Adakah anda pernah menjalani penilaian atau rawatan kesihatan mental?​

Jika belum, saringan kesihatan mental adalah langkah pertama yang penting untuk memahami keadaan kesihatan mental anda. Proses ini membolehkan anda mengenal pasti tahap kesihatan mental semasa, memahami isu-isu yang dihadapi, dan mendapatkan jawapan kepada persoalan mengenai proses penilaian dan rawatan psikoterapi.

RM100 – sesi 45 minit secara atas talian

Apa Anda Akan Dapat Dalam Sesi Saringan?

Ujian Pra-Penilaian

Bergantung kepada simptom, ujian ringkas akan diberi untuk memantau jenis dan tahapnya. Terapis akan bincang bersama anda keputusan ujian ini ketika sesi.

Perbincangan & Jangkaan

Untuk memulakan proses penilaian/rawatan mungkin terasa besar. Jadi, sesi one-off ini dapat beri peluang untuk anda berbincang dengan terapis anda dan lihat kesesuaian.

Cadangan dan Strategi Urus

Daripada sesi ringkas ini, terapis akan kongsikan teknik sesuai untuk mengurus simptom anda, sementara menunggu sesi penilaian/terapi nanti.

Nota Penting:

Saringan ini bukan diagnosis rasmi bagi sebarang gangguan mental.

Jika ada keperluan untuk diagnosis, akan dibincangkan bersama terapis.

1. Daftar dan pilih sesi temu janji

Lihat kesesuaian tarikh dan hari yang anda berkelapangan. Keseluruhan sesi ini mengambil masa maksimum 45 minit.

2. Lengkapkan pra-penilaian psikologi

Jenis ujian saringan diberi akan bergantung kepada simptom yang anda alami. Pastikan anda isi semuanya dengan lengkap.

3. Hadir sesi yang dipilih

Berbincang dengan terapis anda tentang simptom, keputusan ujian, dan teknik yang boleh diaplikasi dalam mengurus simptom anda.

4. Terima maklum balas & cadangan

Dapatkan pandangan atau strategi rawatan yang sesuai untuk proses penilaian/rawatan sesuai, bagi urusan selanjutnya.

Senarai Soalan Lazim

Bayangkan ia sebagai pemeriksaan kesihatan mental yang komprehensif. Proses ini melibatkan sesi soal jawab bersama anda serta penggunaan alat penilaian psikologi yang diiktiraf. Melalui kaedah ini, kami meneliti pelbagai aspek kesihatan mental anda, termasuk mood, emosi, tingkah laku, dan corak pemikiran. Pendekatan ini membolehkan kami mendapatkan gambaran menyeluruh tentang keadaan kesihatan mental anda, seterusnya membantu dalam cadangan rawatan yang lebih tepat dan berkesan.

Saringan kesihatan mental adalah proses yang ringkas dan sering diselesaikan dalam satu sesi. Di Minda Inklusif, saringan kesihatan mental ini dijalankan secara atas talian dalam tempoh maksimum 45 minit.

Sebelum sesi bermula, anda akan diminta menjawab beberapa soalan penilaian saringan psikologi pra-sesi. Hasil penilaian ini akan dibincangkan semasa sesi konsultasi bersama terapis. Sepanjang sesi, terapis akan meneliti simptom yang anda alami dan memberikan panduan tentang langkah seterusnya. Ini mungkin termasuk cadangan untuk penilaian susulan atau rawatan psikoterapi yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Ambil langkah proaktif untuk memahami kesihatan mental anda dan dapatkan sokongan profesional yang diperlukan.

Tidak. Saringan ini lebih kepada penilaian awal untuk melihat sama ada penilaian atau rawatan lanjut diperlukan. Diagnosis, sebaliknya, melibatkan penilaian yang lebih mendalam yang akan dilakukan oleh psikologis klinikal kami yang berkelayakan dan berdaftar.

Hasil saringan dapat membantu anda memahami kesihatan mental anda dengan lebih baik dan menentukan sama ada anda mungkin mendapat manfaat daripada sokongan atau rawatan tambahan. Dengan mengenalpasti isu kesihatan mental lebih awal, anda boleh mengambil langkah pencegahan ataupun sekiranya berada di tahap yang lebih serius, anda boleh mengetahui langkah yang wajar diambil untuk mendapatkan rawatan.

Ujian psikologi yang boleh didapati secara atas talian bertujuan untuk memberi gambaran ringkas tentang kesihatan mental anda. Sekiranya anda mendapati anda mungkin mengalami gejala gangguan mental, anda boleh pertimbangkan untuk bercakap dengan terapis. Seorang terapis boleh membantu menerangkan hasil dan membincangkan pelbagai pilihan untuk membantu anda berasa lebih baik.

Ujian saringan bukanlah diagnosis. Diagnosis hanya boleh dilakukan oleh psikologis klinikal dan doktor psikiatris yang bertauliah.

× Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday