Mengurus Hyperfixation dalam Hubungan Sebagai Dewasa ADHD

ADHD bukanlah penyakit mental atau kelemahan personaliti. Ia adalah perbezaan dalam cara otak mengawal emosi, motivasi, dan sistem ganjaran.

Pada tahap neurobiologi, ADHD melibatkan perubahan dalam sistem dopamin dan norepinefrin, iaitu neurotransmiter yang berkait rapat dengan motivasi dan pemprosesan ganjaran. Secara ringkas, otak ADHD sentiasa mencari tahap rangsangan yang mencukupi. 

Dalam hubungan manusia, pengalaman adalah sangat subjektif. Ia boleh menjadi lebih kompleks apabila konstruk ‘limerence’ yang bertindih dengan ADHD.

Jika anda membaca blog ini sambil berfikir, “Ini memang otak aku bila jatuh cinta, takpelah jadi possessive sikit”, anda tidak keseorangan.

Jadi apa Itu Limerence?

Istilah “limerence” diperkenalkan oleh Dorothy Tennov. Ia merujuk kepada keadaan mental yang dipenuhi obsesi romantik terhadap seseorang individu tertentu. Tennov menekankan bahawa limerence bukan diagnosis rasmi, tapi fenomena psikologi.

Ciri-ciri limerence termasuk:

  • Fikiran intrusif yang berulang
  • Melihat seseorang secara terlalu ideal
  • Kebergantungan emosi terhadap tanda balas individu yang diminati
  • Perasaan euforia (sangat seronok dan teruja) apabila dihargai oleh individu tersebut
  • Emosi merudum apabila terasa ditolak

Walaupun limerence boleh bertindih dengan ADHD, tidak semua limerence melibatkan ADHD. Namun, otak ADHD lebih mudah terperangkap kerana persilangan antara kepekaan dopamin, impulsivity, dan kecenderungan hyperfocus.

Kenapa Otak ADHD Mudah Terjebak?

Apabila individu ADHD mengalami hyperfocus, dopamin akan meningkat sementara waktu. Jika rangsangan itu ialah hubungan romantik yang baru dan tidak pasti, lonjakan dopamin boleh menjadi lebih kuat. Kajian mengenai hubungan romantik dalam ADHD menunjukkan bahawa cinta romantik mengaktifkan laluan dopamin yang sama seperti ketagihan.

Sebagai dewasa ADHD, anda mungkin berada dalam hubungan yang stabil, namun tetap mengalami tarikan mendalam terhadap orang lain.

Otak anda mungkin mencipta naratif seperti:

  •  Mereka faham saya sepenuhnya.
  • Segalanya terasa effortless bila dengan mereka.
  • Saya lebih “serasi” dengan mereka.

Naratif ini selalunya gabungan projection, novelty dan impulsiviti. Anda mungkin tidak boleh mengawal perasaan yang muncul, tetapi anda masih boleh mengawal tingkah laku dan tindak balas anda terhadap rangsangan tersebut.

  • Labelkan Lonjakan Dopamin dengan Tepat

Otak ADHD sangat responsif terhadap ketidakpastian dan ganjaran tidak konsisten. Fasa awal hubungan romantik sering dipenuhi mesej lambat dibalas, balasan yang ambiguous, dan tanda-tanda perhatian kecil yang tidak menentu.

Itu cukup kuat untuk mencetuskan kitaran dopamin yang kuat.

Contoh:
Anda baru keluar makan sekali, tetapi, malam itu sudah membayangkan masa depan bersama.

Anda boleh cuba:

  1. Katakan pada diri, “Ini hyperfocus. Kita baru jumpa sekali.”
  2. Ingatkan diri bahawa anda hanya mengenali sebahagian kecil diri mereka.
  3. Tangguhkan tindakan susulan seperti menghantar mesej untuk berjumpa lagi selama 48 jam.

Anda bukan menafikan perasaan. Anda sedang meletakkan perasaan dalam konteks.

  • Pisahkan Individu Daripada Keperluan Emosi

Kadang-kadang obsesi bukan tentang orang itu, tetapi tentang keadaan emosi yang mereka aktifkan dalam diri anda. Apabila ini berlaku, tanya diri sendiri:

  • Adakah saya sedang bosan?
  • Adakah saya rasa tidak dihargai?
  • Adakah hidup saya terlalu mengikut rutin?

Contoh:
Anda berada dalam hubungan 4 tahun yang stabil, tapi tiba-tiba tertarik pada rakan sekerja yang membuatkan anda rasa “hidup”.

Daripada terus menyimpulkan hubungan stabil itu bermasalah, cuba:

  1. Rancang aktiviti baru bersama pasangan, seperti melancong ke tempat yang belum pernah dikunjungi.
  2. Wujudkan perbualan mendalam sebagai rutin hujung minggu.

Kadang-kadang fixation berkurang apabila keperluan emosi dipenuhi dalam hubungan sedia ada.

  • Perlahankan Kitaran Ganjaran

Impulsiviti sukakan respons segera. Anda boleh memperlahankan kitaran ganjaran diri anda untuk pastikan impulsiviti tidak menghasut anda.

Contoh:
Anda menghantar mesej kedua kerana mesej pertama belum dibalas dalam masa satu minit. Apabila ini berlaku, cuba:

  1. Letakkan telefon bimbit di bilik lain atau dalam beg.
  2. Tetapkan pemasa 30 minit sebelum menghantar mesej susulan. 
  3. Alihkan perhatian kepada aktiviti fizikal sementara menunggu.

Apabila impuls tidak terus dilayan, dorongan biasanya akan menurun. Ini melatih toleransi emosi secara perlahan. 

  • Diversifikasikan Sumber Dopamin

Jika satu-satunya sumber keterujaan anda ialah seorang individu, otak anda akan terus kembali kepada itu. Luaskan sumber rangsangan:

  1. Mulakan hobi baru seperti menjadi fangirl atau mengumpul koleksi buku
  2. Tetapkan matlamat kecergasan dengan daftar gym membership.
  3. Cari kawan yang merangsang perbincangan intelektual 
  4. Sertai pengalaman baru seperti, mengikuti rombongan belajar atau aktiviti sukarelawan

Apabila hidup anda lebih pelbagai, fokus terhadap seorang individu akan berkurang secara semula jadi.

  • Gunakan Jarak Secara Strategik

Kadang-kadang jarak membantu realiti muncul.

Contoh:
Anda mengidealisasi rakan sekerja sebagai sempurna. Namun, selepas bekerja bersama dalam situasi stres, anda nampak sisi biasa dan kompleks mereka. Ilusi boleh mula retak apabila anda melihat keseluruhan manusia, bukan hanya versi yang diidealkan. 

Jika sesuai, cipta sempadan, kurangkan interaksi tidak perlu, atau wujudkan konteks profesional yang jelas. Ini membantu mengurangkan fixation dan menjaga hubungan sedia ada.

  • Fahami Sensitiviti terhadap Penolakan

Bagi ramai individu ADHD, penolakan terasa sangat kuat. Mesej lambat dibalas boleh mencetuskan panik. Panggilan yang tidak diangkat boleh ditafsir sebagai tidak dihargai.

Sebelum bertindak, cuba:

  1. Senaraikan tiga penjelasan neutral terhadap situasi yang anda sedang alami.
  2. Periksa sama ada apa yang anda rasakan hanyalah emosi, atau fakta sebenar.

Kadang-kadang obsesi ialah cara mengawal kegelisahan, bukan tanda anda sedang jatuh cinta.

Adakah ini Pelik?

Hyperfixation romantik dalam ADHD bukan tanda anda tidak matang, tidak setia, atau terlalu emosional.  Ia berkait dengan sistem ganjaran yang sangat responsif terhadap ketidakpastian dan validasi.

Anda mungkin tidak boleh mengawal lonjakan dopamin atau siapa yang mencetuskan rasa tersebut. Tetapi anda tetap mempunyai autoriti terhadap tingkah laku, sempadan, dan identiti yang anda bina.

Ini bukanlah pelik.
Ini tentang regulasi.

Anda boleh merasai “kilat” dan “guruh”.
Dan anda masih boleh memilih di mana anda mahu membina rumah.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Soares, L. S., Costa, D. S., Malloy-Diniz, L. F., Romano-Silva, M. A., de Paula, J. J., & de Miranda, D. M. (2019). Investigation on the Attention Deficit Hyperactivity Disorder Effect on Infatuation and Impulsivity in Adolescents. Frontiers in behavioral neuroscience13, 137. https://doi.org/10.3389/fnbeh.2019.00137
  2. ADHD and Limerence: Hyperfixation, Love Bombing and Falling in Love | Attachment Project
  3. When We Hyperfixate on Crushes: Stories of ADHD Limerence | ADDITUDE

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.