ADHD dan Wanita: Menyingkap Cabaran dan Melawan Stigma

ADHD, seperti yang pernah dibincangkan dalam entri sebelum ini, merupakan kelainan neuro-perkembangan yang lazim didengari dalam kalangan kanak-kanak. Tahukah anda, menurut kajian, dianggarkan sebanyak 4.1% populasi dewasa di dunia mempunyai ADHD. Namun, stigma dalam masyarakat sering menganggap ADHD lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki sahaja, dan bukan dalam golongan dewasa, terutamanya wanita. Akibat daripada stigma dan persepsi masyarakat mengenai ADHD, wanita dewasa lebih cenderung untuk tidak menerima diagnosis, sokongan dan rawatan yang diperlukan sebagai ADHD dewasa dan pastinya menghadapi cabaran yang lebih daripada individu dewasa lelaki dengan ADHD.

Kini, walaupun ADHD lebih difahami sebagai kecelaruan neurop-erkembangan yang boleh berlaku kepada kedua-dua jantina, sistem penjagaan kesihatan dan persepsi masyarakat masih belum sepenuhnya mengiktiraf realiti yang dihadapi oleh wanita dewasa dengan ADHD. Kajian terdahulu yang banyak tertumpu pada demografi lelaki dewasa dengan ADHD telah mewujudkan jurang pengetahuan dan pemahaman mengenai kesannya terhadap wanita.

Melalui entri kali ini, mari kita belajar lebih lanjut bagaimana ADHD mempengaruhi wanita dan bagaimana mereka menghadapi cabaran dan stigma sebagai individu dengan ADHD.

Cabaran Diagnosis: Kekurangan, Pengabaian, dan Salah Tafsir

Bagi wanita dewasa, ADHD sering kekal sebagai “diagnosis tersembunyi.” Pengkaji, Quinn dan Madhoo, menyifatkan diagnosis tersembunyi sebagai keadaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, di mana simptom ADHD lebih ketara secara dalaman berbanding luaran. Sebagai contoh, wanita dewasa dengan ADHD mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda hiperaktif yang jelas seperti kanak-kanak perempuan atau lelaki dewasa dengan ADHD. Sebaliknya, wanita lebih cenderung mengalami kesukaran menumpukan perhatian atau simptom kemurungan yang tidak selaras dengan stereotaip diagnosis ADHD yang tradisional. Ini menyebabkan mereka sering cenderung mendapat diagnosis seperti gangguan kemurungan atau keresahan, sementara ADHD itu sendiri sering tidak dapat dikenalpasti dan terlepas pandang. Dalam sesetengah kes, mereka sememangnya bergelut dengan kedua-duanya (komorbiditi).

Cabaran diagnosis ADHD dalam kalangan wanita dewasa boleh dibahagikan kepada tiga, seperti yang telah diterangkan di atas:

  • Bias Diagnostik – Kriteria ADHD banyak bergantung pada kajian yang tertumpu kepada demografi tertentu, seperti kanak-kanak (lelaki dan perempuan), lelaki dewasa dengan ADHD, dan peserta kajian dari negara W.E.I.R.D. (Western, Educated, Industrialized, Rich, and Democratic). Simptom-simptom yang lebih lazim ada dalam wanita dewasa dengan ADHD seperti masalah ketidakstabilan emosi, atau kurang tumpuan sering diketepikan sebagai ciri ADHD dalam golongan ini. 

 

Seorang peserta kajian ADHD menyatakan;

“......sukar mendapatkan diagnosis ADHD sebagai perempuan kerana kriteria DSM (Diagnostic Statistical Manual) adalah berdasarkan pemerhatian pada sampel kumpulan yang mewakili lelaki. Oleh itu, anda mungkin menerima diagnosis yang tidak selari dengan kriteria tersebut.”


  • Salah Diagnosis – individu wanita dengan ADHD sering menunjukkan simptom komorbiditi, di mana simptom bukan ADHD seperti kebimbangan, kemurungan, ketidakstabilan emosi lebih menonjol. Ini menyebabkan golongan ini sering menerima diagnosis awal yang salah kerana simptom tersebut ditafsir sebagai kecelaruan mood (mood disorder) dan bukan ADHD. 

 

Menurut kajian mengenai  ADHD, wanita dengan ADHD yang menerima diagnosis awal yang salah lebih cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku seperti penyalahgunaan bahan (substance abuse) dan menghidapi penyakit kronik lain. Hal ini terjadi kerana intervensi yang lewat akibat salah diagnosis serta kekurangan sokongan untuk mengurus simptom ADHD.


  • Pengenalpastian Kendiri yang Lewat (Late Self-identification) – Individu wanita dengan ADHD kebanyakannya akan menyedari simptom ADHD atau mengesyaki mereka mempunyai ADHD apabila mereka diberitahu oleh ahli keluarga, atau rakan terdekat mengenai tingkahlaku mereka yang berbeza. Namun, menurut kajian ADHD, selepas melalui proses pengenalpastian kendiri dan mendapatkan penilaian daripada profesional (psikiatri, doktor, atau ahli psikologi klinikal), pengalaman mereka sering diketepikan (dismissed), terutamanya jika mereka tidak menerima diagnosis ADHD semasa kanak-kanak. Individu dewasa dengan ADHD mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk tidak mendapatkan penilaian dan diagnosis ADHD sekiranya mereka tidak mempunyai sejarah simptom pada zaman kanak-kanak.

 

Anda Perlu Bertindak

Wanita dewasa dengan ADHD, sama seperti individu ADHD yang lain, berhak mendapatkan sokongan. Mereka juga memerlukan ruang untuk berkembang sebagai individu dengan ADHD tanpa rasa takut terhadap stigma dan label.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai wanita dengan ADHD, Minda Inklusif sedia membantu anda. Daftarkan temujanji anda sekarang untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif.

Rujukan:

  1. Lynn, Noelle Marita, “Women & ADHD Functional Impairments: Beyond the Obvious” (2019). Masters Theses. 933. https://scholarworks.gvsu.edu/theses/933
  2. McDonnell, Erika, “Living as a Woman with ADHD : Experiences, Challenges, and Adaptive Strategies” (2022). Masters Theses, University of Ottawa. http://dx.doi.org/10.20381/ruor-28499
  3. Holthe, Mira Elise Glaser, “ADHD in Women: Effects on Everyday Functioning and the Role of Stigma” (2013). Masters Theses, Institutt for psykologi. http://hdl.handle.net/11250/271242
  4. Kelson, Sienna (2023) “ADHD in Women: Psychological, Academic, and Social Effects,” Family Perspectives: Vol. 5: Iss. 1, Article 1. Available at: https://scholarsarchive.byu.edu/familyperspectives/vol5/iss1/1
  5. Attoe, D. E., & Climie, E. A. (2023). Miss. Diagnosis: A Systematic Review of ADHD in Adult Women. Journal of Attention Disorders, 27(7), 645-657. https://doi.org/10.1177/10870547231161533
  6. Giron, Alexis-Phillis, “Gender Differences in the Presentation of Adult Attention-Deficit/ Hyperactivity Disorder: Exploring Factors Influencing the Underdiagnosis of ADHD and its Effects on Women” (2021). Nursing | Senior Theses. 44. https://doi.org/10.33015/dominican.edu/2021.NURS.ST.22
  7. Rizzo, Anthony, “Gender differences in ADHD diagnosis” (2016). Theses and Dissertations. 1409. https://rdw.rowan.edu/etd/1409
    https://oro.open.ac.uk/58412/1/Adult%20women%20and%20ADHD.pdf
  8. Kok, F. M. (2021). The female side of ADHD and ASD. [Thesis fully internal (DIV), University of Groningen]. University of Groningen. https://doi.org/10.33612/diss.179073089
  9. Devol, Tiffany Michelle, “Paying Attention: The Lived Experiences of Female ADHD Graduate Students in Higher Education. ” PhD diss., University of Tennessee, 2022. https://trace.tennessee.edu/utk_graddiss/7177

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.