti neurodiversiti, bukanlah konsep one size fits all. Empati merupakan kemahiran yang boleh berkembang melalui kesedaran, latihan, dan belas kasihan, terutamanya belas kasihan terhadap diri sendiri.
Minggu ini, Minda Inklusif membawakan beberapa tip empati praktikal untuk dewasa autistik yang ingin berhubung dengan orang lain secara bermakna tanpa menafikan emosi dan perasaan diri sendiri.
Apabila emosi berada ditahap tinggi, kita mudah rasa keliru atau tidak pasti bagaimana untuk bertindak atau memberikan reaksi. Satu tip ialah dengan mendengar dahulu bagaimana orang lain menggambarkan perasaan mereka.
Ingat, setiap orang berhak untuk merasai dan mengekspresikan emosi mereka.
Anda tidak perlu merasai emosi mereka sepenuhnya (seperti konsep emotion-doubling) untuk menunjukkan keprihatinan.
Anda boleh menunjukkan empati melalui kata-kata, seperti:
“Sorry that happened to you.”
Kata-kata ini menunjukkan anda acknowledge pengalaman atau situasi mereka dan itu sendiri sudah cukup bermakna.
Tiada siapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Kadangkala kata-kata atau tindakan kita boleh menyakiti orang lain walaupun tanpa niat.
Apabila anda menyedari perkara itu, ingatlah bahawa permohonan maaf yang baik adalah tentang mengakui kesan perbuatan anda kepada mereka. Bukan sekadar menunjukkan niat untuk meminta maaf.
Elakkan frasa seperti:
“Sorrylah kalau awak terasa.”
Permohonan maaf seperti ini menumpukan kepada perasaan orang lain, tetapi tidak menunjukkan tanggungjawab diri.
Sebaliknya, acuba katakan:
“Saya minta maaf sebab sebab kata-kata saya tadi mengguris perasaan awak. Saya tak berniat untuk sakitkan perasaan awak, dan saya akan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.”
Permohonan maaf yang ikhlas mempunyai dua aspek penting:
Menunjukkan kesediaan untuk belajar dan berubah.
Anda tidak perlu merasa bersalah selamanya, cukup menunjukkan bahawa anda peduli tentang perasaan mereka dan ingin memperbaiki hubungan tersebut.
Aktiviti role play boleh membantu anda untuk berlatih empati dengan cara yang selamat dan dalam suasana yang menyokong.
Anda boleh mulakan dengan watak fiksyen dari filem, drama, atau buku dan tanyakan kepada diri anda:
Apakah pengalaman yang membentuk cara watak ini merasai perasaan atau emosi yang telah disenaraikan?
Melatih empati secara imaginatif melalui role play membantu anda meneroka p emosi dari sudut berbeza tanpa perlu berpura-pura atau menutup identiti diri (masking). Apabila sudah selesa dengan teknik ini, anda boleh perlahan-lahan menggunakan pemahaman ini dalam interaksi sebenar bersama orang disekeliling anda.
Kadangkala, empati yang paling bermakna datang bukan daripada kata-kata. Tetapi daripada kehadiran anda dalam perbualan atau interaksi tersebut. Ini bermakna anda sedang mendengar secara aktif.
Tunjukkan anda sedang mendengar melalui isyarat kecil seperti:
Menunjukkan ekspresi muka yang anda sudi untuk mendengar.
Tindak balas atau ekspresi muka seperti ini menunjukkan anda sedang berusaha untuk ‘melibatkan’ diri tanpa perlu merasakan emosi dan perasaan secara berlebihan.
Ramai orang tidak mencari penyelesaian, mereka hanya ingin didengari.
Ramai Individu autistik mempunyai gaya pemikiran yang berasaskan logic dan analogi. Jangan risau jika anda tidak dapat relate secara langsung dengan pengalaman orang lain.
Ketika berinteraksi, anda boleh fikirkan situasi serupa secara mental. Contohnya, bayangkan rasa takut apabila bayi hampir terjatuh dari trolley dengan rasa sedih apabila puzzle 1000 keping yang anda siapkan jatuh dan pecah.
Perbandingan seperti ini i boleh membantu anda untuk memahami perasaan dan emosi dengan cara yang lebih logik dan selamat.
Hanya pastikan anda tidak menunjukkan secara jelas bahawa anda sedang “menganalogi” supaya komunikasi tetap natural.
Menunjukkan empati bukan bermaksud anda perlu mengorbankan diri atau perasaan anda.
Empati ialah tentang memahami dan menyokong orang lain dengan cara yang bijak dan dalam had keselesaan anda sendiri. Ia berkembang apabila seimbang dengan sempadan, kesedaran, dan penghormatan terhadap diri sendiri.
Sertai Webinar Minda Inklusif: “Adult Autism: Exploring Masking, Mental Health and Empathy.”, dimana kaunselor kami, En. B’ao akan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang autistik dewasa.
🗓️ Daftar sekarang untuk tempah tempat anda di SINI kerana versi diri anda yang lebih tenang dan yakin sedang menunggu.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.