Tip Mengatasi “Time Blindness”

“Time blindness” atau kesukaran dalam mengurus dan mengesan perjalanan masa dengan tepat adalah cabaran yang sering dihadapi oleh individu dengan ADHD dan individu neurodivergen. Perlu difahami bahawa “time blindness” bukanlah satu diagnosis perubatan, tetapi lebih kepada kesukaran dalam mengurus dan memahami tugas yang melibatkan masa.

Berikut adalah tip untuk mengatasi time blindness dan meningkatkan pengurusan masa anda:

Visualisasikan Masa Anda

  1. Gunakan jam analog – jam analog memberikan gambaran visual yang jelas mengenai berapa banyak masa telah berlalu, serta membantu anda menyedari berapa banyak masa yang tinggal untuk menyiapkan tugasan. Ini boleh memudahkan anda mengurus masa dengan lebih berkesan.
  2. Blok Masa – Gunakan jadual atau kalendar (secara fizikal atau online) untuk merancang aktiviti anda. Anda juga boleh menggunakan kod warna untuk membezakan peruntukan masa bagi setiap aktiviti. Antara aplikasi yang berguna untuk ini termasuk Forest, Google Calendar, dan Yeolpumta.
  3. Gunakan Penggera Masa – Tetapkan penggera masa untuk setiap aktiviti supaya anda sentiasa peka tentang had masa yang ada. Ini akan membantu anda beralih ke tugasan seterusnya dengan lebih efisien.

 

Pecahkan Tugasan kepada Bahagian Kecil

  1. Bekerja dalam selang 25 minit – gunakan teknik Pomodoro (25 minit bekerja dan 5 minit berehat) bagi membantu anda mengekalkan fokus dan kesedaran masa. Teknik ini juga berkesan apabila digabungkan dengan teknik blok masa. Ini akan memberikan struktur yang jelas kepada waktu kerja anda.
  2. Micro-steps – pecah tugasan kepada bahagian-bahagian kecil (contohnya, 5 bahagian atau lebih, bergantung kepada tahap kesukaran tugas). Tentukan anggaran masa untuk setiap pecahan tugas bagi menyelesaikan tugas dengan lebih teratur dan mengelakkan rasa terbeban.

 

Dapatkan Sokongan orang Sekeliling

  1. Rakan akauntabiliti – Kongsi matlamat anda untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan individu yang boleh mengingatkan anda, serta memastikan anda berada di landasan yang betul untuk menyiapkan tugasan tersebut.
  2. Sesi kerja bersama (body doubling) – Jadualkan sesi kerja bersama dengan rakan atau rakan sekerja untuk fokus pada satu tugasan. Teknik ini membantu anda kekal fokus kepada tugasan tersebut, meningkatkan kesedaran masa dan mengurangkan gangguan.

 

Mengatasi cabaran time blindness memerlukan kesabaran dan strategi yang sesuai berdasarkan keperluan individu. Dengan memvisualisasikan masa, memecahkan tugasan kepada bahagian yang lebih kecil dan mendapatkan sokongan orang sekeliling, anda boleh membina tabiat yang dapat meningkatkan produktiviti serta kesedaran terhadap masa. Ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan yang berkait dengan pengurusan masa. Teruslah memperbaiki pendekatan yang anda ambil untuk mengatasi time blindness, sambil belajar untuk menyesuaikan teknik yang paling sesuai untuk diri anda.

Rujukan:

  1. What is Time Blindness | Headline
  2. ADHD Time Blindness: How to Detect It & Regain Control Over Time | Attention Deficit Disorder Association

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.