Adakah anda pernah duduk depan skrin laptop kosong sampai pukul 2 pagi, tahu apa yang perlu dibuat, tetapi entah mengapa anda masih scroll TikTok? Entri minggu ini khas untuk anda yang dahulunya dikenali sebagai ‘budak lelaki pintar dan petah’ tetapi anda rasa macam gagal apabila sudah masuk universiti. Jika orang sekeliling asyik kata anda pemalas, tak berusaha, atau anda kena lebih berdisiplin – ingatlah, masalahnya bukan pada anda sahaja.
Bagi lelaki dewasa yang hidup dengan ADHD, universiti ialah laluan berhalangan yang direka oleh otak neurotipikal untuk otak neurotipikal. Ramai pelajar lelaki tidak mempunyai diagnosis ADHD atau mendapatkannya lewat. Walaupun bijak, mereka sering mengalami kesukaran untuk kekal fokus, mengurus emosi, dan menyusun masa sebagai pelajar universiti. Ini kerana fungsi eksekutif otak mereka berbeza dan sistem pendidikan tidak selalunya sesuai.
Reminder: Tidak ada yang salah dengan otak anda. Anda hanya perlukan alat, sistem dan sokongan yang betul untuk terus berkembang dalam pembelajaran.
Anda berjaya masuk ke universiti. Yay! Mungkin anda juga sampai ke peringkat siswazah. Double yay! Ini bukanlah perkara yang kecil, ianya adalah kemenangan besar yang patut diraikan. Kajian analysis meta mengenai ADHD dan pencapaian menyatakan bahawa jika anda sudah sampai ke tahap ini (universiti), ia bermakna anda mungkin sudah mempunyai kemahiran kompensasi, strategi tertentu atau pernah mencapai kejayaan akademik semasa di bangku sekolah.
Bila kita sudah masuk ke alam universiti – beberapa faktor yang membolehkan individu untuk berjaya dalam akademik mungkin akan berkurangan seperti:
Jangkaan terhadap diri sendiri meningkat secara mendadak kerana persekitaran yang lebih kompetitif.
Disebabkan faktor ini, individu ADHD di alam universiti mungkin akan:
Mempunyai risiko keciciran akademik yang jauh lebih tinggi berbanding rakan sekelas neurotipikal.
Kajian mengenai pelajar universiti ADHD menunjukkan hanya 5% sahaja berjaya menamatkan pengajian berbanding 41% pelajar universiti neurotipikal. Statistik mengenai masalah akademik individu ADHD bukan lagi mengenai kecerdasan – ianya lebih kepada persekitaran dan sokongan.
Seperti yang kita ketahui melalui entri sebelum ini, ADHD adalah gangguan pada fungsi eksekutif dan bukan masalah kecerdasan. Individu ADHD tahu apa yang perlu dilakukan, cuma mereka sukar melakukannya secara konsisten.
Ini bermakna, bagi pelajar universiti ADHD, mereka mengalami gangguan dalam keupayaan mengawal diri (self-regulation), seperti:
Sukar mengawal emosi – seperti tiba-tiba tiada mood untuk menulis tesis.
Kesan yang paling ketara dalam kalangan pelajar adalah terhadap pengurusan masa. Otak individu ADHD akan mengalami time blindness di mana mereka mungkin mengabaikan masa atau tidak dapat mengesan masa dengan tepat. Pelajar ADHD mungkin tahu tarikh akhir menghantar tugasan semakin hampir, tetapi hanya menganggap tugasan itu penting sehari sebelum tarikh akhir.
Bagi lelaki dewasa ADHD yang sedang belajar di universiti, gangguan sistem eksekutif boleh kelihatan seperti:
Mudah teralih perhatian semasa kuliah, dan terlepas maklumat penting untuk peperiksaan.
Sindrom time-blindness bukan sekadar mengabaikan masa. Individu benar-benar tidak dapat merasainya.
Adakah individu lelaki dewasa ADHD tidak mempunyai sebarang aspek positif yang boleh dibanggakan? Sudah semestinya tidak! Dalam konteks akademik terutamanya:
Kelebihan Spatial – bagi individu yang sering menghadapi gangguan spesifik dalam membaca, kajian menunjukkan mereka mempunyai prestasi lebih baik dalam tugasan yang memerlukan pemprosesan spatial, contohnya dalam bidang radiologi dan astronomi.
Kita jarang mendengar kelebihan ini diraikan bagi individu dewasa lelaki ADHD. Mengapakah demikian? Kajian mengenai ADHD menunjukkan bahawa ketidakupayaan (disability) dan kejayaan akademik, terutamanya dalam bidang STEM yang sangat teknikal, sering dilihat sebagai dua perkara yang bertentangan.
Pembelajaran aktif menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran lebih menarik seperti kerja berkumpulan, soal jawab secara langsung, aktiviti praktikal dalam kelas, dan kaedah ‘kelas terbalik’ (flipped classroom). Apakah sisi positif pembelajaran aktif bagi individu dewasa ADHD?
Flipped Classroom – menyediakan bahan kuliah (bahan bacaan) melalui video atau slaid untuk digunakan dalam perbincangan kelas. Ini membolehkan pelajar ADHD lebih bersedia dan aktif menyertai kelas.
Namun, sesi pembelajaran aktif perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dengan betul. Beberapa faktor seperti tahap penyertaan pelajar dalam kelas boleh menyebabkan pelaksanaan tidak mencapai jangkaan dan mungkin memburukkan keadaan.
Persekitaran pembelajaran bukanlah sekadar tentang pencahayaan, suhu bilik, atau susun atur ruang, tetapi juga merangkumi iklim emosi individu di dalam kelas. Persekitaran pembelajaran yang direka dengan baik dapat bertindak sebagai ‘alat prostetik’ kepada fungsi eksekutif. Secara ringkasnya, dapat menggantikan proses yang sukar dilakukan oleh otak individu.
Menurut beberapa kajian ADHD dalam kalangan pelajar dewasa, individu melaporkan pembelajaran mereka bertambah baik apabila:
Memahami bagaimana kursus universiti yang berbeza memberi kesan kepada keperluan pembelajaran.
Anda melihat dunia dengan cara yang unik dan dapat mengenal pasti hubungan yang sukar dilihat oleh individu lain. Anda mempunyai pandangan yang mendalam serta kreativiti yang luar biasa. Anda tidak kurang keupayaan, tetapi hanya memerlukan akses kepada sistem yang lebih memahami dan menyokong otak ADHD anda.
Seperti institusi lain, universiti dibina untuk satu jenis pembelajaran sahaja. Sistem pembelajaran menganggap semua pelajar mampu fokus selama 90 minit tanpa gangguan, mengurus masa tanpa bantuan, dan tahu bila serta bagaimana untuk mendapatkan sokongan.
Anda berhak merasa layak berada dalam dunia akademik. Anda juga berhak mencari cara pembelajaran yang lebih berkesan. Anda berhak untuk berjaya dengan sokongan, bukan dengan penghakiman sosial.
Percayalah – anda mampu melakukannya.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.