ADD atau ADHD? Mana Satu Yang Betul?

Bayangkan otak anda ibarat sebuah bandar yang maju; dipenuhi dengan cahaya bergemerlapan, aliran trafik yang lancar dan meriah serta hiruk pikuk aktiviti dan pergerakan pelbagai manusia. Bagi sesetengah orang, otak mereka merupakan sebuah metropolis terancang yang diatur dengan baik dimana setiap aliran pemikiran dan tindakan meluncur dengan lancar di sepanjang laluan yang betul dan mengikut peraturan jalanraya yang ditetapkan.

Haa bagi penghidap gangguan ADHD pula otak mereka ibarat sebuah bandar yang sedang sibuk dengan karnival yang bukan sahaja sesak, malah ia kacau bilau. Terdapat gangguan dan jalan pintas di setiap sudut, serta perarakan pemikiran yang muncul tiba-tiba.

Dua situasi di atas menggambarkan pengalaman yang berbeza dalam keadaan yang sama—iaitu gangguan atau kondisi yang biasa kita dengar dinamakan sebagai ADD dan ADHD. Sejak dari awal kemunculan ADD/ADHD, nama gangguan ini telah banyak berubah. Maka, tak hairanlah jika ia boleh menyebabkan kekeliruan. Adakah kedua istilah ini merujuk kepada kondisi yang sama, atau adakah terdapat perbezaan di antara keduanya?

Dalam artikel ini, kami akan meneroka evolusi istilah-istilah ini dan menjelaskan maksudnya.

Mengapa terdapat dua istilah?

Penerbitan DSM-III (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Ketiga) sekitar 1980-an oleh American Psychological Association (APA) merupakan jejak penting bagi memahami perbezaan penggunaan awal istilah Attention Deficit Disorder (ADD) dan kemudiannya Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Pada awalnya, ciri-ciri hiperaktif tidak di termasuk sebagai salah satu ciri tetap bagi ADD.

Apakah ciri-ciri ADD?

ADD sebagai sebuah diagnosis digunakan untuk menggambarkan individu yang menunjukkan masalah dalam memberi perhatian dan tumpuan tetapi individu ini tidak semestinya menunjukkan hiperaktiviti yang ketara.

Ini adalah ciri-ciri ADD:

  • Kekurangan perhatian: Individu dengan ADD sering mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, mengatur tugas dan mengikuti arahan. Mereka mungkin mudah terganggu, pelupa dan cenderung melakukan kecuaian.
  • Impulsif: Impulsiviti melibatkan sikap kesukaran menunggu giliran, kelakuan gemar mengganggu orang lain dan membuat keputusan terburu-buru tanpa mempertimbangkan akibat.
  • Ketiadaan hiperaktiviti: Ciri utama ADD yang membezakan ia dengan ADHD adalah kekurangan hiperaktiviti yang ketara. Individu yang menerima diagnosis ADD tidak menunjukkan pergerakan yang berlebihan, gelisah, atau keperluan untuk sentiasa bergerak yang merupakan cabang hiperaktif ADHD.

Mengapakah ciri hiperaktiviti tidak termasuk pada asalnya?

Ketika ADD pertama kali digambarkan, fokus utama adalah pada simptom kekurangan perhatian dan bukan pada hiperaktiviti. Pemahaman mengenai ADHD sebagai sebuah spektrum yang memasukkan kedua-dua gejala gangguan perhatian dan hiperaktiviti belum sepenuhnya berkembang.

Jadi, dalam kerangka diagnostik yang awal, hiperaktiviti dianggap sebagai isu yang berasingan atau sekunder yang tidak semestinya hadir dalam semua kes kekurangan perhatian.

Bagaimana pula ciri-ciri ADHD?

Dengan perkembangan penyelidikan, hiperaktiviti dan impulsiviti didapati boleh bergabung dan dikenalpasti seiring dengan simptom kekurangan perhatian. Pemerhatian ini membawa kepada kategori diagnostik yang lebih luas dan inklusif bagi ADD yang menyumbang kepada penambahan huruf H bagi hiperaktiviti iaitu dari Attention Deficit Disorder kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder.

Pada tahun 1987, secara rasminya APA menukar nama ADD kepada ADHD. Setelah itu, terdapat 2 subjenis atau spektrum bagi ADHD iaitu kekurangan perhatian dan impulsiviti-hiperaktiviti tetapi ia kekal dibawah kerangka gangguan ADHD.

Berikut adalah ciri-ciri ADHD:

  • Spektrum kekurangan perhatian: Gejalanya termasuk kesukaran untuk memberi perhatian kepada butiran lanjut (attention to details), kesukaran menumpukan perhatian dan gangguan fokus ditengah-tengah perbualan. Individu di bawah spektrum ini mungkin mengalami masalah untuk menyiapkan tugas, mengatur dan menguruskan masa, serta sering mengelak daripada melaksanakan tugas yang memerlukan tumpuan. Mereka mungkin kerap kehilangan barang, perhatian mudah terganggu dan pelupa.
  • Spektrum hiperaktif-impulsif: Gejalanya dicirikan oleh kesukaran untuk duduk diam iaitu gelisah dan kecenderungan untuk sering menggerakkan badan. Selain itu, individu yang menghadapi spektrum ini sukar untuk berdiam diri. Mereka mungkin gemar bercakap berlebihan, menghadapi masalah untuk mendengar, menghadapi kesukaran menunggu giliran dan sering mencelah dalam perbualan.

Bolehkah ADD digunapakai pada masa kini?

Kini, istilah ADD dianggap sudah lapuk atau tidak dapat digunapakai sejak pengenalan istilah ADHD pada tahun 1987. Ini kerana, pencirian lama ADHD menurut definisi ADD tidak mencakupi kesuluruhan kriteria moden dalam ciri-ciri diagnostik ADHD.

Dalam semakan DSM pada tahun 1987 (DSM-III-R), istilah ADHD diperkenalkan untuk mencerminkan pemahaman yang lebih komprehensif mengenai gangguan ini bagi merangkumi kedua-dua gejala kekurangan perhatian dan hiperaktiviti-impulsiviti. Semakan ini mengiktiraf bahawa gejala-gejala ini sering kali saling bertindih dan boleh berbeza tahap bagi setiap individu.

Jadi, sebelum tahun 1980, seseorang boleh didiagnos dengan ADD sama ada ADD tanpa hiperaktiviti atau ADD berserta hiperaktiviti. Oleh kerana pada tahun 1987 ADD telah diubah untuk merangkumi hiperaktiviti, sejak awal 90-an, individu yang sama kini akan menerima diagnosis ADHD pula.

Di Minda Inklusif, kami terdiri daripada pasukan psikologis klinikal berdaftar yang boleh membantu melakukan penilaian dan intervensi bagi ADHD dewasa.

Sekiranya anda mendapati anda menghadapi gejala-gejala yang disenarai di atas, anda boleh dapatkan konsultasi bersama psikologis klinikal kami atau hubungi kami di sini!

Rujukan:

  1. Child Mind Institute. (March 3, 2023). What is the difference between ADD and ADHD? Diperoleh pada 13 Ogos 2024, daripada childmind.org
  2. ADHD Centre. (October 19, 2023). Understanding the difference between ADD and ADHD. Diperoleh pada 13 Ogos 2024, daripada adhdcentre.co.uk
  3. Healthline. (October 28, 2021). History of ADHD. Diperoleh pada 13 Ogos 2024, daripada healthline.com

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

× Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday