Jika anda hidup dengan ADHD dewasa, anda mungkin kenal dengan corak ini: penuh idea hebat, impian besar, dan tenaga untuk melakukan banyak perkara, tetapi entah bagaimana, perjalanan selalu tersangkut di tengah jalan. Tugas tertangguh, komitmen terbatal, atau anda akhirnya menarik diri kerana rasa terlalu tertekan.
Corak ini bukan tanda malas atau lemah. Ia adalah cara otak ADHD berfungsi, sering “mengubah skrip” secara tiba-tiba, membuatkan anda terikat dalam kitaran yang kucar-kacir. Berita baiknya; corak ini boleh difahami dan diurus. Dengan mengenali tanda-tanda awal, anda boleh mula menulis skrip hidup yang lebih seimbang.
Kadang-kadang, sabotaj diri berlaku tanpa disedari. Antara tanda biasa:
Sukar meminta tolong – walaupun anda telah mencuba beberapa cara dan hadapi kegagalan, anda masih lagi tidak mahu minta tolong orang lain yang mungkin lebih arif tentang masalah anda.
Jika anda nampak diri anda dalam corak ini, ketahuilah, ia bukan kelemahan peribadi. Otak ADHD hanya berfungsi dengan cara yang berbeza, dan corak ini boleh diurus.
ADHD membawa corak pemikiran dan tingkah laku tertentu yang boleh menghalang matlamat jangka panjang. Antaranya:
Mengurus ADHD bukan tentang “mengawal” sepenuhnya, tetapi tentang bekerjasama dengan otak anda. Beberapa strategi yang boleh membantu anda:
Lepaskan emosi anda – jangan pendam emosi negatif anda terlalu lama. Menangis, meluahkan atau melepaskan marah dengan cara yang terkawal boleh mencegah letupan emosi yang besar.
Selain itu, sekiranya otak ADHD anda mengalami overload anda mungkin akan berada dalam kesedihan yang mendalam. Berikut adalah sokongan yang berguna untuk diri anda sebagai dewasa ADHD:
Gunakan bantuan logistik – sediakan pakaian lebih awal, isi minyak kereta sebelum habis, atau gunakan struktur kecil yang konsisten dalam hidup.
Hidup kita ini bagaikan laut. Kadang tenang, kadang ada ribut, kadang-kadang kita akan dilanda badai ombak pada waktu yang tidak dijangka. Penting untuk kita sediakan sokongan kepada diri sendiri sebagai ADHD dewasa supaya otak kita tidak akan mensabotaj diri kita.
Sabotaj diridiri sendiri bukanlah identiti diri anda sebagai seorang individu dengan ADHD. Ia juga sudah semestinya tidak mencerminkan siapa anda sebagai seorang individu. Ia adalah sebuah corak yang terbentuk daripada caraotak ADHD berfungsi. Dengan strategi yang sesuai dan sokongan berterusan, anda boleh hentikan kitaran ini.. Ini masa untuk memulakan fun race yang selari dengan cara otak ADHD anda berfungsi.
Hidup dengan ADHD ibarat berada di lautan: ada ombak tenang, ada badai mengejut. Kuncinya bukan melawan arus, tetapi belajar menunggang ombak. Di situlah anda akan menemui rentak unik dan kehidupan yang lebih bermakna.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.