Masking ialah satu bentuk strategi survival, kita belajar menyesuaikan cara bercakap, bergerak, atau be present supaya orang lain tidak perasan atau menghakimi ciri-ciri ADHD kita.
Namun, strategi ini ada harganya. Lama-kelamaan, masking boleh membawa kepada keletihan emosi, rasa kehilangan identiti dan burnout.
Ikuti blog Minda Inklusif minggu ini, di mana kami himpunkan tip praktikal untuk setiap jenis masking, sosial, tingkah laku, emosi, identiti, dan kognitif yang boleh dicuba oleh ADHDers.
Social masking ialah “persembahan” yang kita lakukan untuk blend in dalam perbualan, mesyuarat, atau casual talk supaya kita tidak nampak pelik atau “out of place”. Anda boleh cuba:
Jadualkan “quiet day” mingguan atau separuh hari untuk pulih selepas minggu sosial yang intensif.
Behavioral masking ialah menyembunyikan stim, fidget, keperluan untuk bergerak, atau cabaran fungsi eksekutif supaya kelihatan lebih “tersusun”. Anda boleh cuba:
Gunakan zon low-stim, noise-cancelling headphones, atau status “do not disturb” bila perlu.
Emotional masking berlaku apabila kita menyimpan emosi besar supaya tidak dilabel “terlalu over” atau “dramatic”. Anda boleh cuba:
Reframe rasa malu atau bersalah. Anggap social slip sebagai data untuk difahami bukan kegagalan moral.
Identity masking ialah menyembunyikan sebahagian daripada diri anda seperti budaya, jantina, atau status neurodivergen demi keselamatan. Anda boleh cuba:
Cari ruang atau organisasi yang lebih selari dengan anda identiti anda dan cara otak ADHD anda berfungsi.
Cognitive masking ialah berpura-pura faham, menyembunyikan zoning out, atau overcompensate dengan bekerja secara berlebihan. Anda boleh cuba:
Masking bukan satu kesalahan moral. Bagi individu ADHD, ia selalunya perlu untuk terus berfungsi dan survive sebagai seorang orang dewasa.
Matlamatnya bukan untuk berhenti masking sepenuhnya, tetapi untuk mengurangkan beban masking supaya hidup terasa lebih ringan dan lebih selari dengan diri sebenar anda.
Jika anda ingin memahami corak masking anda dengan lebih mendalam atau belajar unmask secara selamat, nantikan maklumat lanjut daripada Minda Inklusif mengenai workshop kami pada akhir bulan Januari 2026.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.