ADHD dan Niat Hostile #2: Bagaimana Untuk Melepasi Emosi

Entri blog minggu lalu adalah mengenai Hostile Intent Attribution (HIA) iaitu jalan pintas kepada otak ADHD yang berlaku tanpa anda sedari. Bagaimana sebagai individu dengan ADHD kita boleh membuat tafsiran sosial yang tersasar atau salah, dan bagaimana tekanan serta ketidakstabilan emosi mencetuskan salah faham serta konflik. Seterusnya, ini mewujudkan kitaran provokasi dan agresi yang sukar diputuskan.

Minggu ini, kita akan bergerak ke fasa tindakan. Bagaimana kita boleh melatih radar HIA dan membina respons sosial yang lebih matang, walaupun dalam keadaan tertekan?

Entri ini bukan mengenai ‘tahan sabar’ atau ‘buat tak tahu’ terhadap simptom atau respons sosial anda, tetapi tentang membina semula keupayaan memilih reaksi yang selama ini jarang muncul secara sedar.

Dinamik Bias Tersirat dan Tafsiran Sosial Yang Tersasar

Reaksi emosi adalah salah satu pencetus utama kepada tingkah laku agresif dan konflik sosial. Namun, ada beberapa faktor lain yang meningkatkan radar HIA, iaitu bias tersirat dan kesalahan tafsir sosial.

Gabungan ini boleh diibaratkan seperti menyimbah petrol ke atas api yang sedang marak lalu menjadikan percikan kecil bertukar kepada konflik besar.

Bias: Tersirat vs Tersurat

Bias tersirat adalah kepercayaan dan stereotaip yang berlaku secara tidak sedar, terbentuk melalui budaya, pengalaman hidup dan pendidikan seorang individu. Ia boleh menyebabkan kita menyalah tafsir tindakan individu lain tanpa kita sedari. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana sesuatu yang mungkin ‘biasa’ bagi anda, mungkin tidak bagi individu lain.

Contoh bias tersirat dalam konteks HIA:

  1. Otak anda mungkin terus melabel seseorang sebagai ‘lain daripada saya’ hanya kerana jantina, pekerjaan, bangsa atau rupa fizikal. 
  2. Dan apabila anda sering melabel individu serta mulakan radar HIA yang kebanyakkan bersifat negatif, anda akan mula menafsir kata-kata dan tingkah laku individu dengan syak wasangka.
  3. Anda mungkin akan mula ‘mendengar’ nada suara yang sebenarnya kedengaran biasa dan mendatar sahaja. Menafsir komen dan perbualan biasa sebagai sindiran dan seterusnya akan terasa tidak selesa untuk berdepan dengan individu tersebut.

Kajian mengenai dinamik bias menyatakan bahawa bias tersurat – perbuatan yang kita percaya atau nyatakan dan lakukan secara sedar, adalah sangat berbeza dengan sifat bias tersirat kita. Disebabkan itu, kadangkala kita mungkin akan bertindak negatif kepada individu tanpa kita sedari.

Contoh: Bila bos tanya “Awak dah siap ke kerja itu?” Otak ADHD yang menyimpan bias terhadap figura autoriti boleh mentafsir ini sebagai kawalan melampau (micromanagement), walaupun sebenarnya ia hanya soalan neutral.

Peranan Kuasa Authoriti dan Dehumanisasi

Kajian psikologi mengenai kuasa authoriti menunjukkan bahawa individu yang berada dalam kedudukan kuasa seperti guru, seorang pengurus atau ketua pasukan berisiko untuk ‘menyahmanusikan’ individu lain tanpa sedar. Kesannya?

  • Ungkapan seperti ‘awak memang selalu lambat pun,’ atau ‘awak ni memang tak serius langsung’ akan menjadi perkara biasa kepada individu.
  • Apabila perkara negatif menjadi sebuah kebiasaan, sekolah atau tempat kerja akan menjadi satu sumber tekanan utama, bukan saja kepada individu ADHD tetapi juga sekeliling.
  • Otak ADHD anda akan lebih berjaga-jaga dan sensitif terhadap interaksi sosial.

Disebabkan terdapat jurang dalam kuasa authoriti yang sering meningkatkan bias individu, ia boleh mempengaruhi cara kita mentafsir niat orang lain. Terutamanya apabila anda adalah individu dengan ADHD yang tidak biasa dengan social cues diluar kebiasaan.

  • Nada suara yang berubah, jeda semasa bercakap atau membalas mesej anda dengan sangat ringkas boleh dianggap seperti penghinaan, pengkhianatan atau ejekan. Kerana, otak ADHD anda telah mentafsir maklumat berdasarkan pengalaman negatif terdahulu + kuasa authoriti. 
  • Akhirnya, otak ADHD akan akan sentiasa ‘mengimbas’ ancaman dan bias tersirat akan memperkuatkan ancaman yang otak anda rasakan. Otak anda akan menjadi sangat reaktif dan sentiasa bersedia untuk sebarang ‘serangan’ walaupun sebenarnya, everything’s fine.

Strategi untuk Mengawal Tindak Balas Sosial

Apabila anda sudah memahami bagaimana ADHD dan HIA membentuk kitaran tindak balas sosial yang sukar dikawal, inilah masa untuk anda mula mengubah cara anda bertindak balas.

  1.   Mindfulness – Breaking the Loop

Mindfulness bagi individu dengan ADHD ialah kebolehan untuk berhenti sebelum bertindak. Kajian menunjukkan intervensi ADHD berasaskan mindfulness mampu mengurangkan simptom impulsiviti dan reaktiviti.

Berikut adalah latihan asas mindfulness untuk anda:

  • Tarik nafas sebanyak 3 kali secara perlahan setiap kali anda rasa tercabar dalam konteks sosial.
  • Perhatikan: 
    • Apa yang anda sedang rasa? 
    • Di mana perasaan itu berada dalam badan?
    • Apa yang otak anda sedang cipta sebagai ‘cerita’?
  • Berikan ruang untuk diri anda mengeluarkan respons dan tidak memberikan reaksi secara automatik kerana anda telah mula berfikir dan berada dalam keadaan ‘sekarang’.

  1.   Latihan Perspektif Sosial

Bagi individu ADHD yang kerap struggle mentafsir niat sosial, latihan ini membantu melatih kawasan otak yang memproses niat dan empati seperti temporo-parietal junction, yang sering terganggu dalam ADHD. 

  •    Berkomunikasi Secara Assertif

Belajar bercakap secara terus terang tapi tidak agresif. Apabila anda mampu untuk berkomunikasi secara assertif, anda mampu untuk mempertahankan sempadan anda apabila terasa seperti diancam tanpa perlu mengugut atau menghina individu lain.

Contoh struktur komunikasi assertif:

“Bila awak cakap begitu (fakta), saya rasa terpinggir (emosi), dan saya harap kita boleh berbincang dengan lebih matang (permintaan).”

Dengan cara ini, kita mampu mengurangkan peluang otak untuk mengaktifkan HIA yang sering mencipta cerita negatif tentang niat orang lain.

Adakah Anda Sudah Tahu Cara Mengawal Diri?

Tahniah kerana anda masih bersama hingga ke penghujung entri ini. Small achievement bagi anda! 

Ingat, ADHD adalah tentang:

  • Cara otak anda memproses dunia sosial dengan sensitiviti tinggi
  • Radar refleksi yang sentiasa aktif
  • Emosi yang cepat sekali terbakar.

Bila otak anda senang untuk trigger, mentafsir semua situasi sosial sebagai ancaman dan emosi anda pula sukar reda, konflik boleh berlaku tanpa anda sedar.

Jadi, next time anda rasa nak potong cakap, tinggikan suara, atau lari dari situasi sosial, tanya dulu diri anda:

“Adakah ini reaksi saya atau cerita lama yang otak saya ulang tayang?”

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Verhoef, R. E. J., Alsem, S. C., Verhulp, E. E., & De Castro, B. O. (2019). Hostile Intent Attribution and Aggressive Behavior in Children Revisited: A Meta-Analysis. Child development, 90(5), e525–e547. https://doi.org/10.1111/cdev.13255
  2. Landrieu, Laurie Claire, “Implicit Bias Toward Students with Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder and the Influential Role of Teacher Self-Efficacy” (2024). Dissertations. 1094. https://digscholarship.unco.edu/dissertations/1094
  3. Brown, R. H., Speyer, L. G., Eisner, M. P., Ribeaud, D., & Murray, A. (2023). Exploring the effect of ADHD traits on the moment-to-moment interplay between provocation and aggression: Evidence from dynamic structural equation modeling. Aggressive behavior, 49(5), 469–479. https://doi.org/10.1002/ab.22081

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.