‘Muka ADHD’ yang Banyak: Bagaimana Kita Hide, Adapt, dan Melindungi Diri Sendiri

“Eh cuba duduk diam.”

Kalau anda hidup dengan ADHD, besar kemungkinan anda pernah melakukan masking, kadangkala tanpa anda sedar. Masking berlaku bila anda ubah cara bercakap, bertindak, atau berperasaan untuk “blend in,” mengurangkan risiko dinilai atau disalah faham, dan kelihatan lebih “acceptable” dalam kelompok anda.

Bagi ramai individu dengan ADHD, masking bermula sejak kecil. Lama-lama ia menjadi automatik sampai kita tidak sedar pun kita sedang melakukannya. Masking boleh berlaku secara sengaja atau tidak, dan kadangkala ia terbentuk sebagai strategi survival sehingga terasa seperti “inilah diri aku.”

Jadi, kenapa kita mask? Selalunya… untuk kelihatan ‘functional’.

Dalam minggu ini bersama Minda Inklusif, mari kite kenali lima jenis masking yang sering muncul dalam ADHD: Social, Emotional, Behavioral, Identity, dan Cognitive Masking.

#1 Social Masking: ‘Bertindak Seperti Orang Lain’ Mask

Social masking ialah cara kita “perform” ketika bersosial seperti menggunakan persona tertentu kerana takut intensiti, keunikan, atau pacing sebenar kita tidak “fit the vibe.” Ini adalah chameleon mode yang ramai ADHDers belajar terlalu awal.

Bagaimana ADHDers melakukan sosial masking?

  1. Memaksa atau mengelak eye contact.
  2. Meniru social cues supaya tidak “menonjol” ketika dalam situasi sosial.
  3. Latih skrip sebelum memasuki aktiviti sosial atau sebelum memberikan pendapat.
  4. Ketawa walaupun tidak rasa kelakar.
  5. Menggunakan “work persona” yang langsung tidak sama dengan diri sendiri.
  6. Balik rumah dalam keadaan socially hungover selepas guna 100% tenaga executive functioning sepanjang hari.

Kanak-kanak dengan ADHD melakukan sosial masking di sekolah. Orang dewasa dengan ADHD pula melakukan sosial masking di tempat kerja, majlis kahwin, group meeting, brunch, kadangkala di semua tempat.

#2 Emotional Masking: ‘Saya OK Je’ Mask

Ketidakstabilan emosi adalah ciri teras ADHD, terutamanya bagi orang dewasa. Tetapi kerana emosi individu dengan ADHD selalu dipolis oleh orang sekeliling, ramai ADHDers belajar untuk menyembunyikan atau memendamkan emosi mereka.

Bagaimana ADHDers melakukan emotional masking?

  1. Berpura-pura “ok” walaupun hati tengah berat.
  2. Guna humor untuk menutup kesedihan, burnout, atau ketakutan.
  3. Overanalyse perbualan untuk elak konflik.
  4. Merendahkan keperluan diri kerana takut dianggap “extra” atau “high-maintenance”.

Kesan jangka panjang?

Anda boleh hilang hubungan dengan dunia emosi dalaman sendiri. Anda tidak tahu apa yang anda perlukan, dan akhirnya burnout pun datang.

#3 Behavioral Masking: ‘Awak Tak Nampak ADHD Saya’ Mask

Behavioral masking ialah jenis masking yang kebanyakan orang akan bayangkan bila dengar tentang ADHD masking. Ini melibatkan behavioral suppression – dan ia boleh memenatkan, malah menyakitkan diri sendiri.

Bagaimana ADHDers melakukan behavioral masking?

  1. Menahan diri daripada humming atau tapping.
  2. Mengawal pernafasan untuk kelihatan lebih “composed” ketika dalam situasi sosial.
  3. Mengawal percakapan supaya tidak bercakap terlalu banyak atau overshare.
  4. Double / triple check kerja supaya tidak nampak careless.

Pesanan seperti:
“Eh cuba duduk diam.”
“Jangan menyampuk.”
“Kenapa tak boleh jadi macam budak lain?”

… telah membentuk tingkah laku masking sejak kecil lagi bagi ADHDers.

#4 Identity Masking: ‘Kecilkan Diri Anda’ Mask

Identity masking berlaku apabila anda menyembunyikan identiti atau ciri-ciri diri seperti budaya, gender, sexuality, spiritual, neurodivergent. Kerana anda belajar bahawa ia tidak selamat untuk ditunjukkan.

Bagaimana ADHDers melakukan identity masking?

  1. Mengubah cara bercakap supaya kedengaran kurang “intense” atau kurang “ADHD”.
  2. Menyembunyikan identiti sebagai individu dengan ADHD atau neurodivergent atas faktor keselamatan.
  3. Mengurangkan minat yang mendalam kerana takut dianggap pelik.
  4. Menjadi “si pendiam,” “si overachiever,” atau “class clown” untuk survive.

Identity masking sering berkait dengan perfectionism, self-doubt, dan imposter syndrome, terutamanya dalam kalangan wanita ADHD.

#5 Cognitive Masking: ‘Eh Saya Faham, Takpe,’ Mask

Cognitive masking ialah apabila anda menyembunyikan jurang dalam fokus, pemahaman, atau working memory dengan berpura-pura faham.

Bagaimana ADHDers melakukan cognitive masking?

  1. Menggunakan context clues selepas mind wandering ketika dalam situasi sosial.
  2. Mengangguk berlebihan supaya kelihatan mengikuti perbualan.
  3. Over-compensate dengan menggunakan notes, lists, alarms.
  4. Buat kerja extra laju untuk kelihatan “high-functioning.”
  5. Memberi alasan (seperti traffic, kurang tidur, busy) untuk sembunyikan simptom ADHD.

Cognitive masking mempunyai kaitan dengan burnout dan diagnosis ADHD yang tertangguh. Sering melakukan cognitive masking boleh menyebabkan anda keletihan.

Kenapa Masking Berlaku? Belajar Unmask Dengan Selamat

Masking sering lahir daripada stigma, usaha untuk kekal diterima sosial dan keperluan untuk survive dalam situasi dan dunia yang kurang mesra neurodiversiti.

Tetapi, penting untuk tahu, masking ≠ coping. Coping menyokong keperluan anda. Manakala masking menekan keperluan anda.

Tujuan kita bukan untuk unmask 24/7. Itu tidak realistik. Sebaliknya, kita belajar memahami bahawa masking ialah survival skill, dan unmasking ialah healing skill. Dengan pemahaman ini, kita boleh membina ruang yang lebih selamat dan inklusif.

Masking tidak bermaksud anda fake. Ia bermaksud anda sedang bertahan dalam dunia yang tidak memahami otak ADHD anda.

Anda layak untuk mendapatkan ruang untuk bernafas, bercerita panjang, berhenti sekejap, dan menjadi diri sendiri tanpa audition for acceptance.

Kalau anda hendak fahami corak masking anda dengan lebih mendalam atau nak belajar unmask dengan selamat, nantikan info lebih lanjut daripada Minda Inklusif untuk workshop pada akhir bulan Januari 2026.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Grimell, J., Ericson, M., & Frick, M. A. (2025). Identity work among girls with ADHD: struggling with Me and I, impression management, and social camouflaging in school. Frontiers in psychology, 16, 1591135. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2025.1591135
  2. Flack, Emma; (2018) Exploring boys’ experiences of ADHD and good practice in mainstream secondary schools; a multi-informant study. Doctoral thesis (D.Ed.Psy), UCL (University College London). https://discovery.ucl.ac.uk/id/eprint/10054183
  3.  Williams, Jessica Leigh, “Raising Their Voices: Lived Experiences of Gifted Women with ADHD” (2024). Electronic Theses and Dissertations. 2450. https://digitalcommons.du.edu/etd/2450
  4.  Mansfield, Eleanor (2022). Adolescent females with ADHD: an interpretive phenomenological analysis of school experience. University of Birmingham. Ap.Ed.&ChildPsy.D. http://etheses.bham.ac.uk/id/eprint/13059
  5.  Mylett M. “I wish I could just be myself:” Social camouflaging, internalized stigma, and internalizing mental health problems in adult ADHD. Master’s thesis, Simon Fraser University. Simon Fraser University Summit Research Repository; 2022. https://summit.sfu.ca/item/35794
  6. Norton, Tara, “BEHIND THE MASK: DEFINING MASKING BEHAVIOR IN ADHD” (2022). Theses & ETDs. 6279. https://digitalcommons.ncf.edu/theses_etds/6279

  7. Masking: The real reason we hide our authentic selves and how to stop | Thriveworks

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.