Ciri ADHD Seorang CEO: Rahsia Kuasa Super Usahawan?

Superpower CEO dengan ADHD - Mempunyai Visi yang Tinggi: Mereka memiliki impian besar yang mampu memberi inspirasi serta menarik perhatian pelabur.

Menguruskan perniagaan bukanlah tugas yang mudah. Antara mengimbangi pelbagai tugas yang berbeza, membuat keputusan penting dan mengikuti tren pasaran, menjadi seorang CEO memerlukan ketahanan mental dan fizikal, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah, serta tekad yang tinggi. Bagi kebanyakan orang, tanggungjawab yang perlu dipikul ini boleh menjadi satu bebanan dek tekanan yang tinggi. Namun, bagai sesetengah usahawan, persekitaran dengan tahap tekanan yang tinggi sebenarnya seiring dengan sifat semula jadi mereka, khususnya kepada individu yang mempunyai ADHD.

Bagaimana jika ciri-ciri ADHD yang sering dikaitkan dengan gangguan fokus, sebenarnya merupakan kekuatan tersembunyi yang boleh menjadi aset dan kelebihan sebagai seorang usahawan? Walaupun ADHD sering dikaitkan dengan cabaran mengekalkan tumpuan dan sifat impulsif, kajian menunjukkan ciri-ciri ini juga boleh menjadi faktor kejayaan yang penting dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh aspek kreativiti, inovasi serta keberanian mereka dalam mengambil risiko.

Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara ADHD dan keusahawanan. Individu dengan ADHD sering menunjukkan minat dan kecenderungan yang tinggi terhadap keusahawanan berbanding populasi umum. Dalam artikel ini, Minda Inklusif akan menerangkan hubungan antara simptom ADHD dan keusahawanan.

Duo Dinamik: Orientasi Keusahawanan (EO) & ADHD

Orientasi keusahawanan (EO – entrepreneurial orientation) adalah cara berfikir yang mendorong seseorang untuk lebih inovatif, berani mengambil risiko, dan proaktif dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. EO dikaitkan dengan ciri-ciri tertentu yang juga terdapat dalam ADHD.

  • Pengambilan Risiko: Hiperaktif dan impulsif adalah ciri utama ADHD yang mendorong individu untuk membuat keputusan yang pantas dan berani. Ini boleh diterjemahkan kepada kesediaan seorang usahawan untuk mengambil risiko yang terancang dalam perniagaan.
  • Inovasi: ADHD dikaitkan dengan pemikiran divergen, iaitu kebolehan menghasilkan pelbagai jenis idea yang unik dan baru. Walaupun gangguan tumpuan mungkin mengganggu pemikiran konvergen (pemikiran yang berfokus dan memerlukan kemahiran analitikal dan sistematik), kajian menunjukkan bahawa ADHD mendorong kreativiti, yang boleh menjadi asas kejayaan dalam keusahawanan.
  • Sikap Proaktif: Simptom ADHD, seperti gelisah dan rasa tergesa-gesa, boleh mendorong seorang usahawan untuk bertindak segera terhadap peluang, berbanding menunggu “waktu yang sempurna.”

 

Sebuah kajian mengenai ADHD dan keusahawanan mendapati terdapat hubungan yang kuat antara simptom ADHD dan orientasi keusahawanan (EO) dalam kalangan pemilik perniagaan kecil. Ciri-ciri ini dapat membentuk perniagaan secara strategik. Dengan mengenal pasti peluang, memulakan tindakan, dan memanfaatkan sifat hiperaktif serta impulsif, individu dengan ADHD dapat memperoleh kelebihan dan keunikan dalam perniagaan berbanding usahawan lain.

 

Mengenali CEO ADHDer: Strategic Leadership Theory (SLT)


Strategic Leadership Theory (SLT) adalah asas rangka kerja untuk memahami bagaimana sifat peribadi individu dengan ADHD mempengaruhi strategi dan prestasi organisasi mereka. Menurut seorang pengkaji, organisasi sering kali mencerminkan gaya kepimpinan yang diterapkan oleh eksekutif tertinggi mereka.

SLT menerangkan bagaimana usahawan dengan ADHD menjalankan proses penapisan maklumat melalui tiga tahap:

 

  • Pandangan yang luas (Field of Vision)

Usahawan dengan ADHD cenderung memperoleh maklumat mengenai perniagaan, rangkaian, dan trend melalui sumber yang tidak konvensional. Mereka juga mempunyai rangkaian maklumat yang lebih luas untuk mengimbangi kekurangan dalam penapisan kognitif yang biasa dialami oleh individu dengan ADHD.

Menurut kajian, usahawan dengan ADHD yang mempunyai ciri hiperaktif atau impulsif sering mencari rangsangan dan perkara baru untuk memenuhi matlamat mereka. Pencarian rangsangan ini adalah satu ciri ADHD yang berkait rapat dengan sifat keterbukaan dan kebolehsuaian terhadap persekitaran. Mereka juga mudah bosan dengan kerja yang berulang, oleh itu, kerjaya sebagai usahawan dapat memberikan penyelesaian kepada keperluan untuk mencari rangsangan tersebut.

Superpower CEO dengan ADHD – Mempunyai Visi yang Tinggi: Mereka memiliki impian besar yang mampu memberi inspirasi serta menarik perhatian pelabur.

 

  • Perspektif Selektif

Walaupun ADHD boleh menjadi punca gangguan fokus bagi usahawan dengan ADHD, aspek-aspek tertentu dalam ADHD juga membolehkan individu menyedari peluang atau trend yang mungkin terlepas pandang oleh usahawan lain.

Bagi usahawan ADHD yang cenderung dengan ciri hiperaktif dan impulsif, mereka mempunyai kecenderungan untuk memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang lebih menarik dan memberi ganjaran, sementara sukar untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara yang membosankan atau tidak menarik. Ini dipanggil perspektif selektif.

Perspektif selektif ini mendorong mereka untuk mencari motivasi daripada persekitaran yang berenergi tinggi dan pantas. Selain itu, delay aversion juga boleh mendorong mereka untuk bertindak segera. Delay aversion merujuk kepada keengganan untuk menangguhkan kepuasan dan kesukaran dalam menunggu hasil atau ganjaran yang akan datang pada masa depan. Sifat ini selaras dengan semangat keusahawanan yang menekankan tindakan pantas dan keupayaan untuk menyesuaikan diri

Superpower CEO dengan ADHD – Kekuatan dalam Networking dan Membina Komuniti: CEO dengan ADHD yang juga hiperaktif dapat menarik sokongan dalam proses networking kerana personaliti mereka yang ceria. Ini juga memudahkan mereka untuk memperoleh sokongan semasa proses pembentangan idea.

 

  • Interpretasi

Usahawan dengan ADHD mempunyai kemampuan untuk menafsirkan (interpret) dunia keusahawanan dengan cara yang berbeza berbanding usahawan konvensional. Mereka cenderung untuk mencari rangsangan yang menawarkan perspektif yang berbeza, serta cabaran dan peluang dalam perniagaan.

Interpretasi dalam konteks ini merujuk kepada cara usahawan dengan ADHD membuat keputusan dan menilai peluang perniagaan yang mungkin berbeza dari cara tradisional. Disebabkan sifat impulsif mereka, mereka tidak selalu dapat mengenal pasti risiko secara terperinci, yang membawa kepada tindakan yang lebih cepat dan berani. Ini boleh menghasilkan keputusan yang luar biasa, kerana mereka tidak terperangkap dalam analisis berlebihan. Perspektif unik ini memberi mereka keyakinan untuk bereksperimen dan berinovasi dalam dunia perniagaan.

Ciri-ciri di atas secara keseluruhannya membentuk logik atau pendekatan keusahawanan yang berfokuskan tindakan segera. Pendekatan ini lebih menekankan pada kepantasan, eksperimen, dan kesediaan untuk menghadapi ketidakpastian yang datang dengan menjalankan perniagaan. Hasilnya? Perniagaan yang diterajui oleh usahawan dengan ciri-ciri ini akan menunjukkan ketangkasan, keupayaan menyesuaikan diri (kebolehsuaian), dan orientasi keusahawanan yang luar biasa.

Final Thoughts Usahawan ADHDers

Ciri-ciri dan simptom ADHD boleh menjadi ‘pedang bermata dua’ bagi usahawan dengan ADHD. Ia boleh menjadi aset yang luar biasa atau sebaliknya, memberi cabaran besar dalam dunia keusahawanan. Walau bagaimanapun, kajian dan pengalaman dunia nyata menunjukkan bagaimana sifat-sifat ini sering kali seiring dengan keperluan utama seorang usahawan. Dari merangsang kreativiti hingga mendorong penerimaan risiko, CEO dengan ADHD membawa tenaga yang unik dan pemikiran inovatif kepada perniagaan mereka. Individu dengan ADHD bukan sahaja mampu bertahan dalam kekalutan, malah mereka berkembang maju dalam keadaan yang biasanya ditakuti oleh orang lain.

Sebagai contoh, CEO Minda Inklusif adalah seorang individu dewasa dengan ADHD. Beliau sangat menyukai cabaran dan sentiasa mencari peluang untuk memperkembangkan Minda Inklusif. Beliau juga sering menghasilkan idea-idea luar biasa yang tidak konvensional, yang seterusnya menghasilkan sekumpulan pekerja yang sering berkongsi pendapat dan mengeluarkan idea-idea yang tidak konvensional.

Apa pendapat anda? Adakah anda mengenali CEO yang mempunyai ADHD di Malaysia? Kongsikan pandangan anda mengenai ADHD dalam dunia keusahawanan di ruangan komen di bawah!

Adakah anda seorang usahawan dan ingin mengetahui bagaimana sifat-sifat ADHD dapat membantu anda menjadi lebih efektif dalam membuat keputusan serta memberi kelebihan dalam perniagaan? hubungi Minda Inklusif dan aturkan temu janji bersama kami!

Rujukan:

  1. Polina ArtamoshinaGalina ShirokovaOleksiy Osiyevskyy, and Virginia Bodolica2023ADHD Symptoms of CEOs and Business Model Innovation in the SME ContextProceedings, 2023https://doi.org/10.5465/AMPROC.2023.12546abstract
  2. Yu, W., Wiklund, J., & Pérez-Luño, A. (2021). ADHD Symptoms, Entrepreneurial Orientation (EO), and Firm Performance. Entrepreneurship Theory and Practice, 45(1), 92-117. https://doi.org/10.1177/1042258719892987
  3. https://www.peerpower.org.uk/adhd-in-women-our-ceos-story/
  4. Drechsler R., Rizzo P., Steinhausen H. C. (2008). Decision-Making on an explicit risk-taking task in preadolescents with attention-deficit/hyperactivity disorder. Journal of Neural Transmission, 115(2), 201–209.doi:10.1007/s00702-007-0814-5
  5. Lerner D. A., Hunt R. A., Verheul I. (2018). Dueling Banjos: Harmony and discord between ADHD and entrepreneurship. Academy of Management Perspectives, 32(2), 266–286. https://doi:10.5465/amp.2016.0178
  6. ADHD isn’t a career killer. Just ask these executives | CNN Business

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.