Dasar Privasi

Dasar Privasi Minda Inklusif

Privasi anda

Di Minda Inklusif Enterprise, salah satu keutamaan utama kami adalah privasi pengunjung dan pengguna kami. Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Kami sentiasa memastikan bahawa semua pekerja serta penyedia perkhidmatan Minda Inklusif Enterprise yang mengakses maklumat peribadi anda menyedari tujuan penggunaan maklumat tersebut dan tidak mengendalikannya dengan cara yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.

Maklumat yang dikumpul

Maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda membuat sebarang transaksi di laman ini dan maklumat yang dikemukakan melalui borang pendaftaran atau e-mel.

Kami menggunakan maklumat anda untuk:

  1. Memproses pendaftaran dan langganan anda.
  2. Memberikan akses kepada perkhidmatan, termasuk sesi kaunseling dan bengkel.
  3. Menghantar notifikasi dan kemas kini mengenai sesi anda.
  4. Meningkatkan perkhidmatan kami melalui analisis data.

Pautan Web

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau melindungi hak dan keselamatan pelanggan kami.

Pendedahan Maklumat

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau melindungi hak dan keselamatan pelanggan kami.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Penyimpanan

Semua penyimpanan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang berikut untuk operasi kami:

  1. Google Workspace untuk notifikasi emel dan menjalankan khidmat atas talian.
  2. WhatsApp untuk panggilan dan chat.
  3. SafeTalk untuk pengurusan pelanggan.

Komunikasi dan Pemasaran

Jika anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mungkin akan mengemas kini anda tentang tawaran terkini, berita, dan promosi istimewa melalui email, telefon, atau surat. Anda akan mempunyai pilihan untuk menerima komunikasi ini daripada kami dan rakan kongsi terpilih semasa anda mendaftar dengan Minda Inklusif Enterprise.

Semua klien mempunyai pilihan untuk mengeluarkan diri daripada komunikasi pemasaran daripada kami atau rakan kongsi kami. Jika anda ingin berhenti menerima kemas kini ini, anda boleh mengurus pilihan anda dalam tetapan akaun anda atau mengklik pautan ‘berhenti langgan’ dalam mana-mana email yang kami hantar.

Hak Anda

Di bawah undang-undang privasi yang berkenaan, anda mempunyai hak untuk:

Mengakses dan meminta maklumat tentang data peribadi anda.

  1. Meminta pembetulan data yang tidak tepat.
  2. Menarik balik persetujuan untuk pemprosesan data.
  3. Meminta pemadaman data peribadi anda.

Hubungi Kami

Kami menghargai maklum balas anda dan sedia membantu. Untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai dasar privasi ini, sila hubungi kami di admin@mindainklusif.my. Kepuasan anda adalah keutamaan kami, dan kami menghargai kepercayaan anda kepada kami.

Dengan menggunakan platform kami, anda bersetuju dengan syarat Dasar Privasi ini.

× Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday