ADHD, seperti yang pernah dibincangkan dalam entri sebelum ini, merupakan kelainan neuro-perkembangan yang lazim didengari dalam kalangan kanak-kanak. Tahukah anda, menurut kajian, dianggarkan sebanyak 4.1% populasi dewasa di dunia mempunyai ADHD. Namun, stigma dalam masyarakat sering menganggap ADHD lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki sahaja, dan bukan dalam golongan dewasa, terutamanya wanita. Akibat daripada stigma dan persepsi masyarakat mengenai ADHD, wanita dewasa lebih cenderung untuk tidak menerima diagnosis, sokongan dan rawatan yang diperlukan sebagai ADHD dewasa dan pastinya menghadapi cabaran yang lebih daripada individu dewasa lelaki dengan ADHD.
Kini, walaupun ADHD lebih difahami sebagai kecelaruan neurop-erkembangan yang boleh berlaku kepada kedua-dua jantina, sistem penjagaan kesihatan dan persepsi masyarakat masih belum sepenuhnya mengiktiraf realiti yang dihadapi oleh wanita dewasa dengan ADHD. Kajian terdahulu yang banyak tertumpu pada demografi lelaki dewasa dengan ADHD telah mewujudkan jurang pengetahuan dan pemahaman mengenai kesannya terhadap wanita.
Melalui entri kali ini, mari kita belajar lebih lanjut bagaimana ADHD mempengaruhi wanita dan bagaimana mereka menghadapi cabaran dan stigma sebagai individu dengan ADHD.
Bagi wanita dewasa, ADHD sering kekal sebagai “diagnosis tersembunyi.” Pengkaji, Quinn dan Madhoo, menyifatkan diagnosis tersembunyi sebagai keadaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, di mana simptom ADHD lebih ketara secara dalaman berbanding luaran. Sebagai contoh, wanita dewasa dengan ADHD mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda hiperaktif yang jelas seperti kanak-kanak perempuan atau lelaki dewasa dengan ADHD. Sebaliknya, wanita lebih cenderung mengalami kesukaran menumpukan perhatian atau simptom kemurungan yang tidak selaras dengan stereotaip diagnosis ADHD yang tradisional. Ini menyebabkan mereka sering cenderung mendapat diagnosis seperti gangguan kemurungan atau keresahan, sementara ADHD itu sendiri sering tidak dapat dikenalpasti dan terlepas pandang. Dalam sesetengah kes, mereka sememangnya bergelut dengan kedua-duanya (komorbiditi).
Cabaran diagnosis ADHD dalam kalangan wanita dewasa boleh dibahagikan kepada tiga, seperti yang telah diterangkan di atas:
Seorang peserta kajian ADHD menyatakan;
“......sukar mendapatkan diagnosis ADHD sebagai perempuan kerana kriteria DSM (Diagnostic Statistical Manual) adalah berdasarkan pemerhatian pada sampel kumpulan yang mewakili lelaki. Oleh itu, anda mungkin menerima diagnosis yang tidak selari dengan kriteria tersebut.”
Menurut kajian mengenai ADHD, wanita dengan ADHD yang menerima diagnosis awal yang salah lebih cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku seperti penyalahgunaan bahan (substance abuse) dan menghidapi penyakit kronik lain. Hal ini terjadi kerana intervensi yang lewat akibat salah diagnosis serta kekurangan sokongan untuk mengurus simptom ADHD.
Wanita dewasa dengan ADHD, sama seperti individu ADHD yang lain, berhak mendapatkan sokongan. Mereka juga memerlukan ruang untuk berkembang sebagai individu dengan ADHD tanpa rasa takut terhadap stigma dan label.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai wanita dengan ADHD, Minda Inklusif sedia membantu anda. Daftarkan temujanji anda sekarang untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.