“Sebab saya tahu…saya mempunyai kertas kerja yang penting adalah sebab kertas kerja tersebut diletakkan di dalam drawer yang saya kenali. Sebab itu sahaja! Saya adalah orang yang paling tidak teratur di tempat kerja!”
Peserta Kajian ADHD Tweet
Tempat kerja bagi individu dewasa dengan ADHD, ibarat sarkas; bising, sukar diuruskan. Tetapi, tempat kerja juga boleh menjadi satu bentuk jaring keselamatan sekiranya individu tahu bagaimana untuk mengawalnya.
Mari kita belajar bagaimana melakukan regulasi kendiri di tempat kerja sebagai individu dengan ADHD melalui entri kali ini!
Ketidakstabilan emosi ibarat menaiki roller coaster tanpa memakai tali pinggang keselamatan. Individu mungkin akan berasa sangat bersemangat (di peringkat tertinggi roller coaster) atau tiba-tiba berasa sangat kecewa (di peringkat terendah roller coaster). Sebagai contoh, rakan sekerja mengambil stapler anda tanpa kebenaran. Nampak macam perkara remeh, namun ini adalah realiti individu dewasa dengan ADHD di tempat kerja.
Kajian menunjukkan individu dewasa dengan ADHD sering mengalami reaksi emosi yang berlebihan, perubahan mood secara tiba-tiba, dan juga toleransi yang rendah terhadap kekecewaan. Perubahan emosi yang selalunya berlaku secara tiba-tiba boleh menyukarkan individu untuk melakukan tugasan kerja dan menghalang mereka daripada membina hubungan yang efektif dan bermakna di tempat kerja.
“Masalah utama saya…adalah mulut saya! Saya selalu bercakap mengenai perkara yang saya tidak sepatutnya bicarakan, atau bercakap di waktu yang salah. Ia terasa janggal…. Dan saya selalu rasa saya tidak fit,”
“Sebab saya tahu…saya mempunyai kertas kerja yang penting adalah sebab kertas kerja tersebut diletakkan di dalam drawer yang saya kenali. Sebab itu sahaja! Saya adalah orang yang paling tidak teratur di tempat kerja!”
“Saya selalu dibetulkan, setiap masa… oleh mak saya, oleh sekolah. Apabila saya sering dibetulkan bila saya melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan, ianya susah untuk saya. Lama-kelamaan, it became personal!”
Kelesuan dari membuat keputusan merujuk kepada keadaan di mana seseorang merasa keletihan atau kehabisan tenaga akibat proses yang berpanjangan atau terlalu banyak membuat keputusan. Keadaan ini tidak cuma disebabkan oleh ketidakpastian; ia juga berkait rapat dengan isu pengawalan diri. Kelesuan dari membuat keputusan akan menjadi lebih teruk apabila individu tidak berupaya untuk mengurus emosi. Hal ini boleh menjadikan individu terumbang-ambing antara ingin menangguhkan kerja dan ingin membuat keputusan impulsif.
Pengawalan emosi memainkan peranan penting di sini. Seperti yang disarankan oleh seorang pengkaji, kesedaran emosi iaitu keupayaan untuk mengenal pasti, memahami, dan mengawal perasaan adalah sangat penting. Kesedaran emosi akan membantu mengurangkan kesukaran dalam proses membuat keputusan. Apabila individu dengan ADHD kekurangan kemahiran ini, ia boleh menjejaskan keyakinan diri mereka, meningkatkan tekanan, dan memberi kesan negatif terhadap interaksi di tempat kerja.
Antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi kelesuan membuat keputusan bagi individu dengan ADHD adalah:
“Saya sangat terkesan dengan manusia, dan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kalau saya lihat terdapat rakan sekerja yang suka mendengus ketika dia dalam keadaan tertekan atau kecewa, saya akan mula merasa tegang dan gelisah”
Pengawalan emosi dan membuat keputusan berjalan seiring. Apabila individu dengan ADHD sukar mengawal keadaan emosi mereka, kesukaran membuat keputusan menjadi semakin berat, yang membawa kepada tindakan impulsif atau penangguhan. Membangunkan kesedaran emosi melalui amalan konsisten boleh meringankan beban ini, meningkatkan produktiviti dan kesihatan emosi di tempat kerja.
Dengan membina kesedaran emosi, mempunyai strategi yang praktikal seperti menapis dahulu informasi sebelum membuat keputusan, dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif dengan budaya kerja yang menyokong, individu dengan ADHD boleh mengubah pengalaman tempat kerja mereka daripada sesuatu yang membebankan kepada sesuatu yang gembira. Regulasi kendiri bukan sahaja tentang mengawal impulsif atau emosi; ia adalah tentang mencipta ruang di mana kekuatan terserlah, keyakinan diri meningkat, dan hubungan profesional berkembang.
Ingat, tempat kerja boleh menjadi jaring keselamatan dan bukannya persekitaran yang menakutkan jika didekati dengan niat, empati, dan ketahanan. Bagi individu dewasa dengan ADHD, berjaya di tempat kerja dapat direalisasikan dengan mindset dan strategi yang betul. Perjalanan ini mungkin kompleks, tetapi setiap langkah membawa anda lebih dekat kepada kehidupan profesional yang memuaskan dan seimbang.
Jumpa kami di Minda Inklusif dan lihat bagaimana kami boleh membantu anda untuk memahami emosi yang anda alami di tempat kerja!
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.