Waktu Snek yang Dirampas: Kisah ADHD dan Eating Disorders #2

Selamat kembali ke entri blog Minda Inklusif mengenai ADHD dan Binge Eating – dimana ianya bukan sekadar masalah lapar tetapi mempunyai kaitan dengan disfungsi eksekutif, ketagihan dopamin, dan juga momen seperti “Eh, itu cheese ke?”. Pada entri sebelum ini, kita telah memahami hubungan yang boleh dikatakan rumit antara ADHD dan gangguan makan, khususnya terhadap bagaimana impulsivity, dan kekurangan tumpuan boleh menjadikan aktiviti makan sebagai satu cabaran bagi individu dengan ADHD.

Entri kali ini, kita akan belajar kenapa ini berlaku dan bagaimana individu boleh mengambil semula kawalan terhadap waktu makan tanpa menjadikan aktiviti ini sebagai satu lagi tugasan mental yang memenatkan.

Si Ninja yang Menyerang Kesihatan Mental Secara Senyap

Gangguan pemakanan (Eating Disorders, EDs) adalah seperti kawan anda yang berkata “Aku okaylah!” tetapi sebenarnya kawan anda sedang mengalami krisis dalaman yang tidak dapat anda lihat. Secara saintifik, ED melibatkan patologi obsesis yang melampau terhadap makanan, berat badan, serta kawalan diri seorang individu. Namun, kajian mengenai ED menjelaskan bahawa realiti ED adalah lebih serius:

  1. EDs adalah antara gangguan psikiatri yang paling berbahaya bagi adolescent dan young adults dan boleh mengancam nyawa individu.
  2. Seperti yang dinyatakan di atas, ia merupakan salah satu penyakit kronik (ketiga) yang cenderung dilihat dalam kalangan adolescent.
  3. Disebabkan kriteria diagnosis yang terlalu ketat (DSM-IV atau ICD-10), ramai individu yang mempunyai symptom EDs tidak didiagnosis.

Dan cuba teka, dengan semua perkara serius diatas – siapa yang telah muncul untuk membuatkan masalah ini lebih serius? ADHD! Ia hadir dengan pelbagai kesan sampingan yang secara langsung juga meningkatkan risiko EDs. Bagaimana symptom ADHD mempengaruhi corak pemakanan?

  1. Kurang tumpuan – individu akan sering terlupa untuk makan, melangkau waktu makan dan kemudian individu akan binge eating pada waktu malam. Menurut kajian ADHD dan ED, wanita dengan ADHD mempunyai kecenderungan untuk mengalami episode binge berbanding dengan wanita tanpa ADHD.
  2. Impulsiviti – individu akan mengambil atau makan makanan secara rawak pada setiap masa. Kajian menyatakan bahawa impulsiviti adalah penyumbang utama kepada binge eating seperti yang telah dibincangkan pada entri sebelum ini.
  3. Disfungsi Eksekutif – individu akan susah untuk merancang hidangan untuk dimakan atau dimasak, membeli barang dapur atau mengikuti jadual makan yang teratur.

Mechanism Otak ADHD dengan Eating Disorders

Interaksi otak ADHD memberi kesan kepada cara individu dengan ADHD merancang, mengatur, serta mengawal tingkah laku seharian, termasuklah tabiat makan. Mari kita lihat gambaran mechanism otak ADHD dan bagaimana ia mempengaruhi tabiat pemakanan bagi individu dengan ADHD.

Fungsi Eksekutif yang Lumpuh – Disfungsi

Fungsi eksekutif adalah satu control tower didalam otak untuk memulakan tugas, mengatur aktiviti, dan juga memantau tingkah laku individu. Fungsi eksekutif sangatlah penting untuk individu mengekalkan jadual makanan yang konsisten dan seimbang. Namun, apabila anda adalah individu dengan ADHD, masalah disfungsi eksekutif akan berlaku lalu keupayaan core tower ini akan terjejas. Sebagai contoh, anda mungkin akan:

  • Terlupa makan: individu dengan ADHD akan gagal menyedari isyarat lapar yang telah dikeluarkan oleh tubuh mereka, malah bakal meremehkan keperluan untuk makan atau menghadapi kesukaran untuk menyediakan makanan kerana terdapat masalah dalam merancang.
  • Pilihan makanan yang impulsif: individu dengan ADHD akan mempunyai kecenderungan untuk memilih makanan segera (fast food) atau snek yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi kerana ianya lebih mudah untuk dicari dan dimakan.
  • Corak makan yang tidak tentu: individu dengan ADHD akan mempunyai masa makan yang tidak konsisten dan boleh menyebabkan individu untuk berpuasa (secara tidak sengaja) dengan lama dan diikuti dengan satu masa makan yang berlebihan – seperti yang dinyatakan dalam kitaran binge-restrict.

Apabila anda mempunyai disfungsi eksekutif, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi badan dan minda anda:

  • Ketidakseimbangan gula dalam darah: pola pemakanan yang tidak tentu menyebabkan ketidakstabilan tahap tenaga serta peningkatan keinginan untuk makan makanan berkarbohidrat tinggi atau makanan manis.
  • Beban kognitif meningkat: individu akan lebih cepat letih untuk membuat keputusan kerana merancang tabiat makan adalah tugas yang dirasakan membebankan. Jadi, ia mendorong individu untuk memilih makanan yang mudah dan cepat.

Impulsiviti – Sebuah Sistem Ganjaran yang Tidak Seimbang

Otak unik ADHD mempunyai disfungsi dopamine, ini bermakna individu dengan ADHD memproses ganjaran dengan sedikit berbeza berbanding dengan individu neurotipikal. Secara spesifiknya, individu dengan ADHD akan sukar untuk menahan keinginan jangka pendek dan lebih cenderung untuk mencari rangsangan yang bersifat segera. Dalam konteks pemakanan – ini muncul dalam bentuk pemilihan makanan secara impulsif. Apakah yang dimaksudkan dengan impulsiviti bagi individu dengan ADHD yang mempunyai masalah rutin dan pola pemakanan?

  • Tabiat Dopamin: individu dengan ADHD akan mencari makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi untuk mengaktifkan system dopamine mesolimbic otak – yang bakal memberikan kelegaan sementara daripada kekurangan dopamin. Apabila kitaran ini berulang, makanan akan menjadi sebuah alat untuk mengawal emosi individu berbanding sumber tenaga.
  • Beban sensori: disebabkan terdapat terlalu banyak sumber makanan, otak ADHD boleh menjadi terlalu letih. Pilihan makanan dan keinginan yang datang secara impulsif membuatkan individu dengan ADHD untuk memilih keputusan yang mudah – seperti memesan burger di restoran makanan segera berbanding memasak real food seperti sandwich.

Mengatasi Masalah dengan Baby Steps

Ianya tidak mustahil untuk mengajar otak ADHD untuk menguruskan pemakanan. Berikut adalah beberapa strategi yang mudah untuk diaplikasikan kedalam rutin harian anda.

  • Letak snek di tempat yang strategik – bagi mereka yang sering lupa untuk makan, anda boleh letak snek kegemaran anda di tempat yang akan anda selalu lalui seperti di workstation atau didalam kereta anda.
  • Makanan siap potong – bagi individu yang susah untuk makan buah-buahan, anda boleh membeli buah yang sudah siap dipotong dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Gunakan pinggan – supaya anda sedar akan kuantiti makanan yang dimakan, anda digalakkan untuk menggunakan pinggan dan bukannya makan terus daripada bungkusan. Ini juga boleh mengalakkan anda untuk melakukan kerja rumah secara berutin.
  • Masak dalam kuantiti besar – bagi mereka yang rasa memasak adalah satu aktiviti yang remeh, anda boleh masak dalam kuantiti yang besar (meal-prepping) dan anda boleh makan berulang kali tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak.
  • Pelbagaikan tekstur dan rasa dalam makanan – sesetengah individu tidak beberapa suka tekstur yang aneh didalam makanan. Namun, sekiranya anda boleh melakukan gabungan tekstur dalam makanan anda, anda dapat memberikan kepuasan kepada otak ADHD anda dan tidak akan bosan untuk makan. Sebagai contoh, anda boleh makan bubur dengan kacang goreng, ikan bilis dan kailan ikan masin.

Apa yang Kita boleh Pelajari?

ADHD dan tabiat pemakanan yang tidak terkawal jelas bukan sekadar masalah disiplin diri atau kekurangan kawalan keinginan pada individu dengan ADHD. Ini terjadi kerana mechanism otak yang berfungsi sedikit berbeza. Berita baik bagi anda, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh dikawal. Dengan memahami bagaimana sifat ADHD yang ada dalam diri anda dan bagaimana sifat ini mempengaruhi pemakanan anda, anda boleh mencipta strategi yang sesuai dengan cara otak ADHD anda berfungsi.

Jadi, apa langkah seterusnya? Mungkin ia sekadar memastikan anda makan tengah hari tepat pada masanya hari ini, atau mungkin menyusun laci snek anda dengan pilihan yang lebih sihat. Yang penting, ambil langkah kecil, bina tabiat yang lebih mampan, dan ingat—anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Dan sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengurus cara pemakanan yang teratur, anda boleh melakukan temu janji dengan terapis Minda Inklusif.

Rujukan:

  1. Svedlund, N. E., Norring, C., Ginsberg, Y., & von Hausswolff-Juhlin, Y. (2017). Symptoms of Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) among adult eating disorder patients. BMC psychiatry, 17(1), 19. https://doi.org/10.1186/s12888-016-1093-1
  2. Kaisari, P., Dourish, C. T., & Higgs, S. (2017). Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) and disordered eating behaviour: A systematic review and a framework for future research. Clinical psychology review, 53, 109–121. https://doi.org/10.1016/j.cpr.2017.03.002
  3. Cobbaert, L., Millichamp, A. R., Elwyn, R., Silverstein, S., Schweizer, K., Thomas, E., & Miskovic-Wheatley, J. (2024). Neurodivergence, intersectionality, and eating disorders: a lived experience-led narrative review. Journal of eating disorders, 12(1), 187. https://doi.org/10.1186/s40337-024-01126-5
  4. Seymour, K. E., Reinblatt, S. P., Benson, L., & Carnell, S. (2015). Overlapping neurobehavioral circuits in ADHD, obesity, and binge eating: evidence from neuroimaging research. CNS spectrums, 20(4), 401–411. https://doi.org/10.1017/S1092852915000383
  5. Reinblatt, S. P., Leoutsakos, J. M., Mahone, E. M., Forrester, S., Wilcox, H. C., & Riddle, M. A. (2015). Association between binge eating and attention-deficit/hyperactivity disorder in two pediatric community mental health clinics. The International journal of eating disorders, 48(5), 505–511. https://doi.org/10.1002/eat.22342
  6. Baraskewich, J. (2017). The Relation between Symptoms of ADHD and Symptoms of Eating Disorders (Master’s thesis, University of Calgary, Calgary, Canada). Retrieved from https://prism.ucalgary.ca. doi:10.11575/PRISM/28292 http://hdl.handle.net/11023/4022
  7. de Zwaan, M., Gruss, B., Müller, A., Philipsen, A., Graap, H., Martin, A., Glaesmer, H., & Hilbert, A. (2011). Association between obesity and adult attention-deficit/hyperactivity disorder in a German community-based sample. Obesity facts, 4(3), 204–211. https://doi.org/10.1159/000329565
  8.  

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.