Bayangkan sebuah kelas di sekolah menengah. Semasa aktiviti kumpulan, Amir, pelajar berumur 14 tahun dengan ADHD, tanpa sengaja mencelah rakan-rakannya buat kali ketiga. Dia tidak berniat begitu; idea datang lebih cepat daripada kebolehannya menahan diri. Cikgu berhenti seketika memerhati kumpulan Amir. Suasana menjadi tegang, dan senyuman ceria Amir perlahan-lahan berubah menjadi senyuman malu dan bersalah.

Di sudut kelas, Sara, seorang pelajar autistik, melakar bentuk geometri di kertasnya tanpa menyertai perbincangan kumpulan. Rakan-rakannya menyangka dia tidak berminat. Mereka tidak tahu, lakaran itulah sebenarnya nota visual keseluruhan perbincangan kumpulan, yang akhirnya membantu mereka memenangi pertandingan bulan Matematik.
Dua minda neurodivergen. Dua situasi yang membuka persoalan besar dalam pendidikan; inklusiviti untuk pelajar ADHD dan autisme (ASD) di sekolah masih jauh daripada ideal.
Minggu ini, blog Minda Inklusif mengajak anda memahami apa sebanarnya maksud inklusiviti bagi pelajar ADHD dan autisme.
Bagi pelajar dengan ADHD, fokus yang mudah teralih, impulsiviti, dan struktur kelas yang terlalu kaku menjadi cabaran dalam kehidupan seharian (Barkley, 2016; DuPaul & Stoner, 2014). Manakala, bagi pelajar autistik, rangsangan sensori, perubahan mendadak, dan interaksi sosial yang tidak selalu jelas boleh menyebabkan keletihan yang dalam.
Namun, banyak sistem pendidikan masih berpegang pada pendekatan “satu acuan untuk semua”, seolah-olah semua pelajar belajar dan berfikir dengan cara yang sama.
“Inklusiviti” bukan sekadar membenarkan pelajar ADHD atau autistik berada dalam kelas yang sama. Ia tentang memastikan mereka berkembang dan terlibat sama seperti pelajar lain.
Inklusiviti adalah sebuah bentuk penyertaan aktif dan bermakna. Bagi pelajar neurodivergen ini bermaksud bukan sekadar kehadiran fizikal tetapi penyertaan bilik darjah. Pendidikan inklusif bermakna bilik darjah direka untuk menghargai kepelbagaian kognitif, pelajar rasa dihargai dan mampu berhubung dengan komuniti bilik darjah.
Sistem pelajaran kita masih lagi bergelut dengan inklusiviti bilik darjah. Kerana sistem kita sentiasa memuji struktur, pelajar yang akur dan teratur, ini secara tidak sengaja menolak pelajar yang berfikir dan bertindak dengan cara berbeza. Akibatnya? Pelajar mengalami pengasingan sosial, motivasi ke sekolah merosot, dan kitaran kegagalan akademik berulang.
Cabaran pelajar neurodivergen di sekolah dan bilik darjah bukan sekadar cabaran akademik. Emosi juga terlibat. ADHD dan autisme mempengaruhi cara pelajar merasai rasa diterima dalam kalangan rakan sebaya. Dan dalam penyelidikan psikologi, rasa “belonginess” ini merupakan faktor terhadap motivasi, harga diri, dan kejayaan masa depan. Kerana itu, akses kepada pendidikan tanpa rasa belonginess masih meninggalkan kesan kepada pelajar neurodivergen.

Persoalannya, bagaimana kita menyemaikan penerimaan dan inklusiviti ini?
Penyelidikan psikologi menunjukkan bahawa persekitaran jauh lebih penting daripada diagnosis individu. Dalam pelbagai kajian kelas di seluruh dunia, pelajar ADHD dan autistik menunjukkan kemajuan besar apabila struktur, pergerakan, dan sokongan sosial digabungkan dalam proses pembelajaran. Di sinilah kisahnya berubah menjadi harapan.
Antara beberapa dapatan kajian tentang persekitaran pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan ADHD dan autistik untuk meningkatkan kemahiran sosial serta pengawalan emosi adalah:
boleh mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk berinteraksi secara aktif.
Seorang guru berkata melalui kajian ADHD mengenai pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal:
“Pelajar ADHD kelihatan lebih terlibat dan mula berinteraksi lebih baik dengan rakan sekelas. Ada yang dulunya menyendiri kini jadi ketua kumpulan.”
Walau bagaimanapun perlu kita fahami, kesan ini boleh berbeza mengikut peringkat umur. Pelajar di sekolah rendah biasanya mendapat manfaat daripada kawalan persekitaran oleh guru, manakala pelajar sekolah menengah perlu berdikari dan mungkin lebih sukar untuk mereka mengurus perhatian dan mengatur diri.
Justeru itu, pendidikan teknikal dan jasmani berstruktur yang menekankan kerjasama dan refleksi mampu membuka ruang inklusiviti bilik darjah.
Sikap dan latihan guru tentang pendidikan inklusif menentukan pembelajaran yang inklusif dan aktif bagi pelajar neurodivergen. Kajian ADHD menunjukkan kepercayaan guru terhadap ADHD mempengaruhi hasil akademik pelajar. Namun, salah faham dalam kalangan guru masih wujud. Contohnya ramai masih beranggap bahawa ADHD berpunca daripada “kurang disiplin” atau “didikan yang lemah”.
Guru yang memahami pelajar neurodivergen akan mengubah pemikiran dan percakapan daripada “Kenapa kamu tak boleh duduk diam?” kepada “Apa yang boleh bantu kamu fokus dengan lebih baik?”
Seorang guru melalui kajian ADHD menyatakan dengan jujur:
“Saya sedar, ia bukan tentang membetulkan mereka, tapi membetulkan sistem di sekeliling mereka.”
Empat tema utama muncul daripada temu bual guru melalui kajian ADHD yang boleh membantu untuk memahami bagaimana pendidikan inklusif boleh berjaya di bilik darjah:
– Aktiviti refleksi yang melibatkan keluarga untuk guru memproses pengalaman, emosi, dan penambahbaikan yang boleh membantu pelajar. Selain itu, aktiviti refleksi boleh dilakukan bersama pelajar untuk membantu pelajar memahami kemajuan dan menekankan tentang kesedaran serta motivasi kendiri.
Selain itu, untuk memperkukuhkan pendidikan inklusif, terdapat beberapa strategi yang boleh diterapkan dalam bilik darjah termasuk:
Menyediakan peringatan masa sebelum peralihan aktiviti.
Intervensi-mikro dalam bilih darjah boleh meningkatkan kebolehramalan (predictability), satu elemen penting untuk murid Autistik, ADHD, dan AuDHD untuk meregulasi emosi.
Disebabkan itu, pendidikan inklusif adalah sebuah proses yang berterusan. Guru yang menjadi jambatan kepada pendidikan inklusif supaya komuniti boleh meraikan pelajar ADHD yang belajar sambil berjalan ke belakang kelas. Dan memahami bahawa pelajar autistik tidak menatap mata ketika berbual tapi mendengar dengan mendalam.
Apabila pendidikan inklusif benar-benar berlaku, bilik darjah boleh menjadi sebuah dunia mini yang kita impikan. Dunia di mana setiap suara dihargai dan setiap minda dianggap berharga.
Melabur dalam pendidikan inklusif mampu meningkatkan akses kepada pembelajaran dan membina masyarakat yang lebih sihat serta memahami.
Apabila pendidikan memahami neurodiversiti, mereka bukan sekadar mengajar dengan cara berbeza, mereka mengajar dengan cara yang lebih baik dan inklusif.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.