Ada satu perkara penting tentang unmasking yang jarang ditekankan: kita tak belajar untuk menjadi diri sendiri secara bersendirian. Kita belajar mengenali diri melalui kehadiran individu lain yang menyambut dan menerima kita, tanpa keinginan untuk membetulkan atau mengubah siapa diri kita sebenarnya.
Dalam kehidupan individu dengan ADHD, ada segelintir yang bernasib baik kerana mempunyai ibubapa, adik-beradik atau ahli keluarga yang benar-benar memahami. Kehadiran mereka memberi ruang untuk anda hadir sebagai diri sendiri, tanpa perlu berpura-pura. Namun, ada juga yang tidak mempunyai kelebihan ini. Apabila tiada individu yang memahami, masking sering menjadi cara untuk bertahan.
Sebab itulah, mempunyai individu yang memberi ruang untuk anda menjadi diri sendiri adalah sangat penting. Kehadiran mereka boleh menjadi asas yang menyokong proses unmasking.
Sebelum ini, Minda Inklusif telah mengupas jenis-jenis ADHD masking dan beberapa tip berkaitan masking. Minggu ini, mari kita fokus kepada satu soalan yang lebih halus: bagaimana untuk melakukan unmasking secara selamat.
Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ruang selamat selalunya tidak muncul secara tiba-tiba. Ia sering wujud melalui kehadiran beberapa individu dalam kehidupan seharian kita. Individu ini boleh dianggap sebagai ‘orang yang selamat’ dan biasanya mereka lebih mudah dikenali daripada yang kita sangka.
Mereka selalunya:
Tidak menganggap anda pelik apabila anda terlalu teruja atau tiba-tiba menjadi senyap.
Melalui individu-individu inilah, ruang selamat mula terbentuk.
Unmasking jarang menjadi isu besar apabila anda berada dalam ruang yang selamat. Ruang ini tidak memerlukan lakonan, dan tiada siapa yang perlu berpura-pura. Kadangkala, ruang ini juga dirasai melalui tindak balas fizikal apabila anda mula berasa selesa.
Apabila anda berasa selasa, anda mungkin mengalami sensasi seperti:
Menghempaskan badan ke atas katil yang terasa “menyambut” anda di penghujung hari.
Tindak balas fizikal ini adalah isyarat badan dan otak anda bahawa beban kognitif akhirnya dilepaskan. Anda selamat untuk berehat. Ia juga menjadi petanda bahawa anda boleh hadir sebagai diri sendiri di ruang itu, tanpa perlu menapis emosi atau perkataan ketika berinteraksi.
Rasa selamat ketika unmasking sangat penting kerana ia boleh mengubah cara anda memahami diri sendiri, dan bagaimana anda hadir secara lebih tulen dalam hubungan dengan individu lain.
Perkara ini jarang disebut, tetapi penting untuk difahami: anda tidak wajib untuk unmask.
Jika anda masih belum menemui ruang selamat, sama ada di rumah, di tempat kerja atau persekitaran sosial, masking bukan tanda kegagalan atau kelemahan. Ia adalah cara otak ADHD anda melindungi diri dan memastikan anda boleh terus berfungsi dalam persekitaran yang dirasakan sebagai tidak selamat.
Namun, jika anda memilih dan bersedia untuk unmask, fahami bahawa proses ini bermula daripada diri anda sendiri. Tiada siapa yang boleh memulakanya atau melakukannya bagi pihak anda.
Ia memerlukan anda untuk:
Melihat keperluan diri sebagai sah dan penting, bukan menyusahkan
Jika anda tidak mempercayai bahawa anda layak untuk dilihat dan didengari, sukar untuk membenarkan orang lain mendekati, dan memahami anda. Walaupun ada individu yang cuba menyayangi anda, ia menjadi lebih sukar apabila kepercayaan tidak bermula daripada diri sendiri.
Panduan berikut ditujukan untuk anda yang telah memilih untuk unmask dan sudah mengenal pasti ruang selamat dalam hidup anda.
Kenal pasti di mana anda berasa selamat, dan di mana anda sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Tanya diri anda:
Sebelum berkongsi atau unmask dengan lebih terbuka, nilai risiko mengikut situasi. Tanya diri anda:
Unmasking tidak bermaksud anda perlu mendedahkan segalanya. Anda berhak memilih apa yang ingin dikongsi, contohnya:
Unmasking ialah langkah pertama, bukan penyelesaian sepenuhnya kepada ADHD.
Ia adalah proses menyelaraskan kehidupan dengan realiti diri, dilakukan secara berperingkat dan berasaskan keselamatan. Proses ini membantu anda berhenti mengekalkan tingkah laku yang menghakis diri sendiri, dan mula membina cara hidup yang menyokong fungsi sebenar otak ADHD anda.
Anda tidak perlu unmask dengan semua orang.
Dan anda tidak perlu unmask untuk membuktikan apa-apa.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik atau AuDHD, Minda Inklusif sedia membantu. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
Book your appointment with our certified therapists now.
Sharing neurodiversity topics, mental health inspiration, treatment guides and more!