Selamat kembali ke entri blog Minda Inklusif mengenai ADHD dan Binge Eating – dimana ianya bukan sekadar masalah lapar tetapi mempunyai kaitan dengan disfungsi eksekutif, ketagihan dopamin, dan juga momen seperti “Eh, itu cheese ke?”. Pada entri sebelum ini, kita telah memahami hubungan yang boleh dikatakan rumit antara ADHD dan gangguan makan, khususnya terhadap bagaimana impulsivity, dan kekurangan tumpuan boleh menjadikan aktiviti makan sebagai satu cabaran bagi individu dengan ADHD.
Entri kali ini, kita akan belajar kenapa ini berlaku dan bagaimana individu boleh mengambil semula kawalan terhadap waktu makan tanpa menjadikan aktiviti ini sebagai satu lagi tugasan mental yang memenatkan.
Gangguan pemakanan (Eating Disorders, EDs) adalah seperti kawan anda yang berkata “Aku okaylah!” tetapi sebenarnya kawan anda sedang mengalami krisis dalaman yang tidak dapat anda lihat. Secara saintifik, ED melibatkan patologi obsesis yang melampau terhadap makanan, berat badan, serta kawalan diri seorang individu. Namun, kajian mengenai ED menjelaskan bahawa realiti ED adalah lebih serius:
Disebabkan kriteria diagnosis yang terlalu ketat (DSM-IV atau ICD-10), ramai individu yang mempunyai symptom EDs tidak didiagnosis.
Dan cuba teka, dengan semua perkara serius diatas – siapa yang telah muncul untuk membuatkan masalah ini lebih serius? ADHD! Ia hadir dengan pelbagai kesan sampingan yang secara langsung juga meningkatkan risiko EDs. Bagaimana symptom ADHD mempengaruhi corak pemakanan?
Interaksi otak ADHD memberi kesan kepada cara individu dengan ADHD merancang, mengatur, serta mengawal tingkah laku seharian, termasuklah tabiat makan. Mari kita lihat gambaran mechanism otak ADHD dan bagaimana ia mempengaruhi tabiat pemakanan bagi individu dengan ADHD.
Fungsi Eksekutif yang Lumpuh – Disfungsi
Fungsi eksekutif adalah satu control tower didalam otak untuk memulakan tugas, mengatur aktiviti, dan juga memantau tingkah laku individu. Fungsi eksekutif sangatlah penting untuk individu mengekalkan jadual makanan yang konsisten dan seimbang. Namun, apabila anda adalah individu dengan ADHD, masalah disfungsi eksekutif akan berlaku lalu keupayaan core tower ini akan terjejas. Sebagai contoh, anda mungkin akan:
Corak makan yang tidak tentu: individu dengan ADHD akan mempunyai masa makan yang tidak konsisten dan boleh menyebabkan individu untuk berpuasa (secara tidak sengaja) dengan lama dan diikuti dengan satu masa makan yang berlebihan – seperti yang dinyatakan dalam kitaran binge-restrict.
Apabila anda mempunyai disfungsi eksekutif, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi badan dan minda anda:
Beban kognitif meningkat: individu akan lebih cepat letih untuk membuat keputusan kerana merancang tabiat makan adalah tugas yang dirasakan membebankan. Jadi, ia mendorong individu untuk memilih makanan yang mudah dan cepat.
Impulsiviti – Sebuah Sistem Ganjaran yang Tidak Seimbang
Otak unik ADHD mempunyai disfungsi dopamine, ini bermakna individu dengan ADHD memproses ganjaran dengan sedikit berbeza berbanding dengan individu neurotipikal. Secara spesifiknya, individu dengan ADHD akan sukar untuk menahan keinginan jangka pendek dan lebih cenderung untuk mencari rangsangan yang bersifat segera. Dalam konteks pemakanan – ini muncul dalam bentuk pemilihan makanan secara impulsif. Apakah yang dimaksudkan dengan impulsiviti bagi individu dengan ADHD yang mempunyai masalah rutin dan pola pemakanan?
Ianya tidak mustahil untuk mengajar otak ADHD untuk menguruskan pemakanan. Berikut adalah beberapa strategi yang mudah untuk diaplikasikan kedalam rutin harian anda.
Pelbagaikan tekstur dan rasa dalam makanan – sesetengah individu tidak beberapa suka tekstur yang aneh didalam makanan. Namun, sekiranya anda boleh melakukan gabungan tekstur dalam makanan anda, anda dapat memberikan kepuasan kepada otak ADHD anda dan tidak akan bosan untuk makan. Sebagai contoh, anda boleh makan bubur dengan kacang goreng, ikan bilis dan kailan ikan masin.
ADHD dan tabiat pemakanan yang tidak terkawal jelas bukan sekadar masalah disiplin diri atau kekurangan kawalan keinginan pada individu dengan ADHD. Ini terjadi kerana mechanism otak yang berfungsi sedikit berbeza. Berita baik bagi anda, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh dikawal. Dengan memahami bagaimana sifat ADHD yang ada dalam diri anda dan bagaimana sifat ini mempengaruhi pemakanan anda, anda boleh mencipta strategi yang sesuai dengan cara otak ADHD anda berfungsi.
Jadi, apa langkah seterusnya? Mungkin ia sekadar memastikan anda makan tengah hari tepat pada masanya hari ini, atau mungkin menyusun laci snek anda dengan pilihan yang lebih sihat. Yang penting, ambil langkah kecil, bina tabiat yang lebih mampan, dan ingat—anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Dan sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengurus cara pemakanan yang teratur, anda boleh melakukan temu janji dengan terapis Minda Inklusif.
Kami percaya mereka yang mempunyai ADHD boleh berkembang maju, memimpin, mencipta dan mentakrifkan semula kejayaan — dan kami berada di sini untuk menempuh perjalanan itu bersama anda.