Kenali Masalah Emosi di Tempat Kerja bagi Individu dengan ADHD

“Sebab saya tahu…saya mempunyai kertas kerja yang penting adalah sebab kertas kerja tersebut diletakkan di dalam drawer yang saya kenali. Sebab itu sahaja! Saya adalah orang yang paling tidak teratur di tempat kerja!”

Tempat kerja bagi individu dewasa dengan ADHD, ibarat sarkas; bising, sukar diuruskan. Tetapi, tempat kerja juga boleh menjadi satu bentuk jaring keselamatan sekiranya individu tahu bagaimana untuk mengawalnya. 

Mari kita belajar bagaimana melakukan regulasi kendiri di tempat kerja sebagai individu dengan ADHD melalui entri kali ini!

Ketidakstabilan Emosi (Emotional Dysregulation): Perjalanan Roller Coaster

Ketidakstabilan emosi ibarat menaiki roller coaster tanpa memakai tali pinggang keselamatan. Individu mungkin akan berasa sangat bersemangat (di peringkat tertinggi roller coaster) atau tiba-tiba berasa sangat kecewa (di peringkat terendah roller coaster). Sebagai contoh, rakan sekerja mengambil stapler anda tanpa kebenaran. Nampak macam perkara remeh, namun ini adalah realiti individu dewasa dengan ADHD di tempat kerja.

Kajian menunjukkan individu dewasa dengan ADHD sering mengalami reaksi emosi yang berlebihan, perubahan mood secara tiba-tiba, dan juga toleransi yang rendah terhadap kekecewaan. Perubahan emosi yang selalunya berlaku secara tiba-tiba boleh menyukarkan individu untuk melakukan tugasan kerja dan menghalang mereka daripada membina hubungan yang efektif dan bermakna di tempat kerja. 

  • Hubungan Sosial yang Tersilap? – Pernahkah anda menjadi pusat perhatian di tempat kerja secara tidak sengaja? Individu dewasa dengan ADHD sering menyalah tafsir isyarat sosial (social cues) di tempat kerja yang boleh menyebabkan mereka salah faham akan interaksi yang sedang berlaku. Ketidakselarasan dan salah tafsiran ini boleh menyebabkan individu berada dalam situasi yang tegang di tempat kerja. Untuk mengenali dan memproses emosi dengan betul, individu perlu melakukan latihan yang berterusan untuk memahaminya – dan juga melibatkan rakan kerja yang dapat memahami situasi mereka. Peserta kajian mengenai ADHD dan isyarat sosial di tempat kerja menyatakan:
“Masalah utama saya…adalah mulut saya! Saya selalu bercakap mengenai perkara yang saya tidak sepatutnya bicarakan, atau bercakap di waktu yang salah. Ia terasa janggal…. Dan saya selalu rasa saya tidak fit,
  • Kekeliruan Fungsi Eksekutif (Executive Dysfunction)Defisit utama yang menyumbang kepada kekeliruan fungsi eksekutif ialah memori kerja (working memory) yang lemah di mana individu merasakan semua tugas adalah penting dan menyebabkan kesukaran dalam memilih tugas mana yang patut didahulukan. Selain itu, individu dengan ADHD mungkin mengalami apa yang dikenali sebagai ‘buta masa’ di tempat kerja, iaitu keadaan dimana mereka menjadikan ‘ekspektasi masa’ sebagai panduan, yang menyebabkan mereka kadang-kadang tidak mula melakukan tugasan dan melakukannya pada saat-saat akhir. Peserta kajian mengenai masalah fungsi eksekutif menyatakan:
“Sebab saya tahu…saya mempunyai kertas kerja yang penting adalah sebab kertas kerja tersebut diletakkan di dalam drawer yang saya kenali. Sebab itu sahaja! Saya adalah orang yang paling tidak teratur di tempat kerja!”
  • Imposter Syndrome: Individu dewasa dengan ADHD pastinya akan bergelut dengan perasaan bahawa dirinya tidak cukup atau tidak pantas untuk melakukan sesuatu tugas. Ini adalah salah satu bentuk kekurangan keyakinan diri. Menurut kajian, ditempat kerja individu dengan ADHD akan juga bergelut dengan jangkaan sosial daripada rakan sekerja dan penyelia. Ini menyebabkan mereka sering meragui diri sendiri disebabkan fungsi emosi yang tidak sama seperti orang lain. Satu peserta kajian mengenai masalah keyakinan diri menyatakan: 
“Saya selalu dibetulkan, setiap masa… oleh mak saya, oleh sekolah. Apabila saya sering dibetulkan bila saya melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan, ianya susah untuk saya. Lama-kelamaan, it became personal!

Kelesuan dari Membuat Keputusan: Eh satu je? Tak boleh pilih semua ke?

Kelesuan dari membuat keputusan merujuk kepada keadaan di mana seseorang merasa keletihan atau kehabisan tenaga akibat proses yang berpanjangan atau terlalu banyak membuat keputusan. Keadaan ini tidak cuma disebabkan oleh ketidakpastian; ia juga berkait rapat dengan isu pengawalan diri. Kelesuan dari membuat keputusan akan menjadi lebih teruk apabila individu tidak berupaya untuk mengurus emosi. Hal ini boleh menjadikan individu terumbang-ambing antara ingin menangguhkan kerja dan ingin membuat keputusan impulsif.

Pengawalan emosi memainkan peranan penting di sini. Seperti yang disarankan oleh seorang pengkaji, kesedaran emosi iaitu keupayaan untuk mengenal pasti, memahami, dan mengawal perasaan adalah sangat penting. Kesedaran emosi akan membantu mengurangkan kesukaran dalam proses membuat keputusan. Apabila individu dengan ADHD kekurangan kemahiran ini, ia boleh menjejaskan keyakinan diri mereka, meningkatkan tekanan, dan memberi kesan negatif terhadap interaksi di tempat kerja.

Antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi kelesuan membuat keputusan bagi individu dengan ADHD adalah:

  • Latihan Kesedaran Emosi – antara strategi yang digunakan oleh peserta dalam satu kajian ADHD untuk mengenali emosi sendiri adalah dengan menulis jurnal. Peserta mencatat perasaan apabila berdepan dengan situasi dimana dia harus membuat pilihan di tempat kerja dan mencatat emosi yang dirasakan pada waktu tersebut.
  • Penapis Keputusan – buat satu to-do-list secara rawak, tulis semua tugas yang perlu dilakukan. Kemudian, bahagikan setiap tugas kepada pecahan yang kecil. Di setiap pecahan tersebut, anda boleh letakkan tarikh. Seterusnya, label tugasan sama ada ianya penting, sangat penting atau mendesak. Dengan cara ini anda dapat membuat keputusan dengan efektif, ia bukan sekadar membantu anda membuat keputusan, tetapi anda juga akan lihat hasil daripada keputusan yang telah anda buat.
  • Kenali Pencetus Emosi – pencetus emosi merujuk kepada situasi yang mendorong reaksi emosi, menyebabkan individu dengan ADHD membuat keputusan yang salah atau bodoh. Sebagai contoh, terdapat peserta kajian ADHD yang telah bertindak mengikut emosi di tempat kerja dan telah membuat keputusan yang tidak profesional. Anda harus berhati-hati dengan situasi yang mungkin menyebabkan anda membuat keputusan yang kurang baik. Kenali apa yang mencetus reaksi emosi tersebut dan berikan diri anda masa untuk berfikir sebelum bertindak balas dalam situasi dengan tekanan yang tinggi. Salah satu peserta kajian ADHD memberitahu bagaimana beliau mengenali pencetus emosi:
“Saya sangat terkesan dengan manusia, dan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kalau saya lihat terdapat rakan sekerja yang suka mendengus ketika dia dalam keadaan tertekan atau kecewa, saya akan mula merasa tegang dan gelisah”

Pengawalan emosi dan membuat keputusan berjalan seiring. Apabila individu dengan ADHD sukar mengawal keadaan emosi mereka, kesukaran membuat keputusan menjadi semakin berat, yang membawa kepada tindakan impulsif atau penangguhan. Membangunkan kesedaran emosi melalui amalan konsisten boleh meringankan beban ini, meningkatkan produktiviti dan kesihatan emosi di tempat kerja.

Jadi Apakah Anda Sudah Tahu Masalah Emosi Anda?

Dengan membina kesedaran emosi, mempunyai strategi yang praktikal seperti menapis dahulu informasi sebelum membuat keputusan, dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif dengan budaya kerja yang menyokong, individu dengan ADHD boleh mengubah pengalaman tempat kerja mereka daripada sesuatu yang membebankan kepada sesuatu yang gembira. Regulasi kendiri bukan sahaja tentang mengawal impulsif atau emosi; ia adalah tentang mencipta ruang di mana kekuatan terserlah, keyakinan diri meningkat, dan hubungan profesional berkembang.

Ingat, tempat kerja boleh menjadi jaring keselamatan dan bukannya persekitaran yang menakutkan jika didekati dengan niat, empati, dan ketahanan. Bagi individu dewasa dengan ADHD, berjaya di tempat kerja dapat direalisasikan dengan mindset dan strategi yang betul. Perjalanan ini mungkin kompleks, tetapi setiap langkah membawa anda lebih dekat kepada kehidupan profesional yang memuaskan dan seimbang.

Jumpa kami di Minda Inklusif dan lihat bagaimana kami boleh membantu anda untuk memahami emosi yang anda alami di tempat kerja!

Rujukan:

  1. Barnett, Kristine Lynne, “ADHD and Self-Regulation in the Workplace” (2019). Walden Dissertations and Doctoral Studies. 6166. https://scholarworks.waldenu.edu/dissertations/6166
  2. Shaw, P., Stringaris, A., Nigg, J., & Leibenluft, E. (2014). Emotion dysregulation in attention deficit hyperactivity disorder. The American journal of psychiatry, 171(3), 276–293. https://doi.org/10.1176/appi.ajp.2013.13070966
  3. Skirrow, C., & Asherson, P. (2013). Emotional lability, comorbidity and impairment in adults with attention-deficit hyperactivity disorder. Journal of affective disorders, 147(1-3), 80–86. https://doi.org/10.1016/j.jad.2012.10.011
  4. Surman, C. B., Biederman, J., Spencer, T., Yorks, D., Miller, C. A., Petty, C. R., & Faraone, S. V. (2011). Deficient emotional self-regulation and adult attention deficit hyperactivity disorder: a family risk analysis. The American journal of psychiatry, 168(6), 617–623. https://doi.org/10.1176/appi.ajp.2010.10081172
  5. Wagner, D. D., & Heatherton, T. F. (2015). Self-regulation and its failure: The seven deadly threats to self-regulation. In M. Mikulincer, P. R. Shaver, E. Borgida, & J. A. Bargh (Eds.), APA handbook of personality and social psychology, Vol. 1. Attitudes and social cognition (pp. 805–842). American Psychological Association. https://doi.org/10.1037/14341-026

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.